Untuk log masuk ke Maybank2u, pelanggan perlu layari laman rasmi di maybank2u.com.my. Pada halaman utama, klik butang “Login” untuk ke halaman log masuk yang selamat. Masukkan Username dan Password yang telah didaftarkan semasa pendaftaran, kemudian klik “Login” untuk meneruskan. Selepas pengesahan berjaya, pengguna akan dibawa ke papan pemuka (dashboard) Maybank2u masing-masing.
Melalui papan pemuka ini, pelanggan boleh mengurus pelbagai perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk semakan baki akaun, pemindahan wang, pembayaran bil, pengurusan kad kredit, permohonan produk kewangan, dan pelbagai transaksi perbankan lain secara selamat. Bagi pengguna kali pertama, pendaftaran diperlukan sebelum boleh log masuk. Jika terlupa kata laluan, sistem menyediakan pilihan “Forgot Password”, di mana anda boleh menetapkan semula maklumat log masuk melalui emel atau pengesahan SMS.
Log Masuk Maybank2u
Login maybank2u.com.my versi baru
Masuk-masuk sahaja laman web Maybank2u, anda akan dapat lihat paparan My Username. Ini adalah laman web maybank2u.com.my versi baru.
- Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
- Masukkan username anda di ruangan My Username.
- Kemudian, tekan butang yang berlogo mangga kunci di sebelah.
- Tunggu sebentar.
- Pada laman seterusnya, akan tertera soalan berkenaan dengan Security Phrase. Sekiranya Security Phrase yang tertera adalah security phrase milik anda, tekan YES.
- Seterusnya, pada ruangan My Password, masukkan kata laluan anda.
- Kemudian, tekan butang LOGIN.
- Login anda ke akaun Maybank2U berwajah baru berjaya.
- Selesai
Login maybank2u.com.my versi lama (Classic version)
Untuk orang-orang lama yang sudah biasa menggunakan Classic version, pastinya transaksi akan menjadi lebih cepat kerana sudah biasa dengan butang-butang yang ada.
- Layari laman web rasmi Maybank di sini: https://www.maybank2u.com.my
- Lihat bahagian bawah skrin
- Tekan butang Back to the classic Maybank2U.
- Anda akan dibawa ke paparan login untuk Maybank2U versi lama.
- Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda. Tekan butang Next.
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda settinguntuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda. Tekan butang Yes.
- Kemudian, masukkan password anda pada ruangan Password.
- Tekan butang Login. Anda tidak boleh akses dan login ke akaun Maybank anda sekiranya hanya menekan butang Enter pada keyboard anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
- Selesai
Cara first time login Maybank2u
Bagi yang baru sahaja mendaftar Maybank2u, anda perlu selesaikan urusan first time login www.maybank2u.com.my terlebih dahulu. Setelah selesai urusan ini, barulah boleh buat transaksi yang lain.
- Layari www.maybank2u.com.my
- Klik butang Login yang terletak di bahagian kanan atas laman.
- Pada laman seterusnya, tekan butang First time Login?.
- Kemudian, belajar untuk banking secara online dengan video tips keselamatan yang dipaparkan.
- Kemudian, terdapat ruang untuk mengisi Access No. ; Access No. ialah nombor akses untuk kad debit, kredit atau kad Perbankan Internet, di mana anda perlu mendapatkan nombor ini di kaunter di cawangan Maybank.
- Tiada Access No, tidak boleh login Maybank
- Pada ruang PIN, masukkan nombor PIN enam digit yang anda tetapkan untuk kad anda.
- Tertera ruangan My Username. Masukkan username (nama) yang anda cipta untuk akaun anda.
- Pada laman seterusnya, pastikan gambar yang terpapar serta phrase adalah betul seperti yang anda settinguntuk akaun anda semasa pendaftaran akaun Maybank2U anda.
- Login anda berjaya dan anda akan dibawa ke laman rasmi akaun anda, di mana anda boleh melakukan pelbagai transaksi termasuk pembayaran, pembelian, pindahan wang dan sebagainya.
- Selesai
Assalamualaikum,card ATM saya hilang pls check my account