Perbankan Internet CIMB Bank merupakan satu sistem perbankan yang membolehkan pelanggan-pelanggan berdaftar untuk login CIMB Bank dan seterusnya melakukan transaksi perbankan secara online melalui https://www.cimbclicks.com.my. Ini termasuk urusan harian seperti pembayaran bil, pemindahan wang menggunakan fungsi Instant Transfer CIMB Bank, semak baki akaun CIMB Bank dan macam-macam lagi.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal login CIMB Bank.
Cara Login CIMB Bank Online
Berikut ialah cara login CIMB melalui CIMB Clicks:
- Klik pautan Perbankan Internet CIMB di sini: https://www.cimbclicks.com.my
- Halaman utama CIMB Clicks akan terpapar
- Klik pada bahagian Login to Clicks
- Log masuk cimbclicks.com.my seperti biasa
- Masukkan User ID
- Sila teruskan dengan menekan butang Login
- Sila sahkan SecureWord seperti yang terpapar
- Jika betul, tick pada Yes, this is my SecureWord
- Masukkan Password
- Teruskan dengan menekan butang Login
- Sekiranya tidak ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem CIMB Clicks
- Lakukan transaksi yang diingini seperti bayar bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui CIMB Clicks
- Selesai
Tak Boleh Login CIMB Bank?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk CIMB Bank.
Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login CIMB Bank ini adalah seperti berikut:
- Tersilap Kata laluan CIMB Bank. Apabila ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan atau reset password CIMB Bank anda.
- Tersilap username. Nampak macam tak logik, tapi ia sememangnya berlaku. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa mendaftar username anda. Jika ya, anda perlu menghubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan.
- Sambungan Internet lemah dan bermasalah. Jika line nampak slow macam siput, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk.
- Perkhidmatan CIMB Bank online ditutup. Mohon anda pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
- Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser anda seperti Google Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain lagi. Ini boleh membantu menyelesaikan masalah log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
- Masalah browser itu sendiri. Cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk CIMB Bank. Ini boleh membantu mengesan jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.
Jika anda jenis orang yang celik IT, anda boleh cuba reset password CIMB Bank sendiri secara online melalui https://www.cimb.com.my. Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.
Jika tidak berani, sila hubungi Customer Service CIMB Bank jika anda masih mengalami masalah log masuk atau perlu bantuan untuk menetapkan semula kata laluan.
Cara Reset Kata Laluan CIMB Bank Secara Online
Kami faham, anda mahu cepat dan mahu reset kata laluan CIMB Bank sendiri.
Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset password CIMB Bank ini. Sila bersedia dengan telefon bimbit anda di sisi kerana pihak CIMB Bank akan menghantar SMS TAC CIMB Clicks atau OTP untuk verifikasi.
Cara Reset Password Login cimbclicks.com.my Melalui Customer Service
Kalau anda malas nak fikir dan tak ada masa nak Google cara reset password CIMB Bank, anda boleh sahaja hubungi Customer Service CIMB Bank.
Berikut ialah cara menetapkan semula kata laluan CIMB Bank anda dengan bantuan Customer Service:
- Buat panggilan ke CIMB Bank di talian 03-6204 7788
- Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
- Untuk memudahkan urusan pertanyaan berkenaan login, pilih Bahasa Melayu
- Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab oleh Customer Service CIMB Bank
- Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
- Untuk tidak melengahkan masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
- Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk login CIMB Clicks
- Sekiranya perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
- Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
- Ini adalah untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun CIMB ini
- Pihak Customer Service di talian akan membuat proses verifikasi terlebih dahulu
- Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda buat semakan berkenaan akaun anda
- Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah login anda
- Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah login anda akan diselesaikan oleh Customer Service
- Selesai
Macam Mana Cara Memilih Password Yang Baik?
Secara asasnya, gunakanlah kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol. Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka.
- Jangan gunakan kata-kata yang mudah diperoleh, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
- Jangan gunakan kata-kata yang sama untuk akaun yang berbeza.
- Jangan simpan kata laluan CIMB Bank anda di telefon atau komputer anda.
- Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa.
- Sesekali menukar kata laluan CIMB Bank anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
- Gunakan panjang kata laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara
Kalau Masih Tak Boleh Login, Boleh Pergi Ke Cawangan CIMB Bank?
Selalunya, masalah login CIMB Bank boleh diselesaikan secara online sahaja.
Namun, dalam kes-kes tertentu, ada kalanya anda pergi hadirkan diri ke cawangan CIMB Bank berhampiran untuk proses verifikasi yang lebih terperinci.
Jika ini berlaku, ikuti panduan berikut:
- Sila pergi ke cawangan CIMB yang berhampiran
- Pastikan bawa Kad Pengenalah dan buku bank (jika ada) untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
- Jika tiada buku, anda boleh sahaja tunjukkan screenshot nombor akaun CIMB anda
- Ambil nombor giliran
- Duduk di tempat yang disediakan
- Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
- Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
- Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
- Maklumkan masalah login anda pada pegawai bank yang bertugas
- Pegawai bertugas tersebut akan bantu anda selesaikan permasalahan login anda yang mungkin tidak dapat dibantu oleh pihak Customer Service CIMB
- Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan Perbankan Internet
- Selesai
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login CIMB Bank ini akan memudahkan urusan perbankan anda.
Seperti yang dimaklumkan tadi, masalah log masuk CIMB Bank mungkin berlaku akibat beberapa sebab seperti kata laluan yang salah, sambungan internet lemah, atau perkhidmatan internet banking yang ditutup.
Namun, dengan mengikuti langkah-langkah yang disarankan seperti menyemak kata laluan anda, memastikan sambungan internet yang stabil, dan menghubungi CIMB Bank, anda boleh menyelesaikan masalah ini.
Ingat juga, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan CIMB Bank yang kuat dan kerap menukarnya.
Semoga bermanfaat.