Aku tahu, kau sekarang tengah tercari-cari cara macam mana nak print statement Bank Muamalat kan? Google sana, Google sini, tapi masih tak jumpa.

Jangan risau, aku akan kongsikan dengan kau.

Cara Print Statement Bank Muamalat Online

Untuk dapatkan penyata Bank Muamalat, kau perlu ada Internet Banking Bank Muamalat. Kalau tidak, memang tak boleh masuk sistem perbankan Bank Muamalat.

Ini langkah-langkah ringkas untuk kau download dan print statement Bank Muamalat.

  1. Layari laman web rasmi Bank Muamalat di sini: https://www.i-muamalat.com.my
  2. Kau kini berada di laman utama Perbankan Internet Bank Muamalat
  3. Login i-muamalat.com.my seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sahkan chosen image seperti yang terpapar
  6. Masukkan Password
  7. Tekan butang Login
  8. Kalau semuanya berjalan lancar, kau akan masuk ke dalam dashboard i-Muamalat online
  9. Klik My Accounts > Accounts Summary
  10. Pilih akaun kau seperti yang terpapar
  11. Klik Transaction History
  12. Pilih tempoh transaksi yang dikehendaki melalui View Transaction For
  13. Jika tidak, pilih bulan dan tarikh seperti yang dikehendaki
  14. Download statement Bank Muamalat yang dikehendaki
  15. Buka penyata yang dimuat turun sebentar tadi dalam format PDF
  16. Untuk mencetak, pastikan ada sambungan ke printer
  17. Tekan butang Print
  18. Selesai

Jangan kau buat-buat terkejut tengok baki duit simpanan Bank Muamalat kau yang tak berapa banyak itu.

 

Ada Cara Print Mini Statement Bank Muamalat di ATM?

Ya, memang ada cara untuk kau dapatkan statement Bank Muamalat melalui ATM.

Selalunya, ia dipanggil penyata mini Bank Muamalat yang kosnya adalah percuma sahaja.

Berikut ialah panduan untuk dapatkan penyata mini Bank Muamalat:

  1. Masukkan kad ATM Bank Muamalat kau
  2. Pilih bahasa
  3. Untuk mudah faham, pilih Bahasa Melayu
  4. Masukkan PIN
  5. Pilih Lain-lain Urusniaga / Others
  6. Pilih Khidmat Penyata/ Statement Bank
  7. Pilih Penyata Mini
  8. Pilih Cetak
  9. Tunggu sebentar
  10. Penyata ringkas akan dicetak keluar
  11. Selesai

Simpan elok-elok penyata mini tersebut.

Manalah tahu, boleh digunakan untuk buat rujukan nanti.

 

Boleh Download Penyata Bank Muamalat Guna App i-Muamalat Mobile?

Ya, memang boleh.

Cuma aku tak rajin nak tulis guide Bank Muamalat ini sebab caranya agak renyah.

Kena download apps Bank Muamalat, login, klik sana, klik sini.

Leceh.

Tapi kalau kau rajin, boleh sahaja cuba cara untuk dapatkan statement Bank Muamalat
guna apps i-Muamalat Mobile di iPhone dan Android.

  • Untuk iPhone, sila muat turun i-Muamalat Mobile di Apple App Store
  • Untuk Android, sila muat turun aplikasi i-Muamalat Mobile di Google Play

 

Kenapa Perlu Print Statement Bank Muamalat Terkini?

Ada banyak sebab seseorang itu memerlukan penyata terkini Bank Muamalat.

Selalunya, mereka-mereka ini mahukan statement Bank Muamalat untuk membuat permohonan pinjaman kereta, pinjaman rumah ataupun pinjaman peribadi Bank Muamalat.

Ini kerana bank-bank seperti Bank Muamalat perlu mengesahkan pendapatan kau.

Takkan Bank Muamalat nak bagi kau pinjam duit tapi kau tak ada gaji bulanan.

Ini penting bagi Bank Muamalat untuk pastikan kau mampu bayar komitmen bulanan.

 

Akhir kata

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara print statement Bank Muamalat secara online dan juga melalui ATM ini akan memudahkan lagi urusan perbankan kau.

Aku juga doakan agar urusan permohonan kau yang memerlukan penyata Bank Muamalat ini akan dipermudahkan dan diluluskan segera.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply