What's Hot

    Kini, anda boleh menguruskan profil kewangan perniagaan anda dengan lebih mudah di cimb.bizchannel.com.my.

    Ikuti langkah-langkah ini untuk mendaftar akaun perniagaan anda.

    Apakah BizChannel@CIMB di cimb.bizchannel.com.my ?

    BizChannel@CIMB merupakan portal online yang menyediakan pelbagai produk dan servis untuk keperluan perniagaan anda dan menyediakan khidmat menguruskan kewangan anda.

    Dilengkapi dengan keselamatan yang tinggi, mereka akan memastikan maklumat kewangan dan organisasi anda terjaga.

    Sila ambil maklum, ini adalah untuk akaun bisnes sahaja.

    Siapa yang layak mendaftar BizChannel@CIMB?

    Orang perseorangan/ syarikat/ kelab yang membuka akaun korporat di CIMB Bank & CIMB Islamic layak mendaftar akaun ini.

    Cara daftar BizChannel@CIMB di cimb.bizchannel.com.my.

    Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar BizChannel@CIMB:

    1. Sila pergi ke mana-mana cawangan CIMB & CIMB Islamic untuk borang pendaftaran ATAU download dan print BizChannel@CIMB Application Form.
    2. Serahkan borang yang sudah diisi ke mana-mana cawangan CIMB & CIMB Islamic.
    3. Selepas pendaftaran diproses, Authorised User(s) dan System Administrators akan menerima butir login dan User Password melalui 2 emel berbeza.
    4. Personal Identification Number (PIN) akan dihantar kepada telefon bimbit untuk membuka User Password.
    5. Sila berikan nombor telefon Malaysia semasa pendaftaran, kerana sistem tidak dapat memberi PIN ke nombor telefon asing.
    6. Untuk STANDARD and CUSTOMISED Package, pengguna boleh terus menggunakan servis setelah menerima One-Time Password (OTP) dari Security Device yang diberikan.
    7. Untuk For LITE Package, pengguna akan menerima OTP melalui SMS. Tiada Security Device yang diperlukan.

    Nota: sila baca dengan teliti checklist atau dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan proses pendaftaran.

    Bagaimana cara untuk melihat status pendaftaran online untuk LITE Package?

    1. Sila layari website pendaftaran di www.cimb-bizchannel.com.my
    2. Pilih BizLite Application Status di Kotak Online Tools.
    3. Tick pada Check Status.
    4. Masukkan Application Reference Number.
    5. Isikan Verification.
    6. Tekan Continue.

    Status pendaftaran anda akan terpapar.

    Macam mana ara login CIMB BizChannel kali pertama?

    a) Untuk login kali pertama, pastikan:

    1. Anda sudah download dan install Applikasi BizChannel@CIMB Mobile App dari Google Play atau App Store.
    2. Anda sudah menerima emel mengandungi BizChannel@CIMB Login Details.

    b) Berikut adalah cara untuk login kali pertama:

    1. Layari cimb.bizchannel.com.my dan tekan First Time Login.
    2. Masukkan Company ID dan User ID yang diperolehi daripada emel BizChannel @CIMB Login Details.
    3. Tekan Next.
    4. Anda akan menerima SMS melalui nombor telefon pendaftaran.
    5. Masukkan First Time Login PIN dan tekan Next.
    6. Lengkapkan page tersebut dan tekan Submit. Pastikan maklumat yang anda isi tepat dan betul:
      • New user password
      • Security Questions
    7. QR Code Display akan terpapar di cimb.bizchannel.com.my selama 60 saat.
    8. Buka Applikasi BizChannel@CIMB Mobile App.
    9. Slide untuk Mobile Token dan tekan Next
    10. Klik Add Token Account.
    11. Gunakan telefon bimbit anda untuk scan QR Code yang terpapar di cimb.bizchannel.com.my.
    12. Masukkan Login password dan tekan Submit.
    13. Tick To agree with Terms & Conditions.
    14. Tekan DONE.

    Selesai.

    Cara login CIMB BizChannel yang seterusnya

    Untuk login seterusnya, anda hanya perlu:

    1. Layari cimb.bizchannel.com.my
    2. Masukkan Company ID dan User ID. Tekan Next.
    3. Anda sudah boleh melakukan aktiviti yang anda kehendaki.

    Akhir kata

    Semoga dengan pendaftaran ini akan memudahkan lagi urusan kewangan perniagaan anda.

    Jika anda baru sahaja hendak memulakan perniagaan, jangan lupa untuk daftarkan perniagaan anda. Anda boleh daftar secara online, dan lihat langkah-langkahnya di sini.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    3 Comments

    1. Salam saya nak tanya , sy first time sign up untuk acc biz channel , setelah saya cuba untuk log in lagi sekali malah secureword sy jadi lain . Boleh bantu sy ?

    2. Rozlin ayu binti Kamaruzzaman on

      Sy dh msuk dgn betul id & user keluar btoii dh ,,pastu lupa paswood…mintak nom otp tak keluar2 ,,tolg bantu sy smpai skrg tak lepas bukan biz channel online

    3. Saya tak ada syarikat macam mana saya nak buka BizChannel ini. Boleh tak tolong saya macam mana nak buka BizChannel itu

    Leave A Reply