What's Hot

    Tengah serabut cari duit?. Aku tahu, kau memang terdesak nak buat pinjaman RM200 guna IC. Ya, memang malu nak buat pinjaman RM200 segera online sebab amaunnya tidaklah banyak mana.

    Bertenang. Aku akan cuba tolong kau dapatkan pinjaman ikut mana yang boleh.

    Pinjaman RM200 guna IC melalui BigPay

    BigPay ialah salah satu syarikat di bawah Capital A Berhad.

    BigPay ialah satu mobile app yang partner dengan Visa dan Master Card.

    Kau boleh shopping, transfer duit, terima duit online.

    Macam bank, tapi bukan bank.

    Jenama pun besar.

    Jadi, memang trusted.

    Tak susah pun nak dapatkan pinjaman RM200.

    Mari sini, aku share dengan kau.

    Mula-mula, kau kena daftar dulu BigPay.

    Boleh download untuk:

    Jemput tengok video cara daftar BigPay di YouTube ini:

    Satu lagi, kalau kau nak dapatkan duit RM10 secara percuma dalam akaun BigPay kau nanti, masukkan kod ini semasa pendaftaran:

    49QTLDLUAE

    Untuk buat pendaftaran BigPay, kau boleh ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:

    1. Buka aplikasi BigPay
    2. Klik PAYMENTS di bahagian menu sebelah bawah skrin
    3. Klik Loans
    4. Di bahagian I want to borrow, masukkan 200
    5. Kalau kau tak boleh letak amaun 200, cuba masukkan amaun 1000
    6. Ini kerana BigPay mungkin meletakkan minimum pinjaman ialah RM1000
    7. Untunglah kan? Nak pinjam RM200, dapat RM1,000
    8. Seterusnya, di bahagian I want to repay in, kau perlu pilih samada nak bayar dalam tempoh 6 Months, 9 Months atau 12 Months
    9. Klik Get a quote
    10. Akan keluar paparan Loan Offer
    11. Sebagai contoh, jika kau teruskan permohonan untuk buat pinjaman RM1000 dan bayaran balik selama 6 bulan, kau perlu bayar lebih kurang RM174 sebulan. Ini dia dah masukkan sekali dengan dengan interest rate sebanyak 8% setahun.
    12. Kalau kau setuju dan rasa mampu nak bayar balik loan RM174 sebulan, klik Apply for this loan
    13. Baca Privacy Policy
    14. Klik Accept
    15. Jawab soalan dan assessment yang dipaparkan di skrin
    16. Antara soalan-soalan dan assessment tersebut adalah How will you be using RM1,000
    17. Tak semestinya kau perlu jawab dalam Bahasa Inggeris.
    18. Jawab dalam Bahasa Melayu pun boleh
    19. Sila pastikan jawab SEMUA soalan yang diberikan
    20. Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan
    21. Selesai

     

    Pinjaman RM200 guna IC melalui TNG eWallet

    Touch ‘n Go memang sinonim dengan tol. Tapi, tak ramai tahu, dia ada GOpinjam.

    Seperti biasa, kau perlu register aplikasi Touch ‘n Go terlebih dahulu melalui:

    Untuk memudahkan urusan kau, aku cadangkan kau tengok sendiri video ringkas berkenaan pendaftaran TNG eWallet di YouTube seperti di bawah.

    Sekiranya pendaftaran TNG eWallet berjalan lancar dan sudah diaktifkan, kau boleh ikuti langkah-langkah seterusnya seperti di bawah:

    1. Buka aplikasi TNG eWallet
    2. Klik GOpinjam
    3. Masukkan gaji bulanan kau
    4. Contohnya, masukkan RM5,000
    5. Ini CONTOH sahaja
    6. Kau boleh masukkan gaji bulanan sebenar kau
    7. Klik I agree to the Terms & Conditions
    8. Tekan butang Calculate Now
    9. Akan keluar paparan Calculating…
    10. Tunggu sebentar dalam beberapa saat
    11. Akan keluar paparan Calculating how much you’re eligible to pinjam
    12. Jika ada masalah atau tergantung, tekan butang Close
    13. Jika berjalan lancar, akan keluar paparan You can get up to RM8,000
    14. Amaun kelayakan pinjaman di atas dikira berdasarkan pendapatan bulanan
    15. Amaun kelayakan ini juga adalah sebelum ditolak caruman KWSP
    16. Sekarang, masukkan amaun yang kau nak pinjam
    17. Pinjaman minimum yang dibenarkan dalam GOpinjam ialah RM200
    18. Walau bagaimanapun, kau boleh pinjam lebih daripada RM100
    19. Katakan kau nak buat pinjaman RM200 sahaja
    20. Di bahagian Swipe to select amount (RM), pilih amaun RM200
    21. Tekan butang Next
    22. Di bahagian How long would you like the loan duration to be, pilih berapa bulan kau nak pinjam
    23. Ada pilihan berikut:
      • 1 week
      • 2 weeks
      • 3 weeks
      • 1 month
      • 2 months
      • 3 months
      • 4 months
      • 5 months
      • 6 months
    24. Tekan butang Next
    25. Jawab soalan yang diberikan seperti What is your marital status
    26. Seterusnya, What is your highest education level dan lain-lain
    27. Sila pastikan kau jawab SEMUA soalan yang diberikan
    28. Ikuti arahan sehingga siap proses permohonan
    29. Selesai

     

    Alternatif pinjaman RM200

    Pinjaman RM200 segera tanpa dokumen dengan mak ayah

    Kalau mak ayah kau masih ada, cuba tebalkan muka dan minta pinjam.

    Tak ada parents nak tengok anak hidup susah.

    Lagipun, RM200 itu tidaklah banyak mana.

    Takkanlah nak minta IC pula.

    Bersangka baik.

    Jumpa parents depan-depan.

    Jangan Whatsapp cakap nak pinjam duit.

    Nampak macam tak serius dan tidak bersungguh-sungguh.

     

    Pinjaman RM200 segera tanpa dokumen dengan adik beradik

    Ya, tak semua rapat dengan adik beradik.

    Tapi tak salah mencuba kan?

    Cara lain, cuba minta tolong siblings pula.

    Cakap baik-baik. Jangan sampai bergaduh.

    Amalkan prinsip saling bantu-membantu antara ahli keluarga.

    Kalau bukan keluarga, siapa lagi kan?

     

    Pinjaman RM200 segera tanpa dokumen dengan kawan-kawan

    Cuba contact kawan-kawan lama.

    Cuma kau janganlah menipu.

    Terus-terang, senang.

    Kalau kena tolak, diam.

    Move-on sahaja.

    Ya, memang malu.

    Nak buat macam mana.

    Kenalah usaha.

     

    Hati-hati dengan penipuan pinjaman online

    Pinjaman RM200 segera tanpa dokumen itu selalu penipu

    Sini aku nak beritahu kau.

    Percayalah.

    Kalau ada pihak tawar pinjaman segera tanpa dokumen, sila JANGAN PERCAYA!

    Kau sebenarnya bakal masuk dalam mulut buaya.

    Kau memang sengaja mencari masalah.

    Baik kau cepat-cepat cabut lari.

    Cuba fikir logik.

    Tak ada yang nak bagi pinjam tanpa supporting document.

    Penipu semua itu.

     

    Buat loan RM200 guna IC sebagai dokumen sokongan

    Ya.

    Selain slip gaji, Kad Pengenalan juga penting.

    Mana boleh dapat pinjaman RM200 macam itu sahaja.

    Sama juga dengan pinjaman RM100 atau pinjaman RM300.

    Memanglah amaunnya nampak kecil.

    Tapi, kalau pinjam dengan orang luar, mesti perlukan dokumen sokongan seperti Kad Pengenalan dan juga slip gaji.

    Melainkan pinjam dengan ahli keluarga.

     

    Akhir kata

    Semoga perkongsian tentang pinjaman RM200 guna IC ini bermanfaat.

    Harap dapat idea nak dapatkan duit pinjaman RM200 segera tanpa dokumen dengan orang yang rapat dengan kau.

    Yang penting, jangan pinjam along.

    Seperti yang diberitahu sebelum ini, cuba dengan keluarga atau kawan terlebih dahulu.

    Boleh rujuk senarai pinjaman peribadi ini.

    Cuba satu persatu.

    Ingat, jangan lupa bayar hutang nanti.

    Semoga dipermudahkan segala urusan.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    Leave A Reply