Tengah serabut cari duit?. Kau terdesak nak buat pinjaman RM100 guna IC kan? Ya, memang malu nak buat pinjaman RM100 segera online sebab amaunnya tidaklah banyak mana.
Bertenang. Aku akan cuba tolong mana yang boleh.
Kenapa RM 100 amaun yang munasabah kalau nak pinjam?
Alahai, seratus je pun.
Bukannya banyak sangat.
Kalau fikir logik, amaun RM100 itu dikira tidak membebankan.
Budak-budak sekolah pun ada banyak ini.
Kalau nak 500 ataupun buat pinjaman segera 1000, mungkin rasa agak besar.
Kalau mahu pinjam dengan orang yang gaji tak sampai pun RM5000, memang agak susah sedikit sebab dia pun ada komitmen lain.
Tambah lagi kalau tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Shah Alam dan Petaling Jaya.
Itu kalau kita ada keluarga atau kawan yang bergaji besar.
Masalahnya, siapa yang betul-betul boleh tolong?
Kalau tidak ada keluarga atau kawan yang nak bantu, macam mana?
Bertenang.
Kami ada beberapa cara yang anda boleh cuba.
Pinjaman RM100 guna IC melalui BigPay
BigPay ialah salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad.
BigPay ialah satu mobile app yang partner dengan Visa dan Master Card.
Kau boleh shopping, transfer duit, terima duit online.
Macam bank, tapi bukan bank.
Jenama pun besar.
Jadi, memang trusted.
Tak susah pun nak dapatkan pinjaman RM100.
Mari sini, aku share dengan kau.
Mula-mula, kau kena daftar dulu BigPay.
Boleh download untuk:
Jemput tengok video cara daftar BigPay di YouTube ini:
Satu lagi, kalau kau nak dapatkan duit RM10 secara percuma dalam akaun BigPay kau nanti, masukkan kod ini semasa pendaftaran:
Untuk buat pendaftaran BigPay, kau boleh ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:
- Buka aplikasi BigPay
- Klik PAYMENTS di bahagian menu sebelah bawah skrin
- Klik Loans
- Di bahagian I want to borrow, masukkan 100
- Kalau kau tak boleh letak amaun 100, cuba masukkan amaun 1000
- Ini kerana BigPay mungkin meletakkan minimum pinjaman ialah RM1000
- Untunglah kan? Nak pinjam RM100, dapat RM1,000
- Seterusnya, di bahagian I want to repay in, kau perlu pilih samada nak bayar dalam tempoh 6 Months, 9 Months atau 12 Months
- Klik Get a quote
- Akan keluar paparan Loan Offer
- Sebagai contoh, jika kau teruskan permohonan untuk buat pinjaman RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, kau perlu bayar lebih kurang RM174 sebulan. Ini dia dah masukkan sekali dengan dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
- Kalau kau setuju dan rasa mampu nak bayar balik loan RM174 sebulan, klik Apply for this loan
- Baca Privacy Policy
- Klik Accept
- Jawab soalan dan assessment yang dipaparkan di skrin
- Antara soalan-soalan dan assessment tersebut adalah How will you be using RM1,000
- Tak semestinya kau perlu jawab dalam Bahasa Inggeris.
- Jawab dalam Bahasa Melayu pun boleh
- Sila pastikan jawab SEMUA soalan yang diberikan
- Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan
- Selesai
Pinjaman RM100 guna IC melalui TNG eWallet
Touch ‘n Go memang sinonim dengan tol. Tapi, tak ramai tahu, dia ada GOpinjam.
Seperti biasa, kau perlu register aplikasi Touch ‘n Go terlebih dahulu melalui:
Untuk memudahkan urusan kau, aku cadangkan kau tengok sendiri video ringkas berkenaan pendaftaran TNG eWallet di YouTube seperti di bawah.
Sekiranya pendaftaran TNG eWallet berjalan lancar dan sudah diaktifkan, kau boleh ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:
- Buka aplikasi TNG eWallet
- Klik GOpinjam
- Masukkan gaji bulanan kau
- Contohnya, masukkan RM5,000
- Ini CONTOH sahaja
- Kau boleh masukkan gaji bulanan sebenar kau
- Klik I agree to the Terms & Conditions
- Tekan butang Calculate Now
- Akan keluar paparan Calculating…
- Tunggu sebentar dalam beberapa saat
- Akan keluar paparan Calculating how much you’re eligible to pinjam
- Jika ada masalah atau tergantung, tekan butang Close
- Jika berjalan lancar, akan keluar paparan You can get up to RM8,000
- Amaun kelayakan pinjaman di atas dikira berdasarkan pendapatan bulanan
- Amaun kelayakan ini juga adalah sebelum ditolak caruman KWSP
- Sekarang, masukkan amaun yang kau nak pinjam
- Pinjaman minimum yang dibenarkan dalam GOpinjam ialah RM100
- Walau bagaimanapun, kau boleh pinjam lebih daripada RM100
- Katakan kau nak buat pinjaman RM100 sahaja
- Di bahagian Swipe to select amount (RM), pilih amaun RM100
- Tekan butang Next
- Di bahagian How long would you like the loan duration to be, pilih berapa bulan kau nak pinjam
- Ada pilihan berikut:
- 1 week
- 2 weeks
- 3 weeks
- 1 month
- 2 months
- 3 months
- 4 months
- 5 months
- 6 months
- Tekan butang Next
- Jawab soalan yang diberikan seperti What is your marital status
- Seterusnya, What is your highest education level dan lain-lain
- Sila pastikan kau jawab SEMUA soalan yang diberikan
- Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan
- Selesai
Alternatif pinjaman RM100
Pinjaman RM100 segera tanpa dokumen dengan mak ayah
Kalau mak ayah kau masih ada, cuba tebalkan muka dan minta pinjam.
Tak ada parents nak tengok anak hidup susah.
Lagipun, RM100 itu tidaklah banyak mana.
Takkanlah nak minta IC pula.
Bersangka baik.
Jumpa parents depan-depan.
Jangan Whatsapp cakap nak pinjam duit.
Nampak macam tak serius dan tidak bersungguh-sungguh.
Pinjaman RM100 segera tanpa dokumen dengan adik beradik
Ya, tak semua rapat dengan adik beradik.
Tapi tak salah mencuba kan?
Cara lain, cuba minta tolong siblings pula.
Cakap baik-baik. Jangan sampai bergaduh.
Amalkan prinsip saling bantu-membantu antara ahli keluarga.
Kalau bukan keluarga, siapa lagi kan?
Pinjaman RM100 segera tanpa dokumen dengan kawan-kawan
Cuba contact kawan-kawan lama.
Cuma kau janganlah menipu.
Terus-terang, senang.
Kalau kena tolak, diam.
Move-on sahaja.
Ya, memang malu.
Nak buat macam mana.
Kenalah usaha.
Hati-hati dengan penipuan pinjaman online
Pinjaman RM100 segera tanpa dokumen itu selalu penipu
Sini aku nak beritahu kau.
Percayalah.
Kalau ada pihak tawar pinjaman segera tanpa dokumen, sila JANGAN PERCAYA!
Kau sebenarnya bakal masuk dalam mulut buaya.
Kau memang sengaja mencari masalah.
Baik kau cepat-cepat cabut lari.
Cuba fikir logik.
Tak ada yang nak bagi pinjam tanpa supporting document.
Penipu semua itu.
Buat loan RM100 guna IC sebagai dokumen sokongan
Ya.
Selain slip gaji, Kad Pengenalan juga penting.
Mana boleh dapat pinjaman RM100 macam itu sahaja.
Akhir kata
Semoga perkongsian tentang pinjaman RM100 guna IC ini bermanfaat.
Harap dapat idea nak dapatkan duit pinjaman RM100 segera tanpa dokumen dengan orang yang rapat dengan kau.
Tak dapat RM 100, cubalah nasib untuk buat pinjaman 200 juga.
Manalah tahu, boleh dapat.
Yang penting, jangan sesekali pinjam along.
Cuba dengan keluarga atau kawan terlebih dahulu.
Boleh rujuk senarai pinjaman peribadi ini.
Cuba satu persatu.
Ingat, jangan lupa bayar hutang nanti.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
5 Comments
Ingin mohon pinjaman rm300
Please tolong urgent
Tolong bagi luluskan pinjaman saya sbb saya nk bayar deposit rumah
Nk kn mohon pinjaman rm100
Ingin memohon pinjaman rm200 untuk membayar sewa rumah