Jadual pinjaman peribadi UOB penting untuk anda semak sebelum sign agreement. Dengan merujuk repayment table UOB ini, anda dapat gambaran berapa ansuran bulanan yang perlu dibayar.

Kadar rata (flat rate) UOB Personal Loan bergantung pada pendapatan tahunan anda: 11.99% (RM36,000–RM47,988), 10.99% (RM48,000–RM83,988) dan 9.99% (RM84,000 ke atas) setahun. Jadual di bawah dikira pada kadar 10.99%. Tempoh 1 hingga 5 tahun, pinjaman RM5,000 hingga RM150,000. Dikemaskini Jun 2026.

Jadual Pinjaman Peribadi UOB

Jadual ansuran bulanan di bawah dikira pada kadar rata 10.99% setahun (tier pendapatan pertengahan). Pemohon berpendapatan tinggi mendapat 9.99%, jadi ansuran sebenar anda mungkin sedikit berbeza.

Jumlah (kadar 10.99%) 1 tahun 2 tahun 3 tahun 4 tahun 5 tahun
RM5,000RM462RM254RM185RM150RM129
RM10,000RM925RM508RM369RM300RM258
RM20,000RM1,850RM1,016RM739RM600RM516
RM30,000RM2,775RM1,525RM1,108RM900RM775
RM50,000RM4,625RM2,541RM1,847RM1,500RM1,291
RM70,000RM6,474RM3,558RM2,586RM2,099RM1,808
RM100,000RM9,249RM5,082RM3,694RM2,999RM2,582
RM150,000RM13,874RM7,624RM5,540RM4,499RM3,874

Kelayakan asas: pendapatan minimum RM36,000 setahun (RM3,000 sebulan) dan umur 21 hingga 55 tahun. Kadar promosi "dari 3.99%" hanya untuk pemegang kad kredit UOB sedia ada (12 bulan ke atas) dengan profil kredit yang kukuh. Nota: Bank Negara akan menghentikan kaedah kadar rata untuk pembiayaan peribadi mulai 1 Januari 2027, jadi struktur kadar ini mungkin berubah.

SEMAK KELAYAKAN →

 

Adakah Ini Jadual Pembayaran Balik Pinjaman UOB Terkini?

Jadual di atas dikira berdasarkan kadar rata semasa (dikemaskini Jun 2026). UOB boleh mengemas kini kadar dari semasa ke semasa. Untuk pengesahan kadar dan jadual rasmi, rujuk laman web UOB dan buat carian "Personal Loan":

JENISPINJAMAN
KonvensionalUOB Personal Loan

Kalau anda berminat dan rasa mampu bayar balik, boleh terus mohon pinjaman peribadi UOB.

 

Contoh Pengiraan Bayaran Balik Pinjaman Peribadi UOB

Katakan anda buat UOB Personal Loan sebanyak RM10,000 untuk tempoh 2 tahun (24 bulan) pada kadar rata 10.99% setahun.

Jumlah faedah: RM10,000 x 10.99% x 2 = RM2,198. Campur pokok jadi RM12,198, kemudian bahagi 24 bulan.

Ansuran bulanan ialah lebih kurang RM508 sebulan.

 

Senario #1: Pinjam UOB RM50,000 Dalam Tempoh 2 Tahun

Pada kadar 10.99%, ansuran bulanan ialah RM2,541. Jumlah faedah RM50,000 x 10.99% x 2 = RM10,990, jadi total bayaran balik lebih kurang RM60,990.

 

Senario #2: Pinjam UOB RM50,000 Dalam Tempoh 5 Tahun

Pada tempoh 5 tahun, ansuran turun kepada RM1,291 sebulan. Tapi jumlah faedah naik kepada RM27,475 dan total bayaran balik lebih kurang RM77,475, iaitu lebih RM16,000 lebih tinggi berbanding tempoh 2 tahun. Lagi lama tempoh, lagi banyak jumlah faedah.

 

Kalau Ikut Repayment Table UOB, Apa Pilihan Terbaik?

Ikut kemampuan dan jangan pinjam terlalu lama. Kerana kadar UOB agak tinggi, tempoh pendek menjimatkan banyak faedah. Pendapatan lebih tinggi juga melayakkan anda untuk kadar lebih rendah.

Kalau rasa tak layak, jangan pinjam. Sila semak kelayakan pinjaman peribadi UOB dahulu sebelum tambah komitmen bulanan baru.

 

Akhir kata

Bayaran balik pinjaman peribadi UOB adalah tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan. Bayar ansuran tepat pada masa untuk kekalkan kelayakan meminjam pada masa hadapan dan jaga skor kredit anda. Semoga bermanfaat.