Bagi anda yang memasuki skim Sijil Simpanan Premium, pasti mahu tahu bilakah tarikh cabutan keputusan untuk pemenang. Yang penting, bagaimana cara semak cabutan SSP BSN secara online?
Ada beberapa cara yang anda boleh guna untuk buat semakan keputusan pemenang.
Izinkan kami berkongsi.
1. Semak Sijil Simpanan Premium (SSP BSN) melalui bsn.com.my
- Layari terus pautan SSP BSN di sini: https://www.bsn.com.my/page/bsn-ssp-draw-results?lang=ms-MY
- Ada dua pilihan bahasa iaitu ENG untuk Bahasa Inggeris atau BM untuk Bahasa Melayu
- Pilih BM supaya lebih mudah faham
- Anda kini berada di bahagian SEMAK KEPUTUSAN DI SINI
- Ada dua pilihan yang anda boleh masukkan:
- Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
- Semakan melalui Nombor Sijil
- Jika anda tidak ingat Nombor Sijil, boleh pilih Semakan melalui Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan tekan butang Semak Sekarang
- Sekiranya anda adalah salah satu pemenang, keputusan akan terpapar
2. Semakan SSP BSN di Facebook
Bagi yang tidak berapa maklum dengan SSP BSN dan sukar untuk check secara online, boleh sahaja lihat paparan pengumuman pemenang cabutan melalui Facebook BSN.Bagusnya dengan Facebook BSN, ia sentiasa up-to-date. Nama pemenang memang sudah siap-siap diumumkan dalam visual bergambar.
Sila Like dan sentiasa ikuti perkembangan BSN di https://www.facebook.com/BSNMalaysia/
3. Semakan keputusan SSP BSN di cawangan
Dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan musim pandemik Covid-19 ini, tidak dapat dipastikan samada anda boleh buat semakan di BSN atau tidak.Kami sarankan anda hubungi pihak bank terlebih dahulu.
4. Check nama pemenang cabutan Sijil Simpanan Premium
Selain cabutan RM1 juta, terdapat beberapa lagi cabutan yang lain. Anda hanya perlu klik di ruangan yang dinyatakan.Antaranya ialah:
- Cabutan Istimewa
- Cabutan Kesetiaan
- Cabutan Bulanan
- Cabutan Penyimpan Muda
- Cabutan Tempatan
- Cabutan Penyimpan Baru
- Cabutan Khas Kesetiaan (2020)
- Cabutan Istimewa (2020)
- Cabutan Bulanan (2020)
- Cabutan Super SSP (2020)
- Cabutan Khas Generasi Z (2020)
- Cabutan Khas Tempatan (2020)
5. Tarikh cabutan Sijil Simpanan Premium 2021
Tarikh cabutan SSP BSN untuk tahun 2020 adalah lebih kurang sebulan, selepas bulan tersebut.Contohnya untuk pemenang cabutan bulan April 2021, ia akan diumumkan pada bulan Mei 2021.
- Januari – 14 Februari 202
- Februari – 6 Mac 2021
- Mac – 3 April 2021
- April – 8 Mei 2021
- Mei – 5 Jun 2021
- Jun – 3 Julai 2021
- Julai – 7 Ogos 2021
- Ogos – 4 September 2021
- September – 2 Oktober 2021
- Oktober – 6 November 2021
- November – 4 Disember 2021
- Disember – 8 Januari 2022
Akhir kalam
Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai langkah-langkah untuk semak cabutan SSP BSN ini, anda boleh terus hubungi BSN di talian berikut:
03-21623222
Sila tekan salah satu nombor sambungan berikut:
- 12620
- 15694
- 15686
- 15667
Didoakan agar sesiapa sahaja yang sedang membaca ini, agar murah rezeki.
Semoga bermanfaat.