Jadual pinjaman peribadi CIMB penting untuk anda semak sebelum sign agreement. Dengan merujuk repayment table CIMB ini, anda dapat gambaran berapa ansuran bulanan yang perlu dibayar.
Kadar rata (flat rate) CIMB Cash Plus bergantung pada profil kredit anda: 4.38% (CIMB Preferred), 5.88% (CIMB@Work), 7.88% (standard), sehingga 19.88% setahun. Jadual di bawah dikira pada kadar contoh 7.88%. Tempoh 2 hingga 5 tahun, pinjaman RM2,000 hingga RM100,000. Dikemaskini Jun 2026.
Jadual Pinjaman Peribadi CIMB (Cash Plus)
Jadual ansuran bulanan di bawah dikira pada kadar rata contoh 7.88% setahun. Pemohon CIMB Preferred atau CIMB@Work mendapat kadar lebih rendah, jadi ansuran sebenar anda mungkin lebih murah.
| Jumlah (kadar 7.88%) | 2 tahun | 3 tahun | 4 tahun | 5 tahun |
| RM5,000 | RM241 | RM172 | RM137 | RM116 |
| RM10,000 | RM482 | RM343 | RM274 | RM232 |
| RM20,000 | RM965 | RM687 | RM548 | RM465 |
| RM30,000 | RM1,447 | RM1,030 | RM822 | RM697 |
| RM50,000 | RM2,412 | RM1,717 | RM1,370 | RM1,162 |
| RM70,000 | RM3,376 | RM2,404 | RM1,918 | RM1,626 |
| RM100,000 | RM4,823 | RM3,434 | RM2,740 | RM2,323 |
Kelayakan asas: pendapatan minimum RM2,000 sebulan dan umur 21 hingga 58 tahun. Penjawat awam boleh pertimbang Pembiayaan Peribadi Awam-i CIMB yang menawarkan kadar rata lebih rendah (3.50%–4.20% setahun).
Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman CIMB Terkini?
Jadual di atas dikira berdasarkan kadar rata contoh semasa (dikemaskini Jun 2026). Kadar sebenar bergantung pada profil kredit anda dan boleh berubah. Untuk pengesahan kadar dan jadual rasmi, rujuk laman web CIMB dan buat carian "Cash Plus" atau "Personal Financing":
| JENIS | PINJAMAN |
| Konvensional | CIMB Cash Plus Personal Loan |
| Islamik | CIMB Pembiayaan Peribadi Awam-i |
Kalau anda berminat dan rasa mampu bayar balik, boleh terus mohon pinjaman peribadi CIMB.
Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi CIMB
Katakan anda buat CIMB Cash Plus sebanyak RM10,000 untuk tempoh 2 tahun (24 bulan) pada kadar rata 7.88% setahun.
Jumlah faedah: RM10,000 x 7.88% x 2 = RM1,576. Campur pokok jadi RM11,576, kemudian bahagi 24 bulan.
Ansuran bulanan ialah lebih kurang RM482 sebulan. Kalau anda layak kadar CIMB Preferred 4.38%, ansuran turun kepada lebih kurang RM453 sebulan.
Senario #1: Pinjam CIMB RM50,000 Dalam Tempoh 3 Tahun
Pada kadar 7.88%, ansuran bulanan ialah RM1,717. Jumlah bayaran balik RM1,717 x 36 = RM61,812, dengan faedah lebih kurang RM11,820.
Senario #2: Pinjam CIMB RM50,000 Dalam Tempoh 5 Tahun
Pada tempoh 5 tahun, ansuran turun kepada RM1,162 sebulan. Tapi jumlah bayaran balik naik kepada RM1,162 x 60 = RM69,720, dengan faedah lebih kurang RM19,700, jauh lebih tinggi berbanding tempoh 3 tahun. Lagi lama tempoh, lagi banyak jumlah faedah.
Kalau Ikut Repayment Table CIMB, Apa Pilihan Terbaik?
Ikut kemampuan dan jangan pinjam terlalu lama. Kalau mampu bayar ansuran lebih tinggi, pilih tempoh lebih pendek supaya jimat jumlah faedah.
Kalau rasa tak layak, jangan pinjam. Sila semak kelayakan pinjaman peribadi CIMB dahulu sebelum tambah komitmen bulanan baru.
Akhir kata
Bayaran balik pinjaman peribadi CIMB adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Bayar ansuran tepat pada masa untuk kekalkan kelayakan meminjam pada masa hadapan dan jaga skor kredit anda. Semoga bermanfaat.