Selain daripada pinjaman perniagaan Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat. Pinjaman mikro CIMB mungkin boleh bantu usahawan mikro seperti anda yang inginkan kemudahan kewangan untuk perniagaan yang lebih lancar.

Oleh itu, mari dapatkan sedikit sebanyak informasi mengenai produk-produk pinjaman mikro yang disediakan oleh CIMB Bank. Manalah tahu kalau ada yang menepati keperluan perniagaan anda.

Izinkan kami berkongsi.

Pinjaman mikro CIMB

Berikut merupakan jenis produk pembiayaan mikro yang ditawarkan di CIMB.

1. Kemudahan Bantuan Bencana (Disaster Relief Facility)

Program pinjaman ini adalah tidak bercagar dan dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu Perusahaan Mikro atau PKS yang terjejas akibat bencana seperti banjir daripada segi kewangan supaya dapat terus menjalankan perniagaan mereka.

Pinjaman ini akan memberikan peluang kepada premis perniagaan yang terjejas untuk membaik pulih atau menggantikan aset seperti jentera yang telah rosak kerana bencana dan sebagai modal kerja. Walau bagaimanapun, pembiayaan ini tidak boleh digunakan untuk pembiayaan semula, fasiliti kredit atau pinjaman sedia ada.

Seterusnya, melalui produk ini anda boleh memohon pembiayaan sehingga RM700,000 bagi PKS dan sehingga RM150,000 untuk Perusahaan Mikro. Tempoh bayaran balik pinjaman adalah sehingga 7 tahun dengan caj kadar faedah yang dikenakan adalah serendah 3.5% setahun termasuk fi jaminan.

Sila ketahui secara ringkas mengenai Kemudahan Bantuan Bencana melalui jadual di bawah:

 

Kadar faedah

3.5% setahun

Tempoh pinjaman

Sehingga 7 tahun

Jumlah pinjaman

  • Sehingga RM700,000 untuk PKS
  • Sehingga RM150,000 untuk Perusahaan Mikro

Sektor pekerjaan

  • Perusahaan Mikro
  • PKS

Kelayakan

  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Perusahaan Mikro dan PKS
  • Premis perniagaan yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir

Tempoh kelulusan

Tidak dinyatakan

 

Sila ketahui lebih lanjut mengenai pinjaman mikro CIMB ini melalui maklumat tambahan di bawah.

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia.
  • Perusahaan Mikro dan PKS.
  • Premis perniagaan yang terletak di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.

 

Dokumen diperlukan

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen yang diperlukan untuk permohonan pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Bagaimana corak pembayaran bulanan Kemudahan Bantuan Bencana?

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini (tidak dinyatakan).

 

Di mana boleh memohon pinjaman mikro CIMB ini?

Sekiranya anda berminat untuk memohon pembiayaan ini. Anda boleh mohon secara atas talian di halaman ini.

Selain itu, anda juga boleh membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi mana-mana cawangan CIMB berhampiran anda.

 

2. Pinjaman mikro CIMB (Skim Sokongan Ketahanan Kewangan AKPK (FIRST)

PERHATIAN

*Kami tidak dapat mengemukakan banyak maklumat mengenai produk pembiayaan ini. Maklumat yang disediakan di bawah hanyalah sebagai makluman ringkas.

Produk ini adalah bantuan bayaran balik melalui skim pengurangan ansuran selama 2 tahun bergantung kepada kemampuan peminjam atau pelanggan. Walau bagaimanapun, skim ini hanya tersedia dari 15 november 2021 sehingga 30 jun 2023.

Tambahan lagi, pinjaman ini hanya akan ditawarkan kepada pelanggan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan Program PEMULIH.

Sila rujuk maklumat tambahan di bawah:

Kelayakan untuk memohon

Antara syarat dan kelayakan yang ditetapkan adalah:

  • Sebarang perusahaan mikro (seperti yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Definisi PKS yang dikeluarkan oleh SME Corporation Malaysia).
  • Kehilangan sehingga 25% daripada pendapatan mereka pada masa permohonan.
  • Mempunyai pinjaman atau pembiayaan yang aktif (iaitu kurang daripada 90 hari tunggakan) pada masa permohonan.
  • Pernah memohon PEMULIH namun tidak layak atau tidak bersetuju dengan kemudahan yang ditawarkan.
  • Sebarang kemudahan kredit di mana pembayaran prinsipal, faedah atau keuntungan mempunyai jadual pembayaran pada selang masa tetap atau boleh diselesaikan secara sekaligus.

*Untuk maklumat lanjut tentang pembiayaan di atas, sila rujuk halaman ini.

 

Akhir kata

Sampai di sini saja maklumat mengenai pinjaman mikro CIMB yang dapat kami berikan kepada anda. Diharapkan dengan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat mempermudahkan urusan perniagaan anda ke arah yang lebih cerah dan maju.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply