Gaji penjawat awam bulan November 2026 dibayar pada 25 November 2026 (Rabu), manakala gaji Disember 2026 dibayar lebih awal pada 21 Disember 2026 (Isnin) kerana Hari Krismas jatuh pada 25 Disember. Kedua-dua tarikh ini ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 5 Tahun 2025.
Setiap tahun, JANM mengeluarkan satu SPANM yang menyenaraikan tarikh pembayaran emolumen bulanan untuk tahun berikutnya. Tarikh ini ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan. Kebiasaannya gaji dibayar sekitar 25 haribulan, tetapi tarikh dianjak lebih awal apabila ada perayaan besar atau cuti umum pada hujung bulan.
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2026
Jadual di bawah disalin daripada Lampiran 1 SPANM Bil. 5 Tahun 2025: Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2026 (bertarikh 21 Oktober 2025).
| Bulan | Tarikh gaji | Hari | Catatan |
|---|---|---|---|
| Januari | 22 Januari 2026 | Khamis | |
| Februari | 12 Februari 2026 | Khamis | Tahun Baharu Cina 17 & 18 Februari |
| Mac | 16 Mac 2026 (dipinda ke 13 Mac) | Isnin | Hari Raya Puasa 21 & 22 Mac |
| April | 20 April 2026 (dipinda ke 16 April) | Isnin | |
| Mei | 21 Mei 2026 | Khamis | Hari Raya Haji 27 & 28 Mei |
| Jun | 25 Jun 2026 | Khamis | |
| Julai | 23 Julai 2026 | Khamis | |
| Ogos | 24 Ogos 2026 | Isnin | |
| September | 24 September 2026 | Khamis | |
| Oktober | 22 Oktober 2026 | Khamis | |
| November | 25 November 2026 | Rabu | Hari Deepavali 8 November |
| Disember | 21 Disember 2026 | Isnin | Hari Krismas 25 Disember |
Tarikh gaji Mac dan April 2026 kemudiannya diawalkan ke 13 Mac 2026 (Jumaat) dan 16 April 2026 (Khamis) melalui surat JANM bertarikh 6 Mac 2026, seperti dilaporkan Kosmo. Tarikh bulan-bulan lain kekal seperti dalam SPANM.
Gaji November 2026
Gaji bulan November 2026 dibayar pada 25 November 2026, hari Rabu. Hari Deepavali jatuh pada 8 November 2026 (Ahad), iaitu awal bulan, jadi gaji tidak perlu dianjak dan dibayar pada tarikh biasa 25 haribulan.
Gaji Disember 2026
Gaji bulan Disember 2026 dibayar pada 21 Disember 2026, hari Isnin, iaitu empat hari sebelum Hari Krismas pada 25 Disember 2026 (Jumaat). Selepas gaji Disember, gaji seterusnya hanya masuk pada 25 Januari 2027, jadi jarak antara dua gaji ini lebih panjang daripada biasa. Jarak ini kira-kira lima minggu, jadi rancang perbelanjaan hujung tahun dengan mengambil kiranya.
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2027
JANM telah mengeluarkan jadual tahun 2027 melalui SPANM Bil. 5 Tahun 2026 bertarikh 21 September 2026. Gaji pertama tahun 2027 dibayar pada 25 Januari 2027 (Isnin).
| Bulan | Tarikh gaji | Hari | Catatan |
|---|---|---|---|
| Januari | 25 Januari 2027 | Isnin | |
| Februari | 25 Februari 2027 | Khamis | Tahun Baharu Cina 6 & 7 Februari |
| Mac | 25 Mac 2027 | Khamis | Hari Raya Puasa 10 & 11 Mac |
| April | 22 April 2027 | Khamis | |
| Mei | 12 Mei 2027 | Rabu | Hari Raya Haji 17 & 18 Mei |
| Jun | 17 Jun 2027 | Khamis | |
| Julai | 21 Julai 2027 | Rabu | |
| Ogos | 25 Ogos 2027 | Rabu | |
| September | 23 September 2027 | Khamis | |
| Oktober | 21 Oktober 2027 | Khamis | Hari Deepavali 28 Oktober |
| November | 25 November 2027 | Khamis | |
| Disember | 20 Disember 2027 | Isnin | Hari Krismas 25 Disember |
Siapa Yang Terlibat Dengan Jadual Ini?
SPANM ini ditujukan kepada semua kementerian dan jabatan Persekutuan, dan turut diedarkan kepada Jabatan Arah Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT). Anggota ATM boleh semak slip gaji di SPGATM. Peraturan pekeliling ini juga dipanjangkan kepada perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan, tetapi hanya jika pihak berkuasa masing-masing menerimanya. Kakitangan negeri dan badan berkanun disarankan mengesahkan tarikh dengan bahagian gaji majikan sendiri. Bagi pesara, tarikh bayaran pencen berbeza dan disenaraikan dalam jadual pencen.
Gaji yang dibayar adalah berdasarkan tempoh hari bekerja sebenar sehingga tarikh pembayaran. Kes kemasukan pegawai baharu yang lewat diproses secara berasingan (Late Cycle) dan dibayar selewat-lewatnya pada hari bekerja terakhir bulan tersebut.
Jadual Gaji 2024 (Arkib)
Sebagai rujukan, tarikh gaji 2024 mengikut SPANM Bil. 6 Tahun 2023 ialah 24 Januari, 23 Februari, 25 Mac, 25 April, 24 Mei, 13 Jun, 19 Julai, 23 Ogos, 25 September, 24 Oktober, 25 November dan 19 Disember 2024.
Kenaikan Gaji SSPA Fasa 2
Pelarasan gaji Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuat kuasa 1 Januari 2026 dan dibayar bersama gaji Januari pada 22 Januari 2026. Menurut Berita RTM, Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tujuh peratus lagi dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi tiga peratus, dikira berdasarkan gaji pada 31 Disember 2025. Butiran lanjut ada di halaman SSPA.
Bagaimana Cara Guna Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam Untuk Kira Gaji Baru?
Kalkulator kenaikan gaji kakitangan sektor awam adalah alat (tool) tidak rasmi untuk membantu penjawat awam kerajaan di Malaysia buat kiraan dan anggaran kenaikan gaji baru.
Penggunaan kalkulator kenaikan gaji penjawat awam memerlukan pengguna mengisi ruangan input gaji semasa, pilih memilih gred jawatan,isi peratusan kenaikan dan tekan butang "Kira Kenaikan Gaji".
Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam
Kalkulator pengiraan gaji baru ini direka untuk tujuan simulasi sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kekeliruan yang timbul akibat penggunaan kalkulator ini. Sila rujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk maklumat yang tepat dan rasmi berkenaan pengiraan gaji kakitangan sektor awam.
Bagaimana Cara Muat Turun Slip Gaji Penjawat Awam?
Untuk muat turun slip gaji kerajaan bagi penjawat awam di Malaysia, pengguna perlu login sistem e-Penyata Gaji JANM, log masuk dengan Nombor Kad Pengenalan berserta Kata Laluan dan download slip gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan.
Penyata gaji penjawat awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) pada setiap bulan kepada kakitangan kerajaan ini mengandungi maklumat terperinci mengenai pendapatan, imbuhan, elaun dan potongan bulanan.