Pinjaman peribadi UOB Bank ada disediakan bagi anda yang perlukan kemudahan kewangan untuk tujuan peribadi anda. Lagipun, pada waktu ramai orang yang tejejas pendapatan dan sebagainya mesti sangat-sangat memerlukan bantuan wang. Jadi, buat anda yang memerlukan bolehlah cuba buat permohonan pinjaman peribadi oleh UOB Bank ini.

Oh ya! Selain daripada UOB, anda juga boleh membuat pinjaman peribadi MBSB dan banyak lagi. Namun, setiap kelulusan permohonan adalah bergantung kepada kelayakan anda serta tertakluk terma dan syarat yang ditetapkan oleh bank itu sendiri.

Sekarang, mari teruskan kepada maklumat pinjaman peribadi UOB Bank yang telah kami sediakan untuk anda melalui artikel ini.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman peribadi UOB Bank

Ini merupakan jenis produk pinjaman yang ditawarkan oleh UOB Bank.

UOB Personal Loan

Produk pinjaman yang disediakan ini adalah salah satu pinjaman yang tidak memerlukan sebarang cagaran. Apa yang menarik tentang pinjaman ini adalah bayaran bulanan yang rendah serendah RM125. Selain itu, anda tidak akan dikenakan sebarang caj pemprosesan serta kadar faedah yang rendah serendah 0.83% setahun.

Melalui pinjaman ini, anda boleh membuat pinjaman bermula dari RM5,000 sehingga mencecah RM100,000 dengan tempoh pinjaman yang diberikan adalah minimum 1 tahun sehingga maksimum 5 tahun. Oleh itu, untuk anda yang nak bayar deposit rumah baru, pelaburan, sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau nak ubahsuai rumah anda. Produk pinjaman peribadi ini adalah sangat sesuai untuk anda mohon.

Di samping itu, pemohon pinjaman ini adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin membuat personal loan asalkan ada gaji bulanan. Jika anda merupakan kakitangan di sektor swasta atau bekerja sendiri. Anda juga digalakkan untuk memohon pelan pinjaman ini.

Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman peribadi ini melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

 0.83% setahun

Tempoh pinjaman

1 tahun hingga 5 tahun

Jumlah pinjaman

RM5,000 hingga RM100,000

Sektor pekerjaan

  • Semua sektor pekerjaan
  • Sektor swasta
  • Bekerja sendiri

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum umur 21 tahun sehingga maksimum 55 tahun
  • Pemegang kredit kad UOB untuk sekurang-kurangnya 1 tahun

Tempoh kelulusan

2 hari waktu bekerja

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman peribadi ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum umur 21 tahun sehingga maksimum 55 tahun.
  • Pemegang kredit kad UOB untuk sekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Menerima pendapatan kasar bulanan minimum RM2,000 atau RM24,000 setahun.
  • Menerima pendapatan kasar tahunan minimum RM36,000 bagi yang bekerja sendiri.

 

Dokumen diperlukan

Terdapat beberapa jenis dokumen yang perlu disediakan. Antaranya seperti:

  • Salinan kad pengenalan atau pasport (depan dan belakang).
  • Slip gaji 3 bulan terkni.
  • Borang dan resit berkaitan cukai (pilihan atau jika berkaitan).
  • Penyata akaun bank pengkreditan gaji 3 bulan terkini (pilihan atau jika berkaitan).
  • Penyata EPF 1 tahun terkini (pilihan).
  • Borang berkaitan dan sijil pendaftaran perniagaan SSM 2 tahun terkini dengan perniagaan yang sama (jika berkaitan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan UOB Personal Loan?

Bagi memudahkan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman peribadi UOB ini secara konsisten. Sila rujuk halaman ini sebagai panduan.

 

Di mana boleh memohon pinjaman peribadi UOB Bank ini?

Sekiranya anda layak dan berminat untuk memohon pinjaman peribadi UOB Bank ini. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan UOB Bank berhampiran anda.

Anda juga boleh membuat permohonan secara online melalui laman web rasmi UOB Bank.

 

Akhir kata

Ini sahaja informasi mengenai pinjaman peribadi UOB Bank yang dapat kami senaraikan untuk anda. Diharapkan dengan perkongsian maklumat ini dapat membantu menambahkan senarai tempat pilihan anda untuk buat personal loan. So, nanti bolehlah buat perbandingan yang mana satu berbaloi untuk anda mohon.

Jangan buat pinjaman macam tangkap muat sahaja. Sekurang-kurangnya kena tahu apa kelebihan yang akan anda dapat melalui produk pinjaman itu.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply