Sekiranya anda bekerja, kami assume yang anda sudah memiliki akaun kwsp untuk mencarum duit gaji setiap bulan. Tapi kalau lupa no ahli KWSP, jangan bimbang sebab banyak cara boleh semak semula no KWSP anda.
Dengan hanya menggunakan no IC anda pun dah cukup sebenarnya nak tahu no ahli KWSP. Sama ada anda buat semakan di mana-mana cawangan KWSP, menggunakan talian telefon atau boleh check secara online. Ikuti perkongsian kami dalam artikel ini.
Lupa nombor ahli KWSP
Normallah kalau anda salah seorang pencarum yang lupa no ahli kwsp sebab anda bukannya perlu semak atau guna akaun KWSP hari-hari pun. Janji setiap bulan majikan mencarum dalam akaun itu, cukuplah.
Tapi sejak kerajaan umumkan pengeluaran akaun 2 kwsp untuk i-sinar, i-citra dan i-lestari sebelum ini, barulah masing-masing sedar penting juga perlu tahu no ahli KWSP untuk buat permohonan dan pengeluaran.
Kalau takut lupa no ahli KWSP lagi selepas ini, perkongsian kami ini mungkin boleh bantu anda. Manalah tahu, kot-kot ada lagi pengeluaran KWSP lagi selepas ini, kan? Ikuti perkongsian berikut.
Check no KWSP guna IC (melalui EPF CMC)
- Hubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (juga dipanggil EPF CMC) di talian 03-89226000
- Maklumkan bahawa anda mahu semak no akaun KWSP anda
- Pihak EPF CMC akan bertanya no IC untuk pengesahan
- Mereka juga akan bertanyakan nama penuh anda
- Jika semuanya sahih, mereka akan memberikan no kwsp anda
Check no KWSP secara manual di kiosk
Cara ini mudah sangat bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan cawangan KWSP. Anda boleh terus guna kiosk KWSP yang terdapat di situ.
- Sentuh skrin di kiosk dan buat pilihan bahasa samada Bahasa Melayu atau English
- Sistem akan meminta anda untuk meletakkan IC di tempat yang disediakan pada bahagian sebelah kiri
- Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang disediakan
- Anda diberikan pilihan untuk memilih perkhidmatan sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun KWSP atau mahu mencetak penyata
- Oleh kerana tujuan anda adalah untuk check no KWSP sebab lupa, pilih Cetak Penyata
- Mesin akan mencetak penyata anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia
- Lihat dan semak no ahli KWSP yang terpapar pada kertas yang dicetak
- Ambil semula IC anda
Check no KWSP di kaunter EPF
Ini pun option paling mudah kalau anda lupa no ahli KWSP. Hanya pergi ke kaunter KWSP untuk semak no ahli atau melakukan pelbagai transaksi lain.
- Datang ke mana-mana cawangan KWSP terdekat
- Bawa IC anda
- Ambil nombor
- Tunggu sehingga nombor dipanggil
- Berurusan di kaunter
Check no KWSP secara online (melalui i-Akaun)
Satu lagi option yang paling mudah kalau anda lupa no ahli KWSP ialah secara online sebab di mana-mana pun anda boleh lakukan transaksi asalkan ada telefon bimbit dan rangkaian internet.
Tapi, anda perlulah ada i-Akaun kalau nak check no ahli KWSP anda guna cara ini. Boleh rujuk cara daftar i-Akaun dalam artikel kami sebelum ini.
- Layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Pilih bahasa samada Bahasa Melayu atau English
- Masukkan ID Pengguna
- Tekan butang Teruskan.
- Isikan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk.
- Jika tiada apa-apa masalah, anda akan masuk ke dalam sistem i-Akaun
- Klik menu PROFIL di bahagian atas
- Lihat dan sahkan Nama Ahli
- Lihat no kwsp seperti yang terpapar
Check no KWSP melalui penyata cukai pendapatan
Setiap awal tahun, pasti pekerja yang layak membayar cukai pendapatan akan dapat borang penyata cukai pendapatan (EA Form) bagi tahun sebelumnya.
Mungkin ramai yang tak perasan, pada penyata cukai pendapatan itu terdapat maklumat seperti no cukai pendapatan, no socso dan tak ketinggalan no KWSP.
Maklumat no KWSP pada borang penyata cukai pendapatan boleh dilihat pada bahagian A (Butiran Pekerja) pada nombor 6 di bawah maklumat kad pengenalan anda.
Akhir kata
Banyak pilihan sebenarnya kalau anda lupa no ahli KWSP, tapi secara jujur transaksi secara online melalui i-Akaun yang paling convenient untuk semua pencarum tak kira usia.
Pada zaman teknologi serba canggih ini, ada baiknya kita manfaatkan kemudahan yang ada, jadi tak perlulah bersusah payah nak memandu ke cawangan KWSP pula semata-mata nak semak no ahli. Jimat masa dan tenaga.
Tahniah bagi yang sudah daftar i-Akaun. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.