Walaupun kaunter JPJ sudah boleh beroperasi bermula 9 Ogos 2021, tetapi masih ramai yang takut keluar rumah untuk renew lesen memandangkan wabak yang masih belum reda. Bagi yang tidak biasa guna perkhidmatan atas talian, and perlu tahu bahawa memang ada cara renew lesen online.

Walau bagaimanapun, kita sedia maklum bahawa sebelum negara kita dilanda Covid19 dan dilaksanakan PKP, kaunter JPJ sememangnya selalu padat dan sesak dengan pelbagai urusan.

Namun begitu, kini anda tidak perlu risau lagi kerana pihak JPJ telah melaksanakan satu sistem baru iaitu mySIKAP untuk memudahkan urusan dan memberikan perkhidmatan yang baik kepada orang ramai secara online.

Melalui perkhidmatan mysikap, pelbagai urusan boleh dilakukan seperti renew lesen dan roadtax atau membuat pembayaran saman JPJ. Selain itu, anda juga boleh memilih perkhidmatan online dari MyEG atau renew lesen memandu di Pejabat Pos.

Kini semuanya berada di hujung jari anda.

Izikan kami berkongsi.

1. Senarai urusan yang boleh dilakukan dengan menggunakan portal mySIKAP JPJ

Ini adalah senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan:

  • Perkhidmatan online melibatkan kenderaan.
  • Lesen pemandu.
  • Bayar saman.
  • Pendaftaran kenderaan.
  • Pusat akses tunggal bagi kakitangan JPJ untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.

 

2. Cara renew lesen online menggunakan portal mySIKAP melalui (jpj.gov.my)

Berikut merupakan cara-cara renew lesen online menggunakan mysikap. Ikuti ringkasan di bawah:

  1. Layari laman sesawang rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my
  2. Pada laman portal rasmi, sila pergi ke bahagian Perkhidmatan mySIKAP.
  3. Pilih Orang Awam.
  4. Tekan Log Masuk.
  5. Anda akan dibawa ke Platform Digital JPJ mySIKAP.
  6. Isikan maklumat yang diminta seperti:
    • Kategori ID
    • ID Pengguna
    • Kata Laluan
    • Kod Sekuriti
  7. Tekan Log Masuk.
  8. Portal rasmi JPJ mySIKAP akan dipaparkan.
  9. Sila klik pada bahagian Lesen Memandu.
  10. Pada Senarai Transaksi Melibatkan Lesen Memandu, sila pilih Pembaharuan Lesen Memandu.
  11. Bahagian Carian akan dipamerkan.
  12. Sila lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Jenis Lesen
    • Tempoh
  13. Tekan Cari.
  14. Maklumat Pengguna dan semua butiran akan dipamerkan.
  15. Isikan maklumat yang diminta sekiranya perlu.
  16. Tekan Bayar.
  17. Semak semula Jumlah dan Maklumat Pembayaran.
  18. Sahkan.
  19. Renew lesen online anda telah selesai.
  20. Sila Muat Turun, Cetak, atau Screenshot Slip Pembayaran sebagai rujukan.

PERHATIAN

  • Tandakan ruangan kotak pada Kaedah Penghantaran sekiranya anda ingin mengemaskini imej foto lesen memandu di kaunter JPJ yang berhampiran.
  • Sebelum menggunakan mySIKAP untuk renew lesen online, sila pastikan anda mendaftar akaun anda terlebih dahulu.

 

3. Anda menghadapi masalah ketika renew lesen online atau mempunyai sebarang aduan?

Jika anda mengalami sebarang masalah ketika renew lesen online melalui portal mySIKAP atau mempunyai sebarang aduan, anda boleh menghubungi pihak JPJ di talian 03-8000 8000 atau menghantar faks kepada 03-8881 0194.

 

4. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG selain daripada renew lesen online?

Perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG antaranya adalah seperti berikut:

  • Pembaharuan cukai jalan.
  • Pemeriksaan saman PDRM.
  • Pembayaran zakat.

 

5. Cara renew lesen online menggunakan MyEG melalui (myeg.com.my)

Mari ikuti cara renew lesen online menggunakan MyEG seperti berikut:

  1. Layari laman web MyEG di sini: https://www.myeg.com.my
  2. Sila pergi ke bahagian Log Masuk.
  3. Masukkan ID Pengguna.
  4. Isi Kata Laluan.
  5. Tekan Log Masuk.
  6. Berjaya Log Masuk.
  7. Sila klik pada bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  8. Pilih Baharui Lesen Memandu.
  9. Bahagian Maklumat Pengguna akan dipaparkan.
  10. Lengkapkan maklumat yang diminta seperti:
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Kategori Lesen
    • Tempoh Pembaharuan
    • Nombor Telefon
    • E-mel
    • Kaedah Pengambilan
    • Nama Pemohon
    • Alamat Penghantaran
    • Poskod
    • Bandar
    • Negeri
  11. Sila pastikan Maklumat Penghantaran.
  12. Tekan butang Hantar.
  13. Sila Muat Turun, Cetak, atau Screenshot Slip Pembayaran sebagai rujukan. (Sekiranya ada)
  14. Tahniah! renew lesen online anda telah berjaya.

PERHATIAN

  • Kadar bayaran untuk renew lesen adalah berbeza mengikut Kelas.
  • Terdapat 2 kaedah pengambilan yang boleh dilakukan iaitu secara pengeposan atau ambil sendiri di Pusat Khidmat MyEG.
  • Setiap pengeposan akan dikenakan caj penghantaran.
  • Pastikan anda mendaftar akaun MyEG terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perkhidmatan online.

 

6. Adakah anda ingin mengajukan soalan dengan lebih lanjut atau menghadapi sebarang masalah ketika menggunakan khidmat MyEG?

Sekiranya anda menghadapi sebarang kesukaran atau ingin mengajukan sebarang soalan dengan lebih lanjut, anda boleh menghubungi pihak MyEG di talian 03-7801 8888 bermula 9 pagi hingga 5 petang, setiap hari kecuali pada cuti umum seluruh negara.

Untuk pengguna di Sabah, anda boleh hubungi pihak MyEG di talian 088-702 459 atau 088-702 259. Anda juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Akhir kata

Sekian sahaja untuk perkongsian renew lesen online pada artikel kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang memerlukannya.

Ikuti cara-cara ini untuk memudahkan urusan anda ketika menggunakan perkhidmatan mereka.

Semoga bermanfaat.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply