Aku faham perasaan kau. Memang terdesak perlukan duit segera. Dalam keadaan begini, selalunya kau menggelabah dan akan grab apa sahaja peluang yang ada. Janji dapat duit untuk selesaikan masalah kau.

Beradanya aku di sini adalah untuk mengelakkan masalah kau menjadi satu lagi masalah yang lebih besar. Jadi, ada beberapa perkara yang kau perlu tahu sebelum kau buat apa-apa pinjaman. Aku sediakan checklist untuk kau follow.

Checklist untuk orang terdesak yang perlukan duit segera

1. Perkara itu penting atau tidak?

Perkara pertama sekali yang kau perlu ambil perhatian ialah dengan membuat penilaian samada urusan yang memerlukan kau buat pinjaman itu penting atau tidak.

Cuba semak samada ia melibatkan nyawa atau tidak. Contohnya, kalau kau tak dapat pinjam duit, orang yang kau sayang di hospital akan pergi buat selama-lamanya.

Kalau kau perlukan duit hanya untuk mengelakkan malu kena kutuk, itu boleh dilewatkan.

 

2. Dah berapa lama meminjam?

Katakan kau terdesak perlukan duit segera sebab nak bayar semula hutang lama kau. Apa yang kau ambil perhatian di sini ialah sudah berapa lama kau berhutang.

Bukanlah aku nak kata kau boleh melambat-lambatkan hutang. Cuma kalau baru sebulan dua, kau masih boleh lewatkan lagi. Minta tolong orang yang beri kau pinjam untuk berikan sedikit masa lagi.

Tapi kalau kau dah berhutang lebih 3 tahun, kau memang patut bayar segera. Kalau aku orang yang pinjamkan kau duit satu masa dulu dan kau masih lagi tak bayar-bayar walaupun dah 3 tahun, aku pun geram.

 

3. Boleh pinjam keluarga tak?

Ya, air dicincang tak akan putus. Tapi kalau kau jenis muka tembok asyik berhutang, mereka pun benci dengan kau. Cuma apa yang aku nak katakan di sini, kalau semua orang yang bukan darah daging kau seperti kawan-kawan memang tak dapat tolong kau, masa inilah kau perlukan keluarga.

Cakap baik-baik tentang masalah kau yang memang terdesak perlukan duit segera. Aku yakin, kalau alasan kau munasabah, mereka akan tolong juga. Lainlah kalau keluarga kau orang kaya, mungkin dia tak kisah sangat nak beri pinjam.

Kau jangan sesekali pinjam along. Merana kau nanti.

 

4. Ada kad kredit tak?

Aku tak galakkan kau guna cara ini. Memang kad kredit ada menyediakan fasiliti ntuk keluarkan duit tunai saat kau terdesak. Tapi dia punya interest tersangat-sangat tinggi.

Apa yang kau perlu tahu di sini, sekiranya kau boleh bayar balik pengeluaran tunai melalui kad kredit dalam masa sebulan atau secepat mungkin, itu tidak mengapa.

Tapi kalau kau tak ada income untuk bayar balik, jangan sesekali ambil pendekatan ini. Silap-silap kau boleh bankrupt.

 

Akhir kata

Tak ada orang yang tidak diuji. Setiap manusia akan ada masalah mereka tersendiri. Cuma apabila masuk bab duit, ramai yang akan jauhkan diri.

Jika terdesak perlukan duit segera, jalan yang paling mudah, pantas dan terbaik adalah dengan keluarga sendiri. Cuma kalau kau ada isu dengan mereka, memang agak sukar untuk keluar dari permasalahan hutang ini.

Apa-apa pun, aku doakan urusan kau dengan hutang akan dipermudahkan.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

No Comments

Leave A Reply