aBukan semua orang mampu. Anda yang sedang membaca ini, tentu sekali berharap agar dipermudahkan urusan untuk mendapatkan bantuan. Izinkan kami untuk berkongsi contoh surat rasmi permohonan biasiswa yang boleh digunakan oleh anda.
Berikut contoh surat rasmi permohonan bantuan yang boleh digunakan, atas pelbagai alasan. Boleh juga digunakan untuk permohonan biasiswa JPA, MARA dan lain-lain.
Izinkan kami berkongsi.

Contoh surat permohonan biasiswa

Contoh #1: Biasiswa JPA

Rujuk contoh surat permohonan biasiswa JPA seperti di bawah. Sila buat semakan sendiri untuk alamat JPA yang sahih.
<Nama Anda>
<Alamat>

PENGARAH
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Aras 3-6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 WILAYAH PERKESUKUTAN PUTRAJAYA
MALAYSIA                                                                                                          <Tarikh>
Tuan / Puan,
<PER: PERMOHONAN BIASISWA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk. Saya <Nama Anda> pelajar <Nama Institusi> berhajat ingin mendapatkan biasiswa daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk melanjutkan pelajaran saya di peringkat <Nyatakan Peringkat>.

  1. Untuk makluman Tuan, saya merupakan seorang pelajar lepasan <Nyatakan Tahap Pendidikan> di <Nama Universiti / Institusi> yang bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan <Nama Jurusan> di <Nama Universiti / Institusi Baru>.
  2. Sukacitanya diharapkan agar pihak Dato’ / Tuan / Puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Hal ini kerana, biasiswa ini adalah bagi menampung yuran dan perbelanjaan sepanjang 3 tahun tempoh pembelajaran.
  3. Dengan surat permohonan biasiswa ini, saya sertakan beberapa dokumen penting tentang diri saya dan beberapa salinan lampiran keputusan saya di <Nama Universiti / Institusi> untuk rujukan pihak Dato’ / Tuan / Puan.
  4. Besar harapan saya jika pihak Dato’ / Tuan / Puan sudi bercakap dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Saya, <Nama Anda> boleh dihubungi di talian <Nombor Telefon> dan e-mel <Alamat E-mel Anda>.

Yang Benar,
……………………………………………
<Nama Anda>
<Nombor Telefon>
 

Contoh #2: Biasiswa MARA

Rujuk contoh surat permohonan biasiswa MARA seperti di bawah. Sila buat semakan sendiri untuk alamat MARA yang sahih.
 
<Nama Anda>
<Alamat>

PENGARAH
JABATAN PENGANJURAN PELAJARAN
IBU PEJABAT MARA
21, JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR
MALAYSIA                                                                                               
                       <Tarikh>
Tuan / Puan,

<PER: PERMOHONAN BIASISWA MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk. Saya <Nama Anda> pelajar <Nama Institusi> berhajat ingin mendapatkan biasiswa daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pelajaran saya di peringkat <Nyatakan Peringkat>.

  1. Untuk makluman Tuan, saya merupakan seorang pelajar lepasan <Nyatakan Tahap Pendidikan> di <Nama Universiti / Institusi> yang bakal melanjutkan pelajaran dalam jurusan <Nama Jurusan> di <Nama Universiti / Institusi Baru>.
  2. Sukacitnya diharapkan agar pihak Dato’ / Tuan / Puan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Hal ini kerana, biasiswa ini adalah bagi menampung yuran dan perbelanjaan sepanjang 3 tahun tempoh pembelajaran.
  3. Dengan surat permohonan biasiswa ini, saya sertakan beberapa dokumen penting tentang diri saya dan beberapa salinan lampiran keputusan saya di <Nama Universiti / Institusi> untuk rujukan pihak Dato’ / Tuan / Puan.
  4. Besar harapan saya jika pihak Dato’ / Tuan / Puan sudi bercakap dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Saya, <Nama Anda> boleh dihubungi di talian <Nombor Telefon> dan e-mel <Alamat E-mel Anda>.

Yang Benar,
……………………………………………
<Nama Anda>
<Nombor Telefon>
 

Akhir kata

Pertama sekali, betulkan niat. Jika niat kita mahu sambung belajar kerana Allah, pasti dipermudahkan.
Untuk lebih berkesan, anda boleh sertakan sekali surat sokongan permohonan biasiswa. Biasanya, orang yang menyokong ialah orang yang mempunyai jawatan di JPA atau MARA.
Sertakan juga resume, walaupun itu cuma resume selepas SPM.
Diharapkan dengan adanya perkongsian contoh surat permohonan biasiswa ini, anda akan dapat bantuan seperti yang diinginkan.
Semoga bantuan pendidikan yang sangat-sangat diperlukan itu berpihak pada anda. Yang penting, cuba. Banyak-banyakkan berdoa.
Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply