EPSA ialah kependekan untuk E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan oleh INTAN. Bagi kakitangan kerajaan, anda digalakkan untuk terus buat pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat. Jadi, mesti perlu tahu bagaimana cara login EPSA dan daftar untuk menggunakannya.
Sebelum boleh menggunakan EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
EPSA Login
Cara login EPSA
Bagi anda yang sudah mendaftar, berikut ialah cara untuk login EPSA:
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Klik Log Masuk
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
- Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut
Cara daftar EPSA
Bagi yang belum register EPSA, anda perlu buat pendaftaran terlebih dahulu.
Berikut ialah langkah untuk daftar EPSA:
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas kanan
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih Bahasa Melayu
- Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
- Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
- Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
- Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
- Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
- Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
- Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
- Masukk email rasmi
- Tekan butang Daftar pada papan kekunci
- Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
- Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
- Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segeran untuk mengelakkan sebaran kesulitan
Lupa kata laluan EPSA?
Jika anda tidak ingat atau terlupa kata laluan EPSA, klik pautan Forgot Password di sini: https://www.epsa.gov.my/login/forgot_password.php
Ikuti arahan sehingga selesai.
Pertama kali Log Masuk EPSA
Apabila anda berjaya Log Masuk EPSA buat pertama kali, sistem akan memaparkan borang soal selidik. Anda perlu lengkap borang soal selidik yang mengandungi tiga (3) skrin.
Anda boleh sahaja tekan butang Langkau untuk tidak menjawab soal selidik ini.
Walau bagaimanapun, borang ini akan dipaparkan semula setiap kali anda login EPSA, sehingga anda selesai menjawab kesemuanya sekali.
EPSA untuk guru KPM
Golongan guru juga digalakkan untuk memanfaatkan EPSA atas tujuan melengkapkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan yang juga dipanggil SPLKPM.
Ini adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftarkan kursus dan latihan.
Akhir kata
Diharapkan dengan perkongsian cara login EPSA ini akan memudahkan lagi proses pendaftaran anda.
Dengan adanya EPSA, besar harapan kami untuk melihat anda mempelajari perkara-perkara baru. Jangan stress selalu kerana perlu masuk SAPS guru, isi SAPS Ibu Bapa, isi eOperasi, PAJSK dan juga APDM. Itu memang kerja kita, untuk pelajar dan juga diri sendiri.
Dengan ilmu di dada, pasti kita boleh berjaya. Untuk memudahkan urusan login, boleh baca tentang SSO KPM yang consolidate kesemuanya.
Semoga bermanfaat.
24 Comments
Saya Banyak Kali daftar epsa, tetap gagal
saya sudah complete course creative thinking. masih menunjukkan incomplete bahagian problem solving tools. saya sudah cuba banyak lagi.masih tak selesai kursus. markah 96.55 %. harap puan bantu saya. ini menyebabkan saya sudah boring buat kursus ini. saya cuba langkah satu demi satu.
ok
Bagaimana nak guna EPSA guna telefon bimbit? banyak kali nak masuk laman web ni guna telefon bimbit tapi masuk web lain pastu cari atas kanan untuk bahasa pun takde.
BAGAIMANA UNTUK BATAL KEAHLIAN DAN UNTUK BUAT BARU
saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.
saya telah mengikuti 2 kursus Epsa.Namun kedua2nya masih tidak selesai walaupun saya cuba berkali2.Mohon penerangan…
Saya selesai buat 2 kursus tetapi tetap x completed. Kenapa ya? Banyak Kali dah Cuba. Mohon bantu dalam masalah ini. Terima kasih.
Saya telah menghabiskan kursus Integriti Penjawat Awam.Completed.Tetapi ianya mengatakan saya baru habis 2 daripada 3 bahagian yang perlu dihabiskan.
mana2 yang dinyatakan tak lengkap.. rujuk semula..
– Jumlah minimum masa
– Video/page yang terskip
Saya terlupa katalaluan
Saya dapat untuk daftar tetapi setiap kali nak log in, tak blh. mohon bantu saya
saya dah mati akal. dah 2 kursus dibuat benda yg sama.. 2 daripada 3 selesai. walhal dah completed. bantu saya. tq😍
Saya dah selesai buat kursus Amalan Tidur Sihat tetapi masih menunjukkan not completed. Kenapa ye ?
Say sudah buat dua pembacaan sepenuhnya tapi tetap tak selesai 2/3 saja
Saya lupa pasword..mnta jasa baik pihak tuan hntar pasword kt email [email protected]
Saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.
Saya selesai buat 2 kursus tetapi tetap x completed. Kenapa ya? Banyak Kali dah Cuba. Mohon bantu dalam masalah ini. Terima kasih.
Reply
Assalamualaikum, tuan.
Saya gagal mendaftar masuk EPSA. Selepas saya isi nombor kad pengenalan dan email rasmi kpm sy akan keluar makluman nombor my kad saya telah digunakan.
Bagi makluman tuan, saya sebelum ni pernah buka EPSA menggunakan email lain, namun email rasmi saya bertukar setelah berpindah ke bahagian sekolah. Apabila saya menggunakan email kpm saya yang terkini [email protected] ini saya tidak dapat mendaftar masuk dalam EPSA.
beberapa kali nak masuk kursus tapi gagal
Saya dah complete epsa yang bertajuk pengenalan kepada dasar-dasar kerajaan tetapi masih menunjukkan imcomplete.
Harap boleh selesaikan masalah tersebut.
TQ
masih gagal login walaupun password dh betul
Saya dah berapa Kali daftar tapi tetap tak dapat login. Stress pula jadinya… dah tekan lupa kata laluan pun tetap sama. Kenapa tak dapat daftar?
SISTEM LEMAH.BANYAK KALI DAFTAR TETAP TAK BOLEH.BAIKI SISTEM SEGERA.MENYUSAHKAN PENDAFTAR