Sekarang, Touch n Go bukan sekadar digunakan di tol sahaja. Macam-macam boleh guna seperti beli di kediai runcit seperti 99Speedmart dan lain-lain lagi. Jadi, kalau anda tak tahu berapa banyak balance yang tinggal, kami akan kongsikan cara semak baki Touch n Go.

Jika masih lagi belum register, sila daftar Touch n Go secara online terlebih dahulu.

1. Cara semak baki Touch n Go secara online

Berikut ialah cara untuk check balance Touch n Go anda secara online melalui portal https://www.touchngo.com.my

  1. Anda perlu mengakses portal Touch ‘n Go di sini: https://www.touchngo.com.my
  2. Pastikan anda daftar kad fizikal dan identiti anda untuk login
  3. Isikan Card/Device Serial No
  4. Pilih Nationality
  5. Taipkan Identification No anda.
  6. Setelah pendaftaran, anda boleh log masuk dan anda dapat menyemak baki dan sejarah transaksi anda.

 

2. Cara check balance Touch n Go dengan login eWallet

Selain memeriksa baki Touch ‘n Go melalui laman web, anda juga boleh memuat turun e-wallet Touch sama ada di AppStore atau PlayStore.

eWallet atau dompet digital ini juga berfungsi sebagai kad digital atau dompet elektronik menggunakan aplikasi Touch ‘n Go.

  1. Sila login dengan masukkan nombor siri yang tertera di kad TNG untuk mendaftar kad anda.
  2. Nombor siri boleh didapati di belakang kad TNG anda.
  3. Anda hanya perlu sync kad fizikal anda dengan aplikasi di telefon pintar anda.
  4. Cara ini lebih mudah kerana anda boleh memeriksa baki Touch ‘n Go dan sejarah transaksi anda di mana-mana sahaja dan bila-bila masa.

 

3. Macam mana nak semak kad Touch ‘n Go expired?

Setiap kad  Touch ‘n Go mempunyai tempoh jangka hayat 10 tahun. Tarikh luput kad Touch ‘n Go boleh didapati di belakang kad.

Sekiranya anda ingin membuat pemindahan baki kad yang telah lebih tarikh luput ke kad yang baru, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM5.30 untuk kos pentadbiran.

Sekiranya kad tidak digunakan dalam setahun, kad anda akan dinyahaktifkan kerana transaksi tidak ada transaksi yang berlaku pada satu jangka masa. Anda digalakkan untuk menggunakan kad anda setahun sekali untuk mengelakkan kad daripada dinyahaktifkan.

Sebelum pembayaran dibuat menggunakan kad Touch ‘n Go, anda harus tahu cara untuk memeriksa baki dalam talian. Anda perlu memeriksa baki dalam kad anda sebelum membuat pembelian menggunakan kad.

 

4. Macam mana cara bayar guna Touch ‘n Go eWallet?

Touch ‘n Go merupakan dompet elektronik yang digunakan untuk membuat pembayaran termasuk pembayaran tol, pengangkutan awam, kedai runcit dan tempat letak kereta.

Apabila anda telah mendaftar dan memuat turun e-wallet Touch ‘n Go, anda boleh menggunakan e-wallet  Touch ‘n Go untuk membayar pembelian. Terdapat beberapa langkah untuk menggunakan e-wallet Touch ‘n Go.

  1. Langkah pertama adalah mempunyai aplikasi, membuat pendaftaran dan log masuk ke aplikasi.
  2. Kemudian, lancarkan aplikasi dan klik ikon “Pay
  3. Anda akan dialihkan ke halaman untuk membuat pengimbasan kod QR.
  4. Anda boleh membenarkan peniaga untuk mengimbas kod QR yang terpapar di skrin anda.
  5. Peniaga akan membekalkan kod QR jika mereka menerima kaedah pembayaran ini.
  6. Selepas pengimbasan dibuat, anda boleh memasukkan jumlah wang yang perlu dibayar.
  7. Isikan PIN 6 digit untuk menjelaskan pembayaran anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara semak baki Touch n Go ini akan memudahkan lagi urusan anda.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

4 Comments

Leave A Reply