Masih ramai lagi yang bertanya kenapa KWSP belum masuk, sedangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul sudah memberi maklumbalas di Facebook peribadi beliau.
Apa jawapan Tengku Zafrul tentang kenapa KWSP belum masuk?
Antara perkara-perkara penting dalam ucapan beliau ialah:
- KWSP telah menerima 5.3 juta permohonan KWSP 10k
- Jumlah pengeluaran keseluruhan bagi Pengeluaran Khas KWSP ialah RM40.1 bilion
- Ini adalah satu jumlah yang sangat besar
- Amat suukar untuk KWSP menyalurkan jumlah sebesar RM40.1 bilion ini dalam masa yang singkat
- Oleh yang demikian, sejak awal lagi KWSP sudah memaklumkan bahawa pembayaran akan dibuat secara berperingkat
- Sekarang pun, ada yang sudah terima status permohonan dan tarikh pembayaran KWSP 10k
- Memang bukan semua akan dapat pada tarikh 18 April 2022
- Jangan risau jika permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat
Duit KWSP belum masuk sebab pembayaran secara berperingkat?
Ya, pembayaran KWSP 10k ini dibuat secara berperingkat mengikut tarikh pembayaran Pengeluaran Khas yang telah ditetapkan bagi setiap pemohon.
Ingat mudah untuk handle 5.3 juta pemohon? Bagi yang ada anak seorang, itupun susah nak urus. Macam-macam kerenah. Inikan pula berjuta-juta lemon punya permohonan.
Komitmen KWSP, duit 10k masuk sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022
KWSP juga telah memberi komitmen berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2022 ini. KWSP akan berusaha menyelesaikan semua permohonan sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022.
Ada suara-suara pemohon yang menunjukkan kemarahan dengan mengatakan bahawa tarikh mereka dapat duit KWSP 10k sangat lambat iaitu 30 April 2022.
Seperti yang diterangkan tadi, pembayaran tersebut adalah secara berperingkat. Jika anda mohon pada malam 30 Mac 2022, mungkin anda dapat awal. Namun, jika anda mohon pada 1 April 2022 atau selepasnya, mungkin lambat diproses.
Mana tidaknya, malam 30 Mac 2022 itu sahaja sudah berjuta-juta yang mohon. Ditambah lagi dengan jutaan pemohon lain pada tarikh selepasnya.
Jadi, tak perlu bising-bising kenapa KWSP belum masuk. Sama-sama kita tunggu dengan tenang sambil mengambil berkat bulan Ramadan.
Akhir kata
Jadi, sekiranya anda asyik buat semakan KWSP Khas dan menyemak baki akaun setiap hari, anda perlu bersabar. Yang penting, Menteri Kewangan sudah berjanji anda akan dapat duit KWSP 10k itu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2022.
Diharapkan agar Hari Raya Aidilfitri 2022 ini disambut dengan meriah dan tetap bebas daripada COVID-19. Boleh ikut cara tukar duit raya di Maybank untuk diberikan kepada anak-anak nanti. Teruskan menjaga SOP semasa melawat saudara-mara.
Duit KWSP yang baru dapat jangan dibazirkan dengan membeli barang-barang yang tidak perlu.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
5 Comments
Bila kwsp nk masok
Baik
Sepatutnya saya terima 25 hb tapi suda 26 hb belum juga masuk duit ke acc bank saya
Apa benda punya cerita..mngharapkn hati manusia yg trtunggu2 duit msuk bank..knp x msuk lgi duit tu..krja mcm apa entah.tu kata pepatah klau ada duit bru cepat..
401 bilion jumlah duit rakyat yang diamanahkan untuk di simpan. Abis tu mane duitnya, o0oo… Jangan jangan……