Hanya RM40 untuk rawatan kanser dan pembedahan. Murah bukan? Macam tak percaya, CuepacsCare benar-benar bantu penjawat awam.
Benar, anda tidak silap membaca perenggan di atas. Hanya dengan serendah RM40, anda akan menerima liputan serta perlindungan insurans tahunan berjumlah RM60, 000. Bayaran bulanan, bukannya sekaligus.
Bukan hanya anda sahaja yang dilindungi, keluarga anda meliputi isteri dan anak-anak turut dilindungi. Murah bukan?
Berbeza dengan menabung untuk simpan duit yang akhirnya akan keluar macam air untuk bayar bil hospital, ini adalah pelan perlindungan yang melindungi diri sendiri dan keluarga, sekiranya berlaku apa-apa yang tidak dijangka. Duit simpanan yang di bank in selama ini, tidak akan terganggu.
Soalan lazim tentang CuepacsCare
Kami muatkan beberapa soalan lazim (iaitu FAQs) yang kerap ditanya oleh penjawat awam tentang program ini.
Apa kelebihan CuepacsCare?
Itulah kelebihan yang dinikmati oleh penjawat awam dan ahli keluarga mereka menerusi program CuepacsCare yang dilaksanakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn. Bhd.
Sebenarnya perkara ini bukanlah baharu memandangkan kerjasama antara CUEPACS dan Medicare Assistance telah bermula sejak tahun 1999 lagi dengan memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CuepacsCare khas untuk kakitangan awam serta badan-badan berkanun.
Tetapi ramai yang tidak sedar mengenai manfaat ini termasuklah penjawat awam sendiri.
Bagaimana rawatan di hospital kerajaan?
Memang benar penjawat awam layak menerima rawatan yang komprehensif di rangkaian hospital kerajaan dengan mudah dan tanpa bayaran berbanding yang bukan berkhidmat dalam sektor awam.
Namun begitu, jumlah doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada masanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang lama.
Jadi, boleh dapat rawatan di hospital swasta?
Berbanding di hospital swasta, rawatannya lebih pantas, namun kosnya pula agak tinggi dan kakitangan awam perlu menanggung sendiri. Kos rawatan di hospital swasta sudah tentunya di luar kemampuan kebanyakkan penjawat awam.
Disebabkan itulah timbulnya inisiatif ini untuk melaksanakan program perlindungan takaful ini supaya dapat membantu penjawat awam mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Setakat hari ini, seramai 88,000 penjawat awam berdaftar dengan CuepacsCare dengan sejumlah 280 juta perlindungan telah pun dikeluarkan.
Pelan CuepacsCare
Ada juga yang bertanya, Cuepacs Care bagus tak?
Adalah lebih baik jika anda yang buat review sendiri. Ini adalah pelan yang ada.
CuepacsCare ini terbahagi kepada 2 pelan iaitu:
Pelan CuepacsCare: Pelan Individu
- Memberi perlindungan kepada ahli yang berusia daripada 18 tahun sehinggalah 60 tahun.
- Namun begitu, pembaharuan akan dilanjutkan sehingga ahli berusia 70 tahun.
- Memberi perlindungan kepada ahli sahaja berjumlah RM40, 000 setiap tahun.
- RM20, 000 untuk setiap ketidakupayaan.
Pelan CuepacsCare: Pelan Keluarga
- Khas untuk yang ada famili
- Memberi perlindungan kepada ahli, pasangan dan anak (tiada had bilangan anak).
- Bagaimanapun, had umur anak ialah daripada usia 30 hari sehingga 18 tahun dan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun sekiranya belum berkahwin atau dalam pengajian sepenuh masa.
- Perlindungan sebanyak RM60, 000 setiap tahun.
- RM20, 000 untuk setiap ketidakupayaan.
Jenis perlindungan
Apa jenis rawatan yang mendapat perlindungan CuepacsCare ini? Berikut ialah senarainya:
- Kemalangan
- Pembedahan
- Dialisis buah pinggang
- Rawatan kanser
- Penyakit
CuepacsCare juga menawarkan perlindungan kos rawatan untuk tempoh 30 hari meliputi pra dan pasca rawatan.
Medical Card CuepacsCare
Di mana perkhidmatan kad medikal CuepacsCare boleh digunakan?
Program Takaful Penghospitalan Dan Pembedahan CuepacsCare mempunyai lebih daripada 70 hospital panel di seluruh Malaysia.
Untuk senarai penuh hospital – hospital tersebut, anda boleh melayari laman web CuepacsCare.
Bayar dulu, claim kemudian
Selain itu, untuk kemudahan penjawat awam, mereka yang mendapatkan rawatan di hospital bukan panel CuepacsCare boleh mendahulukan bayaran dan membuat tuntutan balik.
Elaun di hospital kerajaan
Bagi yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, mereka akan menerima elaun harian berjumlah RM50.
Cara hubungi hotline
Para pencarum juga tidak perlu bimbang kerana Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan ini memberi perlindungan 24 jam.
Anda boleh menghubungi talian khidmat tuntutan 24 jam di 03-33746268.
Akhir kata
Berdasarkan penerangan yang diberikan di atas mengenai CuepacsCare, adalah menjadi sesuatu yang merugikan untuk penjawat awam tidak mengambil peluang menjadi pencarum kepada program ini.
Lebih-lebih lagi nilai premium yang ditawarkan adalah jauh lebih murah berbanding pelan-pelan insurans yang ada dalam pasaran. Cuma dari segi claim atau tuntutan, lain orang lain pengalamannya. Ikut masing-masing.
Jadi, tunggu apa lagi. Sila dapatkan borang permohonan sekarang. Jika anda seorang penjawat awam, daftarlah segera dengan CuepacsCare.
Benar, ada yang tidak bersetuju kerana naik harga. Usahlah marah di media sosial. Lebih baik berjumpa mereka yang berkenaan.
Boleh terus ke laman web cuepacscare.my untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan atau boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 03-33714248.
Semoga bermanfaat.
5 Comments
Susah nak claim, kalau bukan hospital panel.
Ada sekali tu buat rawatan, masa tu kpj ipoh bukan panel, dia orang kata boleh claim balik. Tapi bila hantar semua resit, ade je tak kena, itu tak de lah, ini tak de lah, kita bukannya faham ape yg dia hendak, sudahnye burn le RM 3000. Sebelum masuk bukan senang je bunyinye nak claim.
Macamana cara nak berhenti
Saya sudah banyak kali melefon pejabat cuepacscare untuk bertanya mengenai Insuran FDA Takaful. Tetapi sampai pukul 3.30 pm @ 28/4/2021 taiad orang yang layan panggilan.. Apa jenis perkhidmatan ini?
I need to apply for cuepacs medical card please advise… The details… 0122579430 siva
Saya perlu penyelasan kenapa masih belum dpat claim harian hospital kerajaan