Bagi yang tidak tahu, cara check KWSP guna no IC ini boleh dibuat di mana-mana cawangan KWSP atau menggunakan talian telefon sahaja. Bukan itu sahaja, anda juga boleh buat semakan KWSP guna IC. Semakan ini termasuklah untuk check nombor ahli KWSP, berapa baki yang tinggal dalam Akaun 1 & 2 dan macam-macam lagi.
Nak kata apa? Sebenarnya, cara cek KWSP melalui IC ini cukup mudah. Izinkan kami berkongsi.
Cara semak KWSP melalui IC
Cara buat semakan KWSP guna IC melalui telefon
Ini adalah cara untuk semak nombor KWSP, andai anda tak ingat langsung.
- Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di talian 03-89226000
- Selalunya, akan diangkat dalam beberapa saat sahaja
- Beritahu bahawa and mahu semak beberapa perkara berikut:
- Nombor ahli KWSP (jika tak ingat no KWSP)
- Baki simpanan
- Pihak KWSP akan bertanya Nama Penuh dan Nombor Kad Pengenalan untuk pengesahan
- Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan maklumat seperti dipinta
- Selesai
Semakan nombor KWSP melalui kiosk terdekat
Untuk buat semakan nombor KWSP, anda tidak perlu beratur. Boleh terus gunakan kiosk KWSP yang terdekat.
Jika anda sejenis orang yang malas untuk menggunakan perkhidmatan online dan mahu terus semak baki dengan mencetak penyata, boleh terus guna kiosk KWSP yang ada di dalam premis tersebut.
Cara chek nombor KWSP di kaunter cawangan
Selain kiosk, anda juga boleh pergi ke kaunter KWSP untuk melakukan pelbagai transaksi.
Bukan sahaja boleh check nombor KWSP, anda juga boleh mendapatkan statement yang menunjukkan baki terkini.
- Datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat
- Bawa Kad Pengenalan
- Ambil nombor
- Tunggu sehingga nombor dipanggil
- Berurusan di kaunter
- Selesai
Check KWSP tanpa guna no IC secara online melalui i-Akaun
Untuk makluman, anda perlu mendaftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu sebelum menggunakan apa-apa perkhidmatan KWSP secara online di secure.kwsp.gov.my.
Kami andaikan anda sudah mempunyai i-Akaun KWSP. Tidak perlu masuk menggunakan nombor IC. Cukup sekadar menggunakan ID PENGGUNA yang anda telah daftarkan sebelum ini.
Jadi, langkah-kangkah untuk buat semakan KWSP guna ID PENGGUNA, tanpa menggunakan nombor IC adalah seperti di bawah:
- Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Pergi ke bahagian menu atas sebelah kanan
- Ada dua pilihan bahasa iaitu EN dan BM
- Pilih BM untuk Bahasa Melayu
- Masukkan ID PENGGUNA
- Tekan butang Teruskan
- Pastikan Imej Keselamatan dan Frasa Rahsia anda adalah betul
- Masukkan KATA LALUAN
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem i-Akaun KWSP
- Anda akan dapat lihat mesej Selamat Datang NAMA ANDA berserta tarikh login terakhir
- Untuk semak no ahli KWSP:
- Klik PROFIL di menu atas
- Lihat maklumat No. KWSP
- Catat dan simpan nombor KWSP anda
- Untuk semak baki KWSP:
- Klik logo KWSP di bahagian atas sebelah kiri
- Di bawah Ringkasan Akaun, anda akan dapat lihat baki Akaun 1 dan Akaun 2 dalam bentuk carta pai
- Selesai
Boleh rujuk panduan berkenaan cara semak baki KWSP secara online yang lebih terperinci.
Akhir kata
Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang seperti pengeluaran wang yang dibenarkan oleh kerajaan.
Tambahan lagi, dengan i-Akaun, anda boleh download dan semak penyata KWSP untuk rujukan dan simpanan sendiri.
Semoga dipermudahkan urusan..
24 Comments
Tak ingat no kwsp
macam mne nk chek ye
tak ingat no kwsp
Nk Cek Kwsp
Nk Cek wang Kwsp
Nak check kwsp
nak check kwsp
Nk check kwsp
Nak semak baki penyataan
Nk check kwsp
saya baru dibebaskan dari penjara tak sempat keluarkan i-sinar, bolehkah saya memohon sekarang? saya tak pernah mohon untuk sebarang pengeluaran lagi..azted, sabah
Nak chel kwasp
Nak check KWSP
Cheak no kwsp
tak ingat no kwsp
Tak ingat no kwsp
Check penyataan kwsp tahun 2022
Tak ingat nombor KWSP
Nak check no ahli KWSP
Nak check no KWSP
Nak cek baki kwsp
Nk check baki kwsp
nak check kwsp gunakan no ic
nak chek kwsp