What's Hot

    KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sistem simpanan persaraan wajib di Malaysia untuk membantu pekerja menabung sebahagian pendapatan untuk persaraan. Sistem ini mempunyai dua kumpulan utama pengguna yang boleh log masuk iaitu majikan (employer) dan ahli (member).

    i-Akaun adalah perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh KWSP untuk memudahkan majikan dan ahli menguruskan akaun KWSP secara online. Untuk mengakses perkhidmatan ini, majikan dan ahli perlu log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.

    KWSP Login

    Apa Maksud Majikan KWSP?

    Majikan dalam konteks KWSP merujuk kepada syarikat atau organisasi yang mempunyai pekerja berdaftar dengan KWSP, pemilik perniagaan yang mempunyai pekerja, dan agensi kerajaan yang menguruskan pekerja kontrak.

    Majikan mempunyai portal log masuk yang berasingan dalam sistem KWSP. Melalui portal KWSP majikan, majikan boleh membuat caruman bulanan bagi pihak pekerja, mendaftarkan pekerja baharu dengan KWSP, mengemaskini maklumat pekerja, menyemak rekod caruman, mengakses penyata caruman, dan menguruskan pembayaran caruman secara dalam talian.

    Apa Itu i-Akaun KWSP Untuk Majikan?

    i-Akaun KWSP adalah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memudahkan majikan menguruskan akaun KWSP pekerja secara online.

    Bagaimana Cara Login KWSP Majikan Melalui i-Akaun secure.kwsp.gov.my?

    Untuk log masuk ke akaun KWSP majikan, layari laman web i-Akaun Majikan dan masukkan ID Pengguna serta kata laluan. Klik butang “Log Masuk” dan sahkan identiti anda jika diperlukan.

    KWSP Login Untuk Majikan/Employer Dan Ahli/Member
    Screenshot Laman Utama Untuk Log Masuk i-Akaun KWSP Majikan

    Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke laman web KWSP bagi majikan:

    1. Buka pelayar web dan masukkan URL https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login.
    2. Masukkan ID Pengguna anda. ID Pengguna biasanya diberikan semasa anda mendaftar akaun majikan dengan KWSP.
    3. Masukkan kata laluan anda. Pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan masalah log masuk.
    4. Selepas memasukkan ID Pengguna dan kata laluan, klik butang “Log Masuk” untuk meneruskan.
    5. Sesetengah pengguna mungkin perlu melalui langkah pengesahan tambahan seperti memasukkan kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit yang berdaftar. Ikuti arahan yang diberikan pada skrin.
    6. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke papan pemuka akaun majikan anda di mana anda boleh mengurus caruman KWSP pekerja, menyemak laporan, dan menjalankan pelbagai transaksi lain.

    Tips Keselamatan:

    • Pastikan anda log keluar dari akaun anda selepas selesai menggunakan portal KWSP.
    • Jangan kongsikan ID Pengguna dan kata laluan anda dengan orang lain.
    • Gunakan pelayar web yang dikemas kini dan selamat untuk mengakses portal KWSP.

    Jika menghadapi masalah log masuk, anda boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan KWSP untuk bantuan lanjut.

    Bagaimana Cari Login Kali Pertama Untuk KWSP Majikan?

    Berikut adalah panduan untuk log masuk kali pertama KWSP bagi majikan menggunakan i-Akaun (Majikan):

    Pendaftaran i-Akaun (Majikan)

    1. Majikan perlu mendaftar untuk i-Akaun (Majikan) dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat.
    2. Isi borang permohonan pendaftaran i-Akaun (Majikan) dan serahkan kepada pegawai KWSP bersama dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
    3. Selepas pendaftaran, majikan akan menerima kod pengaktifan melalui e-mel atau surat rasmi dari KWSP.

    Pengaktifan i-Akaun (Majikan)

    KWSP Login Untuk Majikan/Employer Dan Ahli/Member
    Pengaktifan i-Akaun Majikan Untuk Login Kali Pertama
    1. Layari laman web KWSP di KWSP i-Akaun (Majikan).
    2. Klik pada pautan “Pengaktifan i-Akaun” (Login Kali Pertama).
    3. Klik Setuju dengan terma dan syarat yang dikenakan.
    4. Cipta ID Pengguna dan kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk.
    5. Masukkan kod pengaktifan yang diterima.
    6. Pilih satu imej online untuk pengesahan
    7. Maasukkan Frasa Rahsia
    8. Tekan butang Hantar.

    Log Masuk i-Akaun (Majikan)

    1. Layari laman web KWSP di KWSP i-Akaun (Majikan).
    2. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    3. Ikuti arahan untuk pengesahan dua faktor (2FA) jika diperlukan.

    Adakah Majikan Boleh Guna Aplikasi Untuk Pengurusan Akaun KWSP Pekerja?

    Pada masa ini, KWSP tidak menyediakan aplikasi khusus untuk ahli atau majikan bagi tujuan log masuk dan pengurusan akaun KWSP. Semua akses dan pengurusan akaun KWSP untuk ahli dan majikan perlu dilakukan melalui laman web rasmi KWSP.

    Apakah Kelebihan i-Akaun KWSP Untuk Majikan?

    Antara kelebihan utama i-Akaun KWSP untuk majikan adalah memudahkan proses penyerahan caruman yang boleh dilakukan secara dalam taliah. Majikan dapat menguruskan pekerja dengan lebih cekap dengan laporan dan analisis yang tersedia.

    Boleh Buat Penyerahan Caruman Dalam Talian

    Majikan boleh menyerahkan caruman KWSP pekerja mereka secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP. Proses ini adalah lebih cepat, mudah, dan mengurangkan risiko kesilapan berbanding kaedah manual. Majikan juga boleh memantau status penyerahan dan mencetak resit caruman untuk rekod mereka.

    Dapat Menguruskan Maklumat Pekerja Yang Lebih Cekap

    Melalui i-Akaun KWSP, majikan boleh mengemaskini maklumat pekerja mereka, seperti butiran peribadi dan gaji, secara dalam talian. Ini mengurangkan beban pentadbiran dan memastikan maklumat pekerja sentiasa terkini dalam pangkalan data KWSP.

    Boleh Dapatkan Laporan dan Analisis

    i-Akaun KWSP menyediakan majikan dengan pelbagai laporan dan analisis berkaitan caruman KWSP pekerja mereka. Ini termasuk laporan caruman bulanan, analisis trend, dan ringkasan prestasi. Maklumat ini membantu majikan membuat keputusan perniagaan yang lebih baik dan merancang sumber manusia dengan lebih berkesan.

    Memudahkan Integrasi Dengan Sistem Gaji

    i-Akaun KWSP boleh diintegrasikan dengan sistem gaji majikan untuk memudahkan proses penyerahan caruman secara automatik. Ini mengurangkan risiko kesilapan manual dan memastikan pematuhan tepat pada masanya dengan keperluan KWSP.

    Boleh Dapatkan Khidmat Nasihat

    KWSP menyediakan pelbagai sumber dan panduan dalam talian untuk membantu majikan memahami dan mematuhi tanggungjawab mereka berkaitan KWSP.

    Ini termasuk panduan pengguna, sesi latihan dalam talian, dan khidmat nasihat daripada pegawai KWSP. Majikan boleh mengakses sokongan ini melalui i-Akaun KWSP pada bila-bila masa.

    i-Akaun KWSP menawarkan banyak faedah kepada kedua-dua pencarum dan majikan. Platform ini memudahkan pengurusan akaun KWSP, meningkatkan kecekapan pentadbiran, dan memastikan pematuhan yang lebih baik dengan keperluan KWSP.

    Dengan menggunakan i-Akaun KWSP sepenuhnya, pencarum dan majikan boleh menguruskan hal ehwal KWSP mereka dengan lebih yakin dan berkesan.

    Siapakah Ahli KWSP?

    Ahli KWSP terdiri daripada pekerja yang berdaftar dengan KWSP, termasuk pekerja sektor swasta, pekerja kontrak dalam sektor awam, pekerja sendiri yang memilih untuk menyumbang secara sukarela, dan pesara yang masih mempunyai baki dalam akaun KWSP.

    Ahli boleh log masuk ke sistem KWSP untuk menyemak baki akaun, membuat permohonan pengeluaran, mengemaskini maklumat peribadi, mengakses penyata akaun, menguruskan pelaburan melalui i-Invest, dan membuat penamaan. Portal log masuk ahli direka khusus untuk memenuhi keperluan pengurusan akaun peribadi ahli.

    Apa Itu i-Akaun KWSP Untuk Ahli/Pencarum?

    i-Akaun KWSP adalah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memudahkan ahli/pencarum menguruskan akaun KWSP sendiri secara online.

    Dengan i-Akaun KWSP, pencarum boleh menyemak baki akaun, membuat pengeluaran, mengemaskini maklumat peribadi (seperti tukar nombor telefon KWSP), dan pelbagai transaksi lain secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter KWSP.

    Bagaimana Cara Login KWSP Ahli Ahli Melalui i-Akaun Versi Klasik secure.kwsp.gov.my?

    i-Akaun Versi Klasik adalah versi terdahulu bagi sistem i-Akaun yang disediakan oleh KWSP. Ia merupakan platform dalam talian yang membolehkan ahli KWSP mengakses dan menguruskan akaun KWSP secara online melalui laman web secure.kwsp.gov.my.

    Melalui i-Akaun Versi Klasik, ahli dapat menyemak baki akaun, melihat penyata transaksi, mengemaskini maklumat peribadi, membuat permohonan pengeluaran, dan pelbagai perkhidmatan lain.

    KWSP Login Untuk Majikan/Employer Dan Ahli/Member
    Antaramuka i-Akaun Klasik KWSP

    Untuk log masuk ke i-Akaun Klasik KWSP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Layari portak i-Akaun Klasik di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
    2. Masukkan ID Pengguna.
    3. Klik Teruskan.
    4. Masukkan kata laluan i-Akaun dalam ruangan “Kata Laluan”.
    5. Klik pada butang “Log Masuk” untuk mengakses akaun anda.
    6. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama i-Akaun Klasik anda di mana anda boleh melihat ringkasan akaun termasuk Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

    Adakah Ahli Masih Boleh Akses i-Akaun Klasik?

    Ya, pengguna masih lagi boleh menggunakan i-Akaun Klasik. Walau bagaimanapun, portal i-Akaun Klasik hanya boleh digunakan dalam tempoh tertentu sahaja sebelum ditamatkan penggunaannya.

    Walaupun terdapat versi baharu yang mungkin lebih maju, i-Akaun Klasik masih disediakan untuk ahli yang lebih selesa menggunakan versi lama ini. Namun, penggunaannya hanya dibenarkan dalam tempoh tertentu sebelum ia ditamatkan sepenuhnya. Tidak dinyatakan berapa lama ahli masih boleh menggunakan i-Akaun Klasik.

    Anda boleh menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sama untuk mengakses portal i-Akaun (Ahli) versi baharu dan aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.

    Apa Beza i-Akaun Klasik dengan i-Akaun Versi Baharu?

    Berikut adalah perbezaan antara i-Akaun versi klasik dan i-Akaun versi baharu:

    Kriteriai-Akaun Klasiki-Akaun Versi Baharu
    Antaramuka PenggunaAntaramuka lama, kurang intuitifAntaramuka moden, mesra pengguna, lebih responsif
    Fungsi AsasFungsi asas seperti menyemak baki dan penyata akaunFungsi asas serta ciri tambahan terkini
    Akses TerhadBoleh digunakan dalam tempoh tertentu sebelum ditamatkanAkses berterusan dengan sokongan dan kemaskini
    KeserasianSesuai untuk pengguna yang selesa dengan sistem lamaDioptimumkan untuk peranti moden dan aplikasi mudah alih
    KeselamatanTahap keselamatan yang mencukupiTahap keselamatan lebih tinggi dengan teknologi terkini
    Ciri TambahanTerhad kepada fungsi asas sahajaNotifikasi masa nyata, analisis simpanan, pilihan pelaburan lebih banyak
    Perbandingan i-Akaun Klasik dan i-Akaun Versi Baharu

    KWSP menggalakkan ahli-ahlinya untuk beralih kepada i-Akaun Versi Baharu untuk menikmati semua manfaat dan kemudahan terkini yang ditawarkan.

    Bagaimana Cara Login KWSP Ahli Ahli Melalui i-Akaun Versi Baharu iakaun.kwsp.gov.my?

    i-Akaun Versi Baharu adalah versi terkini bagi sistem i-Akaun yang disediakan oleh KWSP. Ia boleh diakses melalui laman web iakaun.kwsp.gov.my. Versi baharu ini menawarkan antara muka yang lebih moden, mesra pengguna, dan intuitif berbanding dengan i-Akaun Versi Klasik.

    i-Akaun Versi Baharu dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan dan peningkatan yang bertujuan untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada ahli KWSP.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke  i-Akaun versi baru untuk ahli di laman web iakaun.kwsp.gov.my:

    1. Buka pelayar web anda dan layari laman web rasmi KWSP di iakaun.kwsp.gov.my.
    2. Masukkan ID Pengguna  i-Akaun.
    3. Klik butang Log Masuk Sekarang.
    4. Sahkan imej keselamatan dan frasa rahsia.
    5. Masukkan kata laluan yang betul.
    6. Klik butang Teruskan.
    7. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama i-Akaun Versi Baharu anda di mana anda boleh melihat ringkasan akaun.
    8. Klik Papar Jumlah untuk melihat baki Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).

    Macam Mana Cara Daftar i-Akaun KWSP?

    Ahli perlu mendaftar akaun dalam talian terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan yang ditawarkan oleh i-Akaun KWSP. Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk mendaftar i-Akaun KWSP:

    1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
    2. Klik pada pautan “Daftar i-Akaun”.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan (NRIC) 12 digit dan nombor ahli KWSP (nombor akaun KWSP) anda.
    4. Sahkan nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan KWSP. Anda akan menerima kod pengesahan melalui SMS untuk tujuan pengesahan.
    5. Cipta nama pengguna (username) dan kata laluan (password) untuk i-Akaun anda. Pastikan kata laluan yang dipilih kuat dan sukar diteka untuk keselamatan akaun anda.
    6. Tetapkan soalan keselamatan dan maklum balas (security questions and answers) yang akan digunakan untuk pengesahan identiti sekiranya anda terlupa kata laluan pada masa hadapan.
    7. Setelah selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan dari KWSP. Klik pada pautan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan i-Akaun anda.

    Macam Mana Cara Daftar i-Akaun untuk OKU dan Warga Emas?

    Bagi pencarum yang mempunyai keperluan khusus, seperti golongan kurang upaya atau warga emas yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendaftar dalam talian, KWSP menyediakan bantuan khusus di kaunter perkhidmatan mereka.

    Pencarum boleh membuat temujanji di kaunter KWSP untuk mendapatkan bantuan dalam proses pendaftaran i-Akaun.

    Apakah Kelebihan i-Akaun KWSP?

    i-Akaun KWSP mempunyai pelbagai manfaat untuk ahli seperti akses yang mudah dan pantas, dapat maklumat yang terkini dan keselamatan data yang terjamin.

    Dapat Akses dengan Mudah dan Pantas

    Dengan i-Akaun KWSP, pencarum boleh mengakses akaun KWSP mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui internet. Ini menjimatkan masa dan kos kerana pencarum tidak perlu lagi mengunjungi kaunter KWSP secara fizikal untuk urusan berkaitan akaun mereka.

    Boleh Guna Pelbagai Perkhidmatan Dalam Talian

    i-Akaun KWSP menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian, termasuk semakan baki akaun, permohonan pengeluaran, kemaskini maklumat peribadi, dan pemilihan pelaburan. Ini membolehkan pencarum menguruskan akaun KWSP mereka dengan lebih cekap dan selesa.

    Dapat Capai Maklumat Terkini dan Terperinci

    Melalui i-Akaun KWSP, pencarum boleh mengakses maklumat terkini mengenai akaun mereka, termasuk baki terkini, rekod transaksi, dan penyata tahunan. Maklumat terperinci ini membantu pencarum membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan merancang persaraan mereka dengan lebih berkesan.

    Keselamatan Data Terjamin

    KWSP menggunakan teknologi keselamatan yang canggih untuk melindungi data peribadi dan kewangan pencarum dalam i-Akaun KWSP. Ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor dan enkripsi data memastikan hanya pencarum yang sah sahaja boleh mengakses akaun mereka.

    Dapat Notifikasi Transaksi

    Melalui i-Akaun KWSP, pencarum akan menerima pemberitahuan segera melalui e-mel atau SMS mengenai sebarang transaksi atau kemaskini penting berkaitan akaun mereka.

    Ini membolehkan pencarum sentiasa mengetahui status terkini akaun mereka dan mengambil tindakan segera jika perlu.

    Dapat Bantuan daripada Perkhidmatan Pelanggan

    i-Akaun KWSP dilengkapi dengan ciri-ciri sokongan pelanggan dalam talian, seperti Pusat Bantuan (Help Centre) dan ruangan soal jawab (FAQ).

    Pencarum boleh mendapatkan jawapan segera untuk pertanyaan lazim dan mengemukakan pertanyaan khusus melalui e-mel atau borang dalam talian untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai KWSP.

    Sekiranya ahli mendapati majikan gagal menunaikan tanggungjawab untuk membayar caruman bagi pihak pekerja, boleh buat aduan majikan tidak bayar KWSP secara rasmi.

    Apakah Ciri-ciri Utama i-Akaun KWSP?

    i-Akaun KWSP mempunyai 4 ciri-ciri penting iaatu semakan, permohonan, kemaskini dan simulasi.. Perincian berkenaan fungsi-fungsi yang ada dalam i-Akaun adalah seperti berikut:

    1. Semakan Baki Akaun

    Pencarum boleh menyemak baki terkini dalam akaun KWSP mereka, termasuk jumlah simpanan dalam Akaun 1 (untuk persaraan), Akaun 2 (untuk perumahan, pendidikan, dan keperluan lain yang dibenarkan) dan Akaun 3 (untuk pengeluaran simpanan pada bila-bila masa).

    Maklumat terperinci seperti caruman bulanan oleh majikan dan pekerja, pengeluaran yang dibuat, dan dividen tahunan juga tersedia. Ini membolehkan pencarum memantau simpanan persaraan mereka dengan lebih telus dan membuat perancangan kewangan yang lebih baik.

    Melalui i-Akaun KWSP, pencarum boleh mengakses dan memuat turun penyata akaun tahunan mereka secara digital. Penyata ini mengandungi maklumat terperinci mengenai caruman, pengeluaran, dividen, dan baki akaun bagi tahun berkenaan.

    Pencarum juga boleh mengakses penyata tahunan bagi tahun-tahun sebelumnya untuk tujuan rekod dan semakan. Ini mengurangkan penggunaan kertas dan membolehkan pencarum menyimpan penyata mereka secara digital dengan lebih mudah.

    2. Permohonan Pengeluaran Dalam Talian

    i-Akaun KWSP memudahkan pencarum membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian untuk pelbagai tujuan yang dibenarkan, seperti pembelian rumah pertama, pendidikan, perubatan kritikal, dan persaraan.

    Proses permohonan adalah lebih mudah dan pantas berbanding kaedah manual, dengan status permohonan dikemas kini secara masa nyata. Pencarum juga boleh memuat naik dokumen sokongan secara digital, mengurangkan keperluan untuk menghantar dokumen fizikal ke kaunter KWSP.

    3. Kemaskini Maklumat Peribadi

    Pencarum boleh mengemaskini maklumat peribadi mereka, seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan alamat e-mel, melalui i-Akaun KWSP.

    Ini memastikan KWSP mempunyai maklumat terkini untuk berkomunikasi dengan pencarum dan menghantar penyata tahunan. Kemaskini maklumat peribadi juga boleh dilakukan dengan lebih selamat, menggunakan ciri-ciri pengesahan identiti seperti pengecaman cap jari dan muka.

    4. Fungsi Simulasi dan Kalkulator

    i-Akaun KWSP dilengkapi dengan pelbagai alat simulasi dan kalkulator untuk membantu pencarum merancang kewangan persaraan mereka dengan lebih baik. Contohnya, Kalkulator Simpanan Persaraan membolehkan pencarum menganggarkan jumlah simpanan yang diperlukan untuk mencapai sasaran pendapatan persaraan, berdasarkan faktor seperti usia, jangka hayat dijangka, dan kadar inflasi.

    Kalkulator Ansuran Bulanan pula membantu pencarum mengira ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan atau pendidikan berdasarkan jumlah pinjaman, tempoh pembayaran, dan kadar faedah. Alat-alat ini menyediakan panduan praktikal untuk pencarum membuat keputusan kewangan yang lebih tepat

    Bolehkah Ahli Login KWSP Menggunakan Aplikasi?

    Ya, ahli KWSP boleh login menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun (Ahli) yang tersedia untuk Android dan iOS.

    Aplikasi i-Akaun KWSP menawarkan pelbagai ciri yang memudahkan ahli untuk menguruskan akaun KWSP. Antara ciri-ciri utama aplikasi ini termasuk semakan penyata KWSP, permohonan pengeluaran KWSP secara dalam talian, dan semakan status permohonan pengeluaran.

    Ahli juga boleh mengemas kini maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon melalui aplikasi ini. Aplikasi i-Akaun KWSP juga membolehkan ahli mendapatkan berita dan pengumuman terkini daripada KWSP.

    Cara Log Masuk KWSP Menggunakan Aplikasi i-Akaun (Ahli) Untuk Pengguna Android

    1. Buka Google Play Store pada peranti Android anda.
    2. Cari aplikasi “KWSP i-Akaun” dan muat turun.
    3. Jika anda belum mendaftar, layari laman web KWSP di KWSP i-Akaun atau kunjungi cawangan KWSP terdekat untuk mendaftar.
    4. Buka aplikasi yang telah dimuat turun.
    5. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    6. Ikuti arahan untuk pengesahan dua faktor (2FA) jika diperlukan.

    Cara Log Masuk KWSP Menggunakan Aplikasi i-Akaun (Ahli) Android Untuk Pengguna iOS

    1. Buka App Store pada peranti iOS anda.
    2. Cari aplikasi “KWSP i-Akaun” dan muat turun.
    3. Jika anda belum mendaftar, layari laman web KWSP di KWSP i-Akaun atau kunjungi cawangan KWSP terdekat untuk mendaftar.
    4. Buka aplikasi yang telah dimuat turun.
    5. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
    6. Ikuti arahan untuk pengesahan dua faktor (2FA) jika diperlukan.

    Apakah Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Majikan Dan Ahli KWSP?

    Untuk memastikan keselamatan akaun KWSP, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil oleh majikan dan ahli semasa log masuk:

    1. Gunakan kata laluan yang kuat dan unik, yang mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan aksara khas. Elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun lain.
    2. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) apabila disediakan. Ini menambah lapisan keselamatan tambahan dengan memerlukan kod pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit atau e-mel anda semasa log masuk.
    3. Pastikan untuk log masuk hanya melalui laman web rasmi KWSP atau aplikasi rasmi i-Akaun KWSP. Berhati-hati dengan pautan atau e-mel mencurigakan yang mungkin membawa kepada laman web palsu.
    4. Kerap kemas kini kata laluan anda dan elakkan berkongsi maklumat log masuk dengan orang lain, termasuk kakitangan KWSP. KWSP tidak akan meminta maklumat log masuk anda melalui telefon, e-mel, atau SMS.
    5. Log keluar daripada akaun anda setelah selesai menggunakannya, terutamanya jika anda mengakses akaun anda dari peranti yang dikongsi atau komputer awam.
    6. Pastikan peranti anda mempunyai perisian antivirus dan sentiasa dikemas kini untuk melindungi daripada perisian berbahaya yang mungkin mencuri maklumat log masuk anda.

    Mengikut statistik dari Laporan Tahunan KWSP 2020, sebanyak 14.58 juta pencarum berdaftar dengan KWSP pada akhir tahun 2020, dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM998.03 bilion. Ini menjadikannya antara tabung persaraan terbesar di dunia.

    Daripada jumlah ini, seramai 7.6 juta pencarum aktif menggunakan i-Akaun KWSP, iaitu peningkatan sebanyak 8.6% berbanding tahun sebelumnya.

    Majikan dan ahli dapat mengurangkan risiko akaun KWSP dikompromi dan memastikan keselamatan maklumat kewangan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply