Ada banyak pembiayaan yang boleh anda mohon untuk dapatkan rumah idaman anda. Salah satu darinya adalah pinjaman perumahan Maybank.
Kalau nak tahu lebih lanjut. Jom baca penulisan kami ini.
Izinkan kami berkongsi.
Pinjaman perumahan Maybank
Di bawah adalah jenis-jenis pembiayaan perumahan yang disediakan oleh Maybank:
1. Pinjaman perumahan My First Home Scheme
Pinjaman My First Home Scheme adalah bermaksud Pinjaman Skim Rumah Pertamaku yang terbuka kepada mereka yang merancang untuk membeli rumah buat kali pertama.
Antara kelebihan yang akan diperolehi melalui pelan ini adalah tiada pembayaran deposit yang diperlukan, pinjaman sehingga 110% untuk rumah yang telah siap ataupun masih dalam pembinaan, permohonan bersama ahli keluarga terdekat adalah dibenarkan dan pinjaman yang mampu dimiliki oleh mereka yang berpendapatan RM10,000 dan ke bawah.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman perumahan ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
– |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 35 tahun |
Jumlah pinjaman |
Sehingga RM300,000 |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Pembelian rumah pertama.
- Mempunyai pendapatan bulanan.
- Permohonan secara individu atau berkumpulan (bersama).
- Pendapatan kasar bulanan untuk isi rumah adalah sehingga RM5,000 (individu & bersama).
- Tiada sebarang rekod pinjaman yang bermasalah selama 1 tahun.
Dokumen yang diperlukan
Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Borang permohonan pinjaman perumahan yang lengkap.
- Kad pengenalan.
- Borang Pendaftaran Perniagaan 24 & 29 (jika berkenaan).
- Salinan perjanjian jual & beli, resit yuran tempahan dan surat tawaran daripada pembangun.
- Laporan penilaian hartanah (untuk rumah yang telah siap).
- Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) (untuk rumah yang telah siap).
- Bukti pendapatan seperti:
- Penyata gaji
- Penyata EPF
- Borang B / BE atau e-filling (bekerja sendiri)
- Penyata akaun terkini firma / syarikat (bekerja sendiri)
- Penyata komisen (penerima komisen)
- Penyata kewangan terkini (bekerja sendiri & penerima komisen)
- Penyata akaun bank (penerima komisen)
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang My First Home Scheme di sini: Maybank My First Home Scheme
Cara buat permohonan pinjaman
Anda boleh memohon pinjaman perumahan ini secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.
Anda juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu di sini.
2. Pinjaman perumahan MaxiHome
Pelan pinjaman ini menawarkan pakej yang berbeza daripada pinjaman yang biasa untuk memenuhi keperluan pelaburan peribadi atau yang di luar jangkauan termasuk pendidikan anak-anak dan pembaikan rumah anda.
Melalui pelan ini, anda boleh bayar semula pinjaman rumah anda dengan Maybank dan nikmati penjimatan dengan ciri pembiayaan semula yang menarik.
Selain itu, anda juga dapat melakukan gadai janji semula rumah yang telah dibayar sepenuhnya atau bebas daripada sebarang bebanan untuk mengeluarkan wang tunai daripada aset tetap terbesar anda tanpa perlu menjual.
Sekiranya anda mempunyai pinjaman perumahan dengan Maybank selama lebih daripada 6 bulan. Anda boleh memilih pembiayaan tambahan pada bila-bila masa yang diberikan sehingga 90% daripada nilai pasaran semasa rumah anda.
Antara kelebihan yang akan anda dapat adalah pembayaran balik dan kemudahan yang fleksibel, kelayakan pinjaman lebih tinggi, tempoh bayaran balik lebih lama, margin pinjaman tinggi, perlindungan MRTA dan banyak lagi.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
– |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 35 tahun |
Jumlah pinjaman |
Sehingga 90% daripada nilai pasaran semasa rumah / tertakluk kepada minimum RM10,000 untuk setiap jenis kemudahan |
Sektor pekerjaan |
Individu berpendapatan / bekerja sendiri |
Kelayakan |
Untuk semua individu, pemohon bersama, pemastautin, dan bukan pemastautin |
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:
- Untuk semua individu, pemohon bersama, pemastautin, dan bukan pemastautin.
- Mempunyai pendapatan atau bekerja sendiri.
- Mempunyai perniagaan, syarikat atau firma yang berdaftar.
Dokumen yang diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Borang permohonan yang sempurna.
- Kad pengenalan.
- Pasport & VISA / permit kerja / pas pekerjaan sah terkini (jika berkenaan).
- Pendaftaran perniagaan / Borang 24 & 49 (jika berkenaan).
- Salinan jualan & belian / resit tempahan / surat tawaran daripada pembangun (jika berkenaan).
- Salinan surat ikatan hak milik individu (jika berkenaan).
- Laporan penilaian rumah diperlukan untuk rumah yang siap melebihi 6 bulan.
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Penyata komisen 6 bulan terkini (jika berkenaan).
- Penyata EPF 3 bulan terkini.
- Borang EA terkini (jika berkenaan).
- Penyata bank 6 bulan terkini.
- Surat pengesahan pekerjaan.
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang MaxiHome di sini: Maybank MaxiHome
Cara buat permohonan pinjaman
Anda boleh memohon pinjaman perumahan ini secara walk in dengan mengunjungi mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.
Anda juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu di sini.
3. MaxiHome Ezy
Pembiayaan ini adalah ditawarkan untuk memberikan peluang kepada anda memiliki, mengubah suai atau menghias rumah yang anda idamkan.
Anda akan menikmati beberapa kelebihan menerusi pinjaman ini. Antaranya adalah komitmen bulanan yang rendah untuk 5 tahun pertama, menjimatkan wang yang boleh digunakan untuk perbelanjaan lain, pengeluaran lebihan pinjaman yang fleksibel, penjimatan tunai sehingga 50% setiap bulan dan lain-lain.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman perumahan ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
Kadar Asas Semasa (SBR) + 1.45% |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 14 tahun |
Jumlah pinjaman |
Minimum RM50,000 dan ke atas |
Sektor pekerjaan |
Individu berpendapatan / bekerja sendiri |
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:
- Untuk rumah yang telah siap dan dalam pembinaan.
- Harga pembelian rumah minimum RM100,000 hingga maksimum RM2,000,000.
- Jumlah pinjaman minimum RM50,000.
- Terpakai untuk Pinjaman Perumahan Konvensional sahaja.
- Lain-lain adalah tertakluk kepada terma & syarat.
Dokumen diperlukan
Kami tidak dapat menjumpai sebarang dokumen yang diperlukan bagi pinjaman ini.
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang MaxiHome Ezy di sini: Maybank MaxiHome Ezy
Cara buat permohonan pinjaman
Anda boleh memohon pinjaman ini dengan melawati mana-mana cawangan Maybank berhampiran anda.
Anda juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu di sini.
4. MaxiHome Flexi Loan
Pinjaman ini adalah merupakan pelan gadai janji bercagar yang fleksibel untuk pembiayaan rumah idaman anda bergantung kepada penilaian kredit. Selain itu, pelan ini juga melibatkan penggunaan akaun 3 dalam 1 yang menggabungkan pinjaman rumah anda dan akaun deposit anda.
Sehubungan itu, anda boleh menerima faedah, menikmati pembayaran balik yang fleksibel dan memendekkan tempoh pinjaman anda.
Di samping itu, sebarang simpanan yang dimasukkan ke dalam akaun pinjaman Flexi anda, ia secara automatik akan mengurangkan jumlah pokok pinjaman rumah anda yang tertunggak.
Terdapat banyak kelebihan yang akan anda dapat melalui pelan ini. Antaranya adalah tiada yuran komitmen yang dikenakan, kadar faedah yang kompetitif, perlindungan kemalangan sehingga RM50,000 dan banyak lagi yang menarik.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
– |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 35 tahun |
Jumlah pinjaman |
Sehingga RM800,000 |
Sektor pekerjaan |
Individu berpendapatan / bekerja sendiri |
Kelayakan |
Mempunyai pendapatan bulanan |
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Kami tidak dapat menjumpai sebarang kelayakan atau syarat lain yang diperlukan bagi pinjaman ini.
Apa yang pasti, anda haruslah mempunyai pendapatan bulanan.
Dokumen diperlukan
Kami tidak dapat menjumpai sebarang dokumen yang diperlukan bagi pinjaman ini.
Namun, anda boleh klik di sini untuk membuat kiraan berapa banyak yang anda boleh pinjam dan simpan.
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang MaxiHome Flexi Loan di sini: Maybank MaxiHome Flexi Loan
Cara buat permohonan pinjaman
Anda boleh memohon pinjaman perumahan ini secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.
Anda juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu di sini.
5. Commodity Murabahah Home Financing-i
Produk ini adalah kemudahan pembiayaan hartanah berlandaskan syariah dan bercagar yang ditawarkan untuk harta kediaman sama ada telah siap dibina atau masih dalam pembinaan. Namun begitu, jaminan tambahan seperti simpanan tetap berjangka, penjamin dan lain-lain mungkin diminta berdasarkan kepada penilaian kredit.
Antara kelebihan yang akan diperolehi daripada produk ini adalah tiada kompaun keuntungan dan caj lain, tiada caj penyelesaian awal akan dikenakan, kadar dan margin pembiayaan yang kompetitif, ansuran bulanan yang lebih rendah dan banyak lagi.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman perumahan ini melalui jadual di bawah:
Kadar keuntungan |
1.45% |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 35 tahun |
Jumlah pinjaman |
Sehingga RM900,000 |
Sektor pekerjaan |
Individu berpendapatan / bekerja sendiri |
Kelayakan |
Untuk semua individu, pemohon bersama, pemastautin, dan bukan pemastautin |
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:
- Untuk semua individu, pemohon bersama, pemastautin, dan bukan pemastautin.
- Mempunyai pendapatan atau bekerja sendiri.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon adalah:
- Kad pengenalan.
- Pasport & VISA / permit kerja / pas pekerjaan sah terkini (jika berkenaan).
- Pendaftaran perniagaan / Borang 24 & 49 (jika berkenaan).
- Salinan jualan & belian / resit tempahan / surat tawaran daripada pembangun (jika berkenaan).
- Salinan surat ikatan hak milik individu (jika berkenaan).
- Laporan penilaian rumah untuk rumah yang telah siap.
- Slip gaji 3 bulan terkini.
- Penyata komisen 6 bulan terkini (jika berkenaan).
- Penyata EPF terkini.
- Borang EA terkini (jika berkenaan).
- Penyata bank 6 bulan terkini.
- Surat pengesahan pekerjaan.
- Penyata kewangan terkini (bekerja sendiri).
- Penyata komisen terkini dikeluarkan oleh syarikat (bekerja sendiri).
- Borang B/BE/e-Filing terkini (bekerja sendiri).
- Resit pembayaran cukai terkini (bekerja sendiri).
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang Commodity Murabahah Home Financing-i di sini: Maybank Commodity Murabahah Home Financing-i
Cara buat permohonan pinjaman
Anda boleh memohon pinjaman ini di cawangan Maybank seluruh Malaysia.
Anda juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu di sini.
6. Pinjaman perumahan HouzKEY Homeownership Plan
Pelan pinjaman ini adalah direka khas untuk membantu mereka yang berhasrat menjadi pemilik rumah atau memiliki rumah idaman tetapi tidak mampu kerana kos permulaan yang tinggi. Menarik betul bunyinya kan?
Seterusnya, ini adalah beberapa kelebihan yang akan anda dapat daripada pelan pinjaman ini. Antaranya, pembiayaan penuh 100% tanpa bayaran pendahuluan, tiada bayaran semasa pembinaan dan bayaran bulanan terendah dengan kadar terbaik.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
– |
Tempoh pinjaman |
– |
Jumlah pinjaman |
– |
Sektor pekerjaan |
Individu berpendapatan / bekerja sendiri |
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan yang ditetapkan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun hingga 70 tahun pada masa permohonan.
- Tidak boleh mempunyai lebih dari 1 pinjaman perumahan pada masa permohonan.
- Mempunyai 3 orang sebagai penjamin bagi tujuan mengukuhkan permohonan.
Dokumen diperlukan
Kami tidak dapat menjumpai sebarang dokumen yang diperlukan bagi pinjaman ini.
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang HouzKEY Homeownership Plan di sini: Maybank HouzKEY Homeownership Plan
Cara buat permohonan pinjaman
Untuk memohon pinjaman ini, anda boleh menghantar permohonan dalam talian anda dengan klik pada butang APPLY NOW di halaman yang tertera.
7. Pinjaman perumahan Home 2gether Financing
Maybank Home 2gether Financing adalah produk pinjaman perumahan yang dirangka khusus untuk memudahkan pemilikan rumah bagi graduan dari institut pengajian tinggi yang merupakan golongan muda yang bekerja dan ibu bapa mereka.
Selain itu, ia juga dapat membantu ibu bapa memberikan permulaan yang bermakna bagi anak mereka dengan menyediakan sokongan kewangan dari segi pinjaman perumahan untuk 5 tahun pertama.
Untuk pengetahuan anda, produk pinjaman ini berfungsi melalui 2 perjanjian pembiayaan yang akan ditandatangani setiap satu oleh anak dan ibu bapa masing-masing. Kemudian, kedua-dua anak dan ibu bapa tersebut akan menjadi peminjam bersama untuk 5 tahun pertama.
Selepas itu, untuk 6 tahun ke depan adalah diteruskan sepenuhnya oleh anak sehingga selesai.
Sila ketahui secara ringkas mengenai pinjaman perumahan ini melalui jadual di bawah:
Kadar faedah |
Serendah 3.80% p.a |
Tempoh pinjaman |
Sehingga 35 tahun |
Jumlah pinjaman |
– |
Sektor pekerjaan |
|
Kelayakan |
|
Tempoh kelulusan |
– |
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang pinjaman perumahan ini. Sila ketahui melalui maklumat tambahan di bawah.
Syarat dan kelayakan untuk memohon
Berikut merupakan syarat dan kelayakan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia.
- Anak (pemohon) mestilah berumur di antara 21 hingga 31 tahun.
- Anak (pemohon) mestilah graduan dari institusi pengajian tinggi dan bekerja dengan baik.
- Ibu bapa mestilah mempunyai pendapatan tetap bulanan.
- Rumah yang telah siap atau dalam pembinaan di seluruh negara.
- Akuan berkanun untuk pekerjaan sendiri mesti dilaksanakan oleh anak.
- Ibu bapa tidak boleh mempunyai hak dalam pemilikan rumah.
- Penilaian kelayakan untuk pinjaman akan terlebih dahulu dijalankan ke atas anak untuk rumah yang diingini.
- Sebarang kekurangan pada kelayakan pinjaman anak akan ditambah nilai oleh ibu bapa dalam kemudahan berasingan untuk membolehkan anak membeli rumah tersebut.
- 2 perjanjian pinjaman berasingan hendaklah ditandatangani oleh anak & ibu bapa masing-masing.
- 2 akaun pinjaman rumah berasingan akan dibuka untuk menjalankan skim ini:
- 1 akaun pinjaman rumah untuk bahagian anak, sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun yang mana lebih awal
- 1 akaun pinjaman rumah untuk bahagian ibu bapa, sehingga 5 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal
- Kedua-dua anak dan ibu bapa akan menjadi peminjam / pelanggan bersama untuk 5 tahun pertama. Selepas itu, ibu bapa dibebaskan secara sah daripada kewajipan pinjaman sebaik sahaja bahagian pinjaman mereka dilunaskan sepenuhnya dan diselesaikan 5 tahun kemudian.
- Anak akan menanggung secara bebas komitmen kewangan pinjaman rumah untuk baki tempoh tertentu sehingga selesai.
- Tempoh penyelesaian awal 5 tahun dari tarikh pembayaran penuh akan dikenakan ke atas akaun pembiayaan rumah anak (terpakai untuk fasiliti konvensional sahaja).
- Ibu bapa dibenarkan menyediakan kemudahan tambah nilai di bawah skim ini sekali sahaja bagi setiap anak.
Dokumen diperlukan
Antara dokumen yang perlu disediakan adalah:
- Borang permohonan pinjaman perumahan yang lengkap.
- Kad pengenalan.
- Borang Pendaftaran Perniagaan 24 & 29 (jika berkenaan).
- Salinan perjanjian jual & beli, resit yuran tempahan dan surat tawaran daripada pembangun.
- Laporan penilaian hartanah (untuk rumah yang telah siap).
- Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) (untuk rumah yang telah siap).
- Bukti pendapatan seperti:
- Penyata gaji terkini
- Penyata EPF terkini
- Borang B / BE atau e-filling (bekerja sendiri)
- Penyata akaun terkini firma / syarikat (bekerja sendiri)
- Penyata komisen terkini (penerima komisen)
- Penyata kewangan terkini (bekerja sendiri & penerima komisen)
- Penyata akaun bank terkini (penerima komisen)
Jadual bayaran balik pinjaman
Kami tidak dapat mengemukakan sebarang jadual pembayaran balik pinjaman ini.
Sila semak lebih lanjut tentang Home 2gether Financing di sini: Maybank Home 2gether Financing
Cara buat permohonan pinjaman
Anda boleh memohon pinjaman perumahan ini secara walk in dengan hadir di mana-mana cawangan Maybank berdekatan anda.
Anda juga boleh membuat temu janji terlebih dahulu di sini.
Akhir kata
Sekian sahaja perkongsian kami mengenai pinjaman perumahan Maybank. Kami berharap penulisan ini dapat bantu mempermudahkan urusan anda yang nak memiliki rumah idaman.
Untuk anda yang ada personal loan dengan Maybank, boleh lah semak jadual pinjaman peribadi Maybank ini bila nak buat bayaran balik.
Semoga bermanfaat.