Kalau anda mahu claim balik duit LHDN dalam tahun 2022 nanti, anda boleh beli laptop sebelum akhir tahun 2021 ini. Untuk makluman, claim LHDN bukan untuk beli laptop sahaja. Anda juga boleh beli komputer, smartphone, PC, Macbook, iPhone, iPad, Tablet dan macam-macam lagi gajet.

Untuk maklumat lebih terperinci, boleh rujuk senarai pelepasan cukai pendapatan 2021 / 2022.

Pelepasan cukai kategori Gaya Hidup Tambahan (Komputer)

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar mahupun tablet ini adalah di bawah kategori gaya hidup tambahan. Pelepasan ini diberikan kerana ramai ibu-bapa yang membeli komputer, laptop dan smartphone untuk Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Walau bagaimanapun, pembelian ini hanya dibenarkan untuk kegunaan dan manfaat diri sendiri, suami, isteri atau anak-anak. Pembelian tidak dibenarkan untuk kegunaan perniagaan.

Sebagai contoh, jika anda membeli Macbook Pro M1 untuk kegunaan perniagaan online anda menggunakan WooCommerce atau Shopify; mahupun dengan cara dropship, ini tidak dibenarkan. Contoh yang lain, jika anda adalah pemilik bisnes dan membelikan laptop untuk pekerja anda, anda tidak dibenarkan untuk claim LHDN atas kapasiti individu. Ini adalah salah di sisi undang-undang.

Bagi anda yang tidak tahu, dalam kategori Gaya Hidup yang asal (bukan Tambahan), anda masih lagi boleh mendapat pengecualian dan pelepasan cukai dengan pembelian komputer, laptop dan smartphone. Ini bermakna, jumlah keseluruhan pembelian yang layak mendapat pelepasan ialah RM2,500 + RM2,500 = RM5,000.

 

Pelepasan cukai kategori Gaya Hidup (Buku, Majalah, Surat Khabar)

Di dalam kategori gaya hidup yang asal, anda dibenarkan dan layak untuk menerima pelepasan cukai individu sekiranya anda membeli buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain bacaan. Ini termasuk dengan langganan secara online seperti TheStar, Malaysiakini dan lain-lain lagi.

Apa tujuan pelepasan cukai terhadap pembelian buku?

Kami yakin, kerajaan berbuat demikian untuk menggalakan masyarakat cintakan ilmu. Dengan pengetahuan, kita boleh pergi jauh dan mendalami sesuatu perkara itu dengan lebih baik.

Jadi, jangan sia-siakan peluang yang diberikan kerajaan. Belilah buku yang bermanfaat dan bukan yang terlarang.

 

Pelepasan cukai kategori Gaya Hidup (Sukan)

Anda juga layak mendapat pelepasan cukai dengan pembelian peraalatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997. Peralatan sukan yang dibenarkan adalah untuk aktiviti berikut:

  1. Memanah
  2. Olahraga
  3. Sukan Air
  4. Sukan Bermotor
  5. Badminton
  6. Bola Keranjang
  7. Biliard dan Snuker
  8. Bina Badan
  9. Boling
  10. Tinju
  11. Kriket
  12. Lumba Basikal
  13. Sukan Ekuestrian
  14. Lawan Pedang
  15. Bola Sepak
  16. Golf
  17. Gimnastik
  18. Bola Baling
  19. Hoki
  20. Judo
  21. Karate Do
  22. Boling Padang
  23. Bola Jaring
  24. Ragbi
  25. Sepak Takraw
  26. Menembak
  27. Silat Olahraga
  28. Tenis Ringan
  29. Sofbol
  30. Skuasy
  31. Pingpong
  32. Tae kwan do
  33. Tenis
  34. Bola Tampar
  35. Luncur Air
  36. Angkat Berat
  37. Gusti
  38. Wushu
  39. Kapal Layar
  40. Besbol (Pindaan 2000)
  41. Kanu (Pindaan 2000)
  42. Luncur Ais (Pindaan 2000)
  43. Kabbadi (Pindaan 2000)
  44. Petanque (Pindaan 2000)
  45. Sukan mendayung (Pindaan 2000)
  46. Silambam (Pindaan 2000)
  47. Sukan kecergasan (Pindaan 2004)
  48. Pertahanan diri (Pindaan 2004)
  49. Paralimpik (Pindaan 2004)
  50. Rekreasi (Pindaan 2004)
  51. Tradisional (Pindaan 2004)

Sila rujuk portal rasmi Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia di sini.

 

Macam mana nak claim LHDN?

Tunggu sistem taksiran LHDN dibuka pada bulan Mac 2022. Boleh klik https://ez.hasil.gov.my/CI/, masukkan No Kad Pengenalan Baru dan Kata Laluan. Di bahagian pelepasan Gaya Hidup, masukkan jumlah maksimum RM2,500 sahaja.

Maksudnya, kalau laptop anda berharga RM7,000 sekalipun, anda hanya layak mendapat relief sebanyak RM2,500 sahaja. Seperkara lagi, jika harga laptop yang anda beli cuma berharga RM1,500, masukkan RM1,500 sahaja.

Jangan menipu. Berdosa. Ranchakk, berdosa.

Kalau ada lebihan, duit akan masuk akan bank. Kalau kena cukai, bayar. Duit anda juga itu akan digunakan untuk buat sekolah, hospital, jalanraya dan macam-macam lagi.

Sama-sama kita menyumbang. Majulah cukai untuk negara.

 

Akhir kalam

Mana nak baca lebih lanjut tentang boleh claim LHDN dengan beli laptop, komputer dan smartphone ini? Sila rujuk pautan rasmi LHDN di sini.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

3 Comments

  1. Maimunah binti awang yusop on

    Asallamualaikum,ini pengalaman saya pertamakali membaca pasal kewangan dan tentang cukai kerna saya memang mempunyai sijil pemegang amanah rakyat negeri sabahdah 32tahun saya simpan dan saya juga tidak pernah tahu tentang ini semoga allah permudahkan saya dan di beri petunjuk amin

Leave A Reply