Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia untuk penjawat awam. MAPPA menjadi platform bagi Perdana Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan untuk menyampaikan amanat, dasar, strategi baharu dan mengumumkan tentang perubahan atau penambahbaikan seperti kenaikan gaji dalam organisasi kerajaan.
Dalam MAPPA ke-19 pada tahun 2024 yang akan berlangsung pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tema “Perkhidmatan Awam MADANI”, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu, yang akan melibatkan pelarasan gaji besar-besaran bagi penjawat awam.
MAPPA 2024
Apa Intipati MAPPA 2024?
MAPPA 2024 yang baru sahaja berakhir pada 16 Ogos 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah menyaksikan beberapa pengumuman penting yang disampaikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan intipati utama berkaitan pelarasan kenaikan gaji penjawat awam.
Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam
Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) 2024, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam yang akan dilaksanakan dalam dua fasa.
Fasa pertama akan bermula pada 1 Disember 2024, di mana kumpulan Pelaksana akan menerima kenaikan gaji sebanyak 8%, manakala kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima kenaikan sebanyak 4%.
Fasa kedua pula akan bermula pada 1 Januari 2026, di mana kumpulan Pelaksana akan menerima kenaikan gaji sebanyak 7%, dan kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima kenaikan sebanyak 3%. Pelarasan ini turut merangkumi kumpulan Pengurusan Tertinggi, namun dengan kadar pelarasan yang lebih rendah berbanding kumpulan Pelaksana dan Pengurusan Profesional.
Perdana Menteri juga menegaskan bahawa nilai integriti adalah tonggak utama perkhidmatan awam, dan beliau mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan digantikan dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mulai 1 Disember 2024. Sistem baru ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan reformasi perkhidmatan awam yang lebih komprehensif, termasuk rasionalisasi perkhidmatan yang tidak relevan.
MAPPA memperkenalkan beberapa inisiatif baru seperti meningkatkan kelayakan minimum untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam kepada SPM atau setaraf, dan penyesuaian skim perkhidmatan untuk memenuhi keperluan semasa.
Di Mana Boleh Tonton MAPPA 2024 Live?
Anda boleh menonton siaran langsung MAPPA 2024 melalui RTM Live DAN Facebook rasmi kerajaan.
- Untuk mengikuti siaran langsung di RTM Live, melayari laman web https://rtmklik.rtm.gov.my/. Ini merupakan platform rasmi untuk siaran langsung acara-acara kerajaan.
- Untuk menonton siaran langsung melalui halaman Facebook, kunjungi laman rasmi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam. Pastikan anda Like dan Follow halaman tersebut di untuk mendapatkan pemberitahuan apabila siaran langsung bermula.
Semak laman-laman ini pada hari acara tersebut bagi memastikan anda mendapat akses terus ke siaran langsung MAPPA 2024.
Adakah Fokus Utama MAPPA 2024 Tentang Pengumuman Kenaikan Gaji Penjawat Awam Melalui SSPA?
Ya, fokus utama MAPPA 2024 adalah berkenaan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SSPA ini dijangka akan membawa pelarasan gaji yang signifikan untuk 1.7 juta penjawat awam di Malaysia, dengan kenaikan gaji antara 15% hingga 42.7%, bergantung kepada kategori dan gred perkhidmatan.
Pengumuman mengenai pelarasan gaji SSPA menjadi tumpuan utama MAPPA ke-19 dan amat dinanti-nantikan oleh penjawat awam yang mengharapkan berita baik mengenai saraan mereka. Ia merupakan antara pelarasan gaji terbesar yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha untuk mengiktiraf peranan penting penjawat awam serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam di negara ini.
Apa Objektif MAPPA 2024?
MAPPA 2024 dilaksanakan dengan 4 objektif utama iaitu memenuhi aspirasi Malaysia MADANI, memenuhi harapan rakyat, menaikkan motivasi penjawat awam dan menguatkan hubungan anggota pentadbiran dan penjawat awam. MAPPA menyediakan wadah perkongsian misi dan aspirasi Malaysia MADANI oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama penjawat awam dalam mendepani pelbagai cabaran dan rintangan semasa negara. MAPPA juga memberi peluang kepada seluruh penjawat awam untuk menghayati hasrat terkini pucuk kepimpinan tertinggi negara dalam memenuhi harapan rakyat yang semakin meningkat.
Selain itu, MAPPA 2024 juga bertujuan untuk melonjakkan motivasi penjawat awam agar berusaha bersungguh-sungguh demi kelangsungan agenda Malaysia MADANI. Ia bermatlamat untuk meneguhkan hubungan yang simbiotik antara anggota pentadbiran dan penjawat awam dalam usaha memacu negara mencapai aspirasi yang dihasratkan.
Adakah MAPPA 2024 Menyediakan Reruai di PICC?
Ya, MAPPA 2024 akan menyediakan pameran reruai di lokasi acara iaitu Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Reruai-reruai ini akan memberi perkhidmatan kepada penjawat awam dan orang awam yang hadir. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah peluang untuk mendapatkan khidmat nasihat dan penerangan tentang SSPA, khidmat nasihat pencen dan persaraan, penilaian kesejahteraaan psikologi, pameran jualan buku INTAN, membayara saman PDRM, penukaran MyKad dan pendaftaran MyDigital ID.
Penyediaan reruai ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi kemudahan kepada penjawat awam yang hadir di MAPPA 2024. Ia juga menjadi nilai tambah kepada acara tersebut, selain pengumuman utama berkaitan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.