Kenaikan gaji merujuk kepada peningkatan dalam jumlah gaji yang diterima oleh seseorang pekerja. Kenaikan gaji ini boleh berlaku atas pelbagai sebab, seperti prestasi kerja yang baik, peningkatan dalam kos sara hidup, atau perubahan dalam struktur gaji organisasi.

Kalkulator kenaikan gaji pula adalah alat yang digunakan untuk mengira jumlah kenaikan gaji seseorang pekerja berdasarkan peratusan tertentu. Kalkulator kenaikan gaji penjawat awam yang rasmi ialah Kalkulator Gaji SSPA daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia digunakan untuk mengira pelarasan dan peningkatan gaji berdasarkan faktor-faktor seperti gaji hakiki, kumpulan perkhidmatan dan gred jawatan.

Kalkulator Gaji SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) JPA (Rasmi)

Kalkulator Gaji SSPA (Sistem Saraan Perkhidmatan Awam) merupakan kalkulator rasmi daripada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) yang disediakan untuk membantu penjawat awam mengira anggaran gaji baharu mereka. Kalkulator ini boleh diakses melalui pautan https://sspa.jpa.gov.my/kiraan/kalkulator.php.

Kalkulator Kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Pekerja Swasta
Kalkulator Gaji SSPA Rasmi Daripada JPA

Penjawat awam boleh memasukkan maklumat seperti gaji hakiki, kumpulan perkhidmatan, dan gred jawatan untuk mengira anggaran gaji baharu berdasarkan peraturan dan formula yang ditetapkan oleh JPA.

Apa Itu Gaji Hakiki?

Gaji hakiki merupakan satu istilah dalam konteks perkhidmatan awam di Malaysia yang merujuk kepada gaji yang ditetapkan berdasarkan gred hakiki atau gred tetap seseorang penjawat awam. Gaji hakiki adalah sama dengan gaji pokok dan tidak termasuk elaun atau potongan tambahan, bukannya gaji kasar atau gaji bersih.

Berapa Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam?

Berdasarkan pelarasan gaji yang diumumkan di MAPPA 2024, kadar kenaikan gaji yang akan diterima oleh penjawat awam adalah dalam julat 16.8% hingga 42.7% bagi campuran jumlah kedua-dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2.

Kalkulator Kenaikan Gaji Kakitangan Awam dan Pekerja Swasta
Kadar Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bagi Golongan Pelaksana, Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Pelarasan gaji penjawat awam yang baru akan dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa 1 bermula pada 1 Disember 2024, di mana kumpulan Pelaksana akan menerima kenaikan sebanyak 8%, kumpulan Pengurusan dan Profesional sebanyak 8%, dan kumpulan Pengurusan Tertinggi pula sebanyak 4%.

Fasa 2 pula akan bermula pada 1 Januari 2026, di mana kumpulan Pelaksana akan menerima kenaikan sebanyak 7%, kumpulan Pengurusan dan Profesional sebanyak 7%, manakala kumpulan Pengurusan Tertinggi akan menerima kenaikan sebanyak 3%.

Kadar kenaikan yang terkumpul sebanyak 15% ini akan diterima oleh Pelaksana dan Pengurusan dan Profesional dan 7% untuk Pengurusan Tertinggi.

Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam Untuk Kira Gaji Baru (Tidak Rasmi)

Kalkulator kenaikan gaji penjawat awam tidak rasmi ini adalah alat digital (digital tool) yang direka untuk membantu kakitangan sektor awam di Malaysia buat pengiraan dan anggaran kenaikan gaji baru mereka sebelum pengumuman kerajaan.

Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam 2024-2026

Gaji Semasa:
Kumpulan Perkhidmatan:
Fasa Pelaksanaan:
Peratusan Kenaikan:
Jumlah Kenaikan:
Gaji Baru:

Kalkulator pengiraan gaji penjawat awam ini merupakan kalkulator unofficial dan bukan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kalkulator ini hanya dicipta untuk tujuan simulasi sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan, atau kekeliruan yang timbul akibat penggunaan kalkulator ini. Sila rujuk kepada JPA untuk maklumat yang tepat dan rasmi berkenaan pengiraan gaji penjawat awam.

Apakah Ciri-ciri Utama Kalkulator Kenaikan Gaji Perkhidmatan Awam?

Kalkulator ini mempunyai 4 ciri utama iaitu menyediakan ruang input untuk pengguna memasukkan gaji semasa mereka, pilihan untuk memilih gred jawatan, ruang untuk mengisi peratusan kenaikan dan dilengkapi dengan butang "Kira Kenaikan Gaji" yang memudahkan proses pengiraan.

Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Semasa:
Gred Jawatan:
Peratusan Kenaikan:
Jumlah Kenaikan:
Gaji Baru:

Hasil pengiraan dipaparkan secara terperinci, merangkumi maklumat seperti gaji semasa, peratusan kenaikan, jumlah kenaikan, dan gaji baru selepas kenaikan.

Bagaimana Cara Menggunakan Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam?

Untuk menggunakan kalkulator kenaikan gaji penjawat awam, pengguna perlu masukkan gaji semasa dalam ruangan yang disediakan, pilih gred jawatan dari senarai yang tersedia, masukkan peratus kenaikan dan klik butang "Kira Kenaikan Gaji". Hasil pengiraan akan segera dipaparkan di bahagian bawah kalkulator.

Langkah-langkah untuk mengira kenaikan gaji penjawat awam adalah seperti berikut:

  1. Masukkan gaji pokok semasa dalam ruangan "Gaji Semasa (RM)". Masukkan nilai dalam bentuk angka, tanpa tanda RM atau koma.
  2. Klik pada menu dropdown "Gred Jawatan". Pilih gred yang sepadan dengan jawatan anda dari senarai yang tersedia. Jika gred anda tiada dalam senarai, anda boleh memilih gred yang paling hampir.
  3. Dalam ruangan "Peratusan Kenaikan (%)", masukkan peratusan kenaikan gaji yang telah diumumkan. Masukkan nilai peratusan tanpa simbol % (contohnya: untuk 5%, masukkan 5).
  4. Setelah semua maklumat dimasukkan, klik butang "Kira Kenaikan Gaji".
  5. Hasil pengiraan akan dipaparkan di bahagian bawah kalkulator. Anda akan dapat melihat gaji semasa, gred jawatan, peratusan kenaikan, jumlah kenaikan, dan gaji baru anda.
  6. Jika anda ingin membuat pengiraan baru atau membetulkan sebarang maklumat, ubah nilai dalam mana-mana ruangan dan klik semula butang "Kira Kenaikan Gaji".

Adakah Kalkulator Pelarasan Gaji Penjawat Awam Boleh Kira Gaji Bersih?

Tidak, Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam tidak boleh mengira gaji bersih. Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam hanya mengira peningkatan gaji kasar berdasarkan kenaikan pangkat atau pelarasan gaji. Untuk mengira gaji bersih, anda perlu menggunakan Kalkulator Gaji Bersih.

Kalkulator Gaji Bersih mengambil kira pelbagai potongan seperti potongan cukai pendapatan berjadual (PCB), caruman PERKESO, pinjaman perumahan LPPSA, zakat dan lain-lain untuk memberikan anggaran gaji bersih anda. Kalkulator Gaji Bersih ini dapat membantu penjawat awam memahami jumlah sebenar yang anda akan terima selepas semua potongan dibuat.

Apa Kelebihan Menggunakan Kalkulator Kenaikan Gaji Penjawat Awam?

Terdapat beberapa kelebihan utama menggunakan kalkulator kenaikan gaji untuk penjawat awam dapat membuat kiraan yang tepat, menjimatkan masa dan boleh merancang kewangan peribadi.

Penerangan lanjut berkenaan kelebihan dan kebaikan dalam menggunakan kalkulator kenaikan gaji penjawat awam adalah seperti berikut:

1. Dapat membuat anggaran dengan lebih baik

Kalkulator kenaikan gaji memastikan pengiraan anggaran kenaikan gaji dibuat dengan lebih baik berdasarkan formula yang ditetapkan oleh kerajaan. Ia mengurangkan risiko kesilapan pengiraan secara manual yang mungkin berlaku sekiranya pengiraan dilakukan secara tradisional menggunakan kaedah kertas dan pen.

Dengan menggunakan kalkulator, penjawat awam boleh yakin bahawa jumlah kenaikan gaji yang dikira adalah tepat dan selaras dengan dasar kerajaan.

2. Menjimatkan masa

Proses pengiraan kenaikan gaji secara manual mungkin memakan masa yang lama, terutamanya jika ia melibatkan bilangan penjawat awam yang ramai. Dengan menggunakan kalkulator, proses ini dapat dipercepatkan dengan ketara.

Kalkulator dapat mengira kenaikan gaji dengan cepat dan mudah, menjimatkan banyak masa berbanding kaedah manual. Ini membolehkan jabatan sumber manusia menumpukan lebih banyak masa dan tenaga kepada tugas-tugas lain yang lebih strategik.

3. Keseragaman

Kalkulator kenaikan gaji memastikan pengiraan kenaikan gaji dilakukan secara seragam untuk semua penjawat awam yang layak, tanpa mengira gred atau jabatan mereka. Ini penting untuk menggalakkan keadilan dan kesaksamaan dalam sistem kenaikan gaji.

Dengan menggunakan kalkulator, semua penjawat awam dinilai berdasarkan kriteria yang sama, mengelakkan sebarang pendekatan yang tidak konsisten atau berat sebelah dalam proses kenaikan gaji.

4. Dapat membuat perancangan kewangan

Kalkulator kenaikan gaji boleh menjadi alat yang berguna untuk penjawat awam dalam merancang kewangan peribadi mereka. Dengan menggunakan kalkulator, penjawat awam boleh menjangkakan jumlah pendapatan yang akan mereka terima pada masa hadapan selepas mengambil kira kenaikan gaji. Maklumat ini membolehkan mereka membuat pelarasan yang sesuai terhadap perbelanjaan atau simpanan mereka, serta merancang keputusan kewangan jangka panjang dengan lebih baik.

5. Meningkatkan ketelusan

Kalkulator kenaikan gaji membantu menjadikan proses kenaikan gaji lebih telus kepada penjawat awam. Dengan memahami bagaimana kenaikan gaji mereka dikira, penjawat awam boleh mendapat keyakinan yang lebih tinggi terhadap sistem kenaikan gaji yang adil dan saksama.

Ketelusan ini juga mengurangkan keraguan atau pertikaian mengenai jumlah kenaikan gaji, kerana pengiraan dibuat berdasarkan formula yang ditetapkan dan boleh disahkan dengan mudah menggunakan kalkulator.

Adakah Kerajaan Memperkenalkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk Kenaikan Gaji Penjawat Awam?

Ya, kerajaan memperkenalkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) untuk kenaikan gaji penjawat awam. SSPA merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, menangani isu produktiviti yang rendah dan meningkatkan pendapatan yang tidak seiring dengan kos sara hidup. Melalui SSPA, kerajaan akan menaikkan gaji pekerja sektor awam, membuat perubahan struktur elaun serta imbuhan, dan menambahbaik pengurusan bakat, termasuk aspek lantikan, prestasi, dan kemajuan kerjaya.

Kalkulator Kenaikan Gaji Pekerja Swasta

Kalkulator kenaikan gaji pekerja swasta adalah alat yang digunakan oleh pekerja syarikat swasta untuk mengira peningkatan gaji mereka. Berbeza dengan kalkulator kenaikan gaji untuk penjawat awam yang berdasarkan skala gaji yang ditetapkan oleh kerajaan, kalkulator untuk pekerja swasta lebih fleksibel.

Kalkulator Kenaikan Gaji Pekerja Swasta

Gaji Semasa:
Tahap Pekerjaan:
Jenis Kenaikan:
Jumlah Kenaikan:
Gaji Baru:

Bagaimana Cara Menggunakan Kalkulator Kenaikan Gaji Pekerja Swasta?

Untuk menggunakan kalkulator kenaikan gaji pekerja swasta, pengguna perlu masukkan gaji semasa dalam ruangan yang disediakan, pilih jenis kenaikan dan masukkan nilai kenaikan samada dalam peratus atau jumlah tetap.

  1. Masukkan gaji semasa anda dalam ruangan "Gaji Semasa (RM)". Masukkan nilai dalam bentuk angka, tanpa tanda RM atau koma.
  2. Pilih jenis kenaikan gaji dari menu dropdown "Jenis Kenaikan". Anda boleh memilih antara "Peratusan (%)" atau "Jumlah Tetap (RM)".
  3. Masukkan nilai kenaikan dalam ruangan "Nilai Kenaikan".
    • Jika anda memilih "Peratusan (%)", masukkan peratusan kenaikan (contohnya, 5 untuk 5%).
    • Jika anda memilih "Jumlah Tetap (RM)", masukkan jumlah kenaikan dalam Ringgit Malaysia.
  4. Klik butang "Kira Kenaikan Gaji" untuk melihat hasil pengiraan.
  5. Hasil pengiraan akan dipaparkan di bahagian bawah kalkulator, menunjukkan:
    • Gaji Semasa
    • Jumlah Kenaikan
    • Gaji Baru
    • Peratusan Kenaikan
  6. Untuk membuat pengiraan baru atau membetulkan sebarang maklumat, ubah nilai dalam mana-mana ruangan dan klik semula butang "Kira Kenaikan Gaji".

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

Leave A Reply