What's Hot

    Semak KWSP online IC berpandukan cara-cara yang telah kami tuliskan di sini khas untuk dikongsikan kepada anda semua yang mungkin masih belum tahu. Jika anda adalah salah seorang pencarum yang berminat untuk ketahuinya.

    Jom teruskan baca artikel ini.

    Cara semak KWSP online IC melalui laman web

    Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat semakan KWSP secara online menggunakan IC di laman web:

    1. Layari laman web KWSP online di secure.kwsp.gov.my.
    2. Untuk permulaan, anda boleh pilih BAHASA yang ingin digunakan sama ada EN atau BM pada pilihan di bahagian kanan atas skrin.
    3. Seterusnya, pada bahagian i-Akaun (Member) Login. Sila isikan USER ID iaitu IC anda.
    4. Tekan butang Next.
    5. Kemudian, sahkan Security Image dan Secret Phrase anda.
    6. Jika tiada apa-apa masalah, masukkan Password anda dan tekan Login.
    7. Anda akan dibawa masuk ke akaun KWSP online anda.
    8. Di laman tersebut, anda boleh membuat semakan KWSP anda mengikut jenis-jenis menu atau perkhidmatan yang tertera. Salah satunya ialah semak baki KWSP.
    9. Tahniah! Anda dah berjaya semak KWSP online IC melalui laman web.
    10. Selesai.

    Cek online guna aplikasi

    Kalau anda nak semak KWSP online IC dengan lebih mudah dan cepat. Anda boleh semak terus menggunakan aplikasi KWSP iaitu i-Akaun.

    Sila ikuti panduan semakan di aplikasi seperti berikut:

    1. Buka aplikasi i-Akaun pada telefon pintar anda.
    2. Laman Log Masuk ke profil i-Akaun anda akan dipaparkan.
    3. Sila pilih BAHASA yang ingin anda gunakan sama ada EN atau BM pada pilihan di bahagian atas sebelah kanan skrin.
    4. Masukkan User ID iaitu nombor kad pengenalan anda.
    5. Seterusnya, masukkan Password dan tekan LOGIN.
    6. Laman utama profil atau i-Akaun KWSP anda akan terpapar.
    7. Anda boleh melakukan sebarang semakan KWSP di dalam aplikasi i-Akaun tersebut mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan. Sebagai contoh, semak penyata KWSP.
    8. Langkah semak KWSP online anda melalui aplikasi telah berjaya.
    9. Tamat.

    Namun begitu, suka untuk kami jelaskan kepada anda bahawa untuk menggunakan aplikasi i-Akaun KWSP ini. Anda mestilah memuat turun di Google Play Store atau Apple App Store anda terlebih dulu.

    Akhir kata

    Kami berharap dengan adanya perkongsian ini, segala urusan berkaitan KWSP anda akan menjadi lebih mudah.

    Walau bagaimanapun, kami ingin mengingatkan kepada anda iaitu bagi membolehkan anda semak KWSP online anda di mana-mana saja anda berada. Anda mestilah dah daftar i-Akaun KWSP sebelum dapat mengikuti cara-cara semakan KWSP seperti yang telah kami senaraikan di atas.

    Kalau tak ada akaun i-Akaun KWSP pun tak ada guna juga bila nak semak KWSP online. Mohon jangan lupa ya!

    Semoga bermanfaat.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply