What's Hot

    Jika anda ingin buat urusan di Jabatan Imigresen Malaysia, anda perlu buat temujanji secara online terlebih dahulu di sto.imi.gov.my. Ini kerana anda tidak boleh datang ke kaunter seperti sebelum PKP.

    Berikut ialah cara untuk buat temujanji imigresen secara online melalui sto.imi.gov.my untuk urusan seperti di bawah:

    • Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
    • Program Rekalibrasi Pulang
    • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
    • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
    • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas / SP
    • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
    • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

    Lebih kurang sama dengan KWSP, perlu buat appointment melalui www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu

    Temujanji online sto.imi.gov.my

    1. Cara mohon temujanji imigresen online

    1. Layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang khas untuk Sistem Temujanji Online (STO) di sini: https://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php
    2. Pilih JABATAN / DEPARTMENT
    3. Pilih BAHAGIAN / CAWANGAN / UNIT / BRANCH
    4. Pilih URUSNIAGA / TRANSACTION iaitu:
      • Bahagian Pekerja Asing – Pembantu Rumah / Maid
      • Bahagian Pekerja Asing – Pelbagai Sektor (VDR)
      • Bahagian Pekerja Asing – Memo Periksa Keluar / COM & Pas Khas/ SP
      • Bahagian Pekerja Asing – Permohonan Bayaran
      • Bahagian Visa, Pas & Permit – Permohonan Lanjutan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang
    5. Pilih TARIKH TEMUJANJI / DATE APPOINTMENT
    6. Untuk makluman, hanya tarikh yang ada kekosongan sahaja akan dipaparkan.
    7. Anda juga hanya boleh memilih hari yang aktif sahaja iaitu hari bekerja.
    8. Tarikh hujung minggu (Sabtu & Ahad) serta cuti umum tidak boleh dipilih
    9. Selepas pilih tarikh, tekan butang NEXT untuk mengisi profil pemohon
    10. Masukkan maklumat berikut:
      • NAMA PEMOHON
      • NO KP / IC / PASSPORT
      • ALAMAT / ADDRESS
      • BANDAR / CITY
      • POSKOD / ZIP CODE
      • NEGERI / STATE
      • NO TEELFON / TEL NO
      • EMEL / EMAIL
    11. Setelah semua maklumat diisi, tekang butang SUBMIT
    12. Akan keluar satu popup untuk pengesahan samada anda ingin menghantar permohonan ini; yang tertulis “ADAKAH ANDA PASTI UNTUK MENGHANTAR PERMOHONAN INI”
    13. Tekan butang OK
    14. Akan keluar satu lagi popup untuk memaklumkan bahawa permohonan sudah berjaya dihantar; yang tertulis “PERMOHONAN TEMUJANJI BERJAYA DIHANTAR, E-MEL MAKLUMAN BERJAYA DIHANTAR KEPADA PEMOHON”
    15. Tekan butang OK untuk teruskan.
    16. Slip temujanji STO akan dipaparkan
    17. Sila cetak dan bawa SLIP TEMUJANJI STO ini semasa temujanji

     

    2. Terma dan syarat sebelum temujanji online di sto.imi.gov.my

    1. Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
    2. Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan;
    3. Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
    4. Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
    5. Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
    6. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
    7. Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
    8. Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
    9. URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
    10. Sila rujuk laman web rasmi jabatan di www.imi.gov.my untuk maklumat berkenaan dokumen berkaitan.

     

    Maklumat lanjut sto.imi.gov.my

    Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi Jabatan Imigresen Malaysia melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di https://eapp.imi.gov.my/spo

     

    Akhir kata

    Kami menyambut baik inisiatif Jabatan Imigresen Malaysia dalam membendung wabak Covid-19 ini. Tambahan lagi, ada beberapa lagi urusan kerajaan yang kini dipermudahkan seperti mybayar.rmp.gov.my dan secure.kwsp.gov.my

    Semoga lebih banyak perkhidmatan menarik akan muncul selepas ini.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    126 Comments

    1. Sudirman Bin Mohd Yusof on

      Bila agaknya masa yg sesuai untuk melayari laman web sto? Saya dah cuba buka kali tetapi tiada ruang kosong untuk bookng

    2. Sri asih marliyah on

      Bila bukak sistem sto ni…makin susah pulak nak sambung visa..thn lepas dlm susah pun boleh hak buka sistem..thn ini langsung tak boleh buka..bln depan dah tamat tempoh..saya pun tak nak laa jadi pendatang haram..sbb selama ini pun saya sentiasa patuh dgn apa jua peraturan kerajaan.cer bagi tau camana nak buka sistem ni..
      Harap bagi respon& solusi dr permasalahan saya dan yg lain.
      Terima kasih.

    3. Salam cik..Kenapa sistem ni xde pilihan untuk Urusniaga.. saya nak sambung pas lanjutan di imigresen pelabuhan klang.. apakah sistem ni masih boleh guna cik.. mohon bantuan cik ye.. timekasih

    4. Rofiatul munawaroh on

      Saya nak sambung visa bulan agustus tapi dalam pilihan tiada pilhaan untuk visa yg ada untuk passport sahaja. Tolong bagi pencerahan

    5. Kiki sapar riani on

      Assalamu’alaikum
      Nak tnyk tk bayar kompaon rekalibrasi pulang dibuka bila ya terima kasih

    6. Maisarah binti Ismail on

      Macam mana nak buat temu janji sto kalau semua slot dah penuh?? Hari2 tekan tetap sama sampi 3bulan kedepan.tak kan tak ada ruang langsung untuk bagi kelonggaran nak isi sto ni untuk memudah kan kami.visa dah sebulan tamat tempoh tapi nak sto pon tak boleh.bile terus pergi je nanti Kene surub balik.pening la MCM ni.

    7. Nurulazwan bin Marzaki on

      Bagaimana cara untuk berurusan dengan Imigresen PKNS Shah alam Selangor untuk perbaharui lanjutan visa ikut suami isteri saya yang akan tamat tempoh pada bulan Ogoa 2021 tahun ini. Minta pencerahan…

    8. SHARIFAH FAIRUS BT SYED ABDUL RAHMAN on

      macamana nak isi online temujanji untuk sambung pas lawatan jangka panjang suami..blh x bagi link sebab saya xdapat nak buat

    9. Macam mana nak sambung visa ikut isteri, saya call pegawai kata tunggu habis pkp, bila office dah boleh buka baru boleh sambung.

    10. Danish Hong bin Abdullah on

      nak buat temu janji sambung visa untuk bini saya..x dpt masuk langsung dari brp bulan yg lepas….

    11. Danish Hong bin Abdullah on

      nak buat temu janji sambung visa untuk bini saya..x dpt masuk langsung dari brp bulan yg lepas….

    12. Mursidah Muhtar Husen on

      Nak dapat tareh temu janji untuk sambung visa ikot suami tapi tak dapat,visa dah nak mati dlm bulan ni🥲☺️

    13. 1. Daftar “Temujanji Online” di STO – https://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php

      2. Datang awal dari tarikh temujanji untuk ambil borang-borang yg diperlukan di imigresen (tak perlu temujanji)

      3. Lengkapkan borang beserta akaun sumpah. Akuan sumpah dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah berdekatan.

      4. Tunggu hari temujanji. Hadir ke imigresen.

      5. Tunjuk slip temujanji & borang yg telah lengkap di isi.

      6. Terus berurusan di kaunter utk penyambungan visa.

      7. Bayaran dibuat setelah visa lulus/siap. kebiasaannya imigresen akan beri tarikh utk datang semula menuntut visa dan buat pembayaran melalui debit/kredit kad.

      harap membantu.

    14. 1. Daftar “Temujanji Online” di STO – https://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php

      2. Datang awal dari tarikh temujanji untuk ambil borang-borang yg diperlukan di imigresen (tak perlu temujanji)

      3. Lengkapkan borang beserta akaun sumpah. Akuan sumpah dibuat di hadapan pesuruhjaya sumpah berdekatan.

      4. Tunggu hari temujanji. Hadir ke imigresen.

      5. Tunjuk slip temujanji & borang yg telah lengkap di isi.

      6. Terus berurusan di kaunter utk penyambungan visa.

    15. saya juga hadapi masalah sama sebelum ni. tiada kekosongan.
      kemudian sy masuk semula setiap hari dan dapat kekosongan utk 1 sept.
      sistem bru ok kot.

      sila cuba lagi layari sto utk temujanji.

      info dr kaunter, tiada masalah utk visa expired sementara waktu ini. sy juga diberitahu boleh trus menyambung visa sekiranya dpt tarikh dan jgn risau jika terlewat penyambungan mgkin sbb waktu pandemik.

    16. dah seminggu mencuba untuk dapatkan tarikh temujanji, masih tiada slot untuk membuat temujaji. sedangakan visa kakak ipar saya akan tamat pada tengah bulan ini. Apabila di hubungi mengunakan no telepon yang tertera di website, semua tidak pernah dijawap. Saya harap pihak tuan dpt menambah baik kemudahan temujanji ini dengan segera.

    17. Assalamualaikum Tuan Mohd Shukri
      Mohon bantuan tuan
      Saya ingin buat temujanji untuk buat penyelarasan Pasport pekerja saya,Pasport baru sampai dari Bangladesh Embassy.Bayaran lanjutan permit telah saya buat kepada myeg.
      Masaalah: Saya isi borang temujanji sto online.
      Tarikh yang penuh di paparkan. Saya cuba tekan butang untuk tarikh baru tapi sistem tidak function . Sudah seminggu saya cuba dan juga telepon ke imigresen tapi gagal. Mohon bantuan tuan segera.TK

    18. macam mana nak temu janji online. 2 bulan dah penuh slot aku dah coba semua tekan One by one date,tapi tak ada slot yang kosong. nak sambung visa ikut suami, bulan August visa aku dah tamat,and passport aku baru hari ini siap,i hope bulan November ini boleh sambung visa,

    19. Sejak bulan lepas try semua tarikh penuh. Asalnya dah dpt bln 6 tapi lockdown pihak imigresen kata akan email untuk reschedul tarikh appoinment sampai bln 7 takde so bila nak buat online semula tarikh semua penuh sampai hujung bln 11. Telefon tak pernah dapat. Macam mana ni? Ada cara lain ke?

    20. Tu la. Selang 2 hari try kdg tiap hari still penuh xde kekosongan. Ok la kalau mereka faham. Sbb kata mrk nak bagi tarik semula melalui email bg yg dah ada temujanji masa lockdown tapi takde gak. Thanks the info

    21. Alnaib bin haji kadir on

      Assalamualaikum tuan… Saya alnaib bin haji kadir pemegang imm13 IP-12091-13010
      Dan saya bekerja di kundasang ranau sabah.. Saya ingin memohon pendapat tuan sebab pasport saya telah luput pada tarikh 01/09/2021… Saya telah memohon temujanji online dengan pihak imigresen sandakan bermula dari bulan july{7) tetapi semua tarikh temujanji penuh sehingga lh ke tarikh 25/10/2021 saya telah berusaha siang dan malam utk mendapatkan tarikh utk memohon lanjutan imm13 saya…

    22. Alnaib bin haji kadir on

      Saya alnaib bin haji kadir pemegang imm13 IP-12091-13010… Saya ingin memohon bantuan tuan puan dari pihak imigresen sandakan sabah… Sebab pasport saya imm13 yang bernombor IP-12091-13010 telah luput pada tarikh 1/9/2021 saya telah berusaha dari bulan 7 untuk memohon lanjutan pasport tapi semua tarikh yang di paparkan penuh.. Dan bila saya cuba jabatan imigresen seperti bahagian lahad datu/keningau/kota kinabalu ada pula kosong… Saya ada juga mencuba nasib dengan pihak imigresen kota kinabalu memohon temujanji online lulus tapi bila saya telefon pihak imigresen kotakinabalu… Pihak imigresen kota kinabalu cakap tidak boleh sebab pengeluar imm13 saya di keluarkan di jabatan imigresen sandakan… Pihak imigresen kota kinabalu menyuruh saya berusaha memohon lanjutan pas imm13 saya dengan pihak imigresen sandakan.. Tetapi saya sudah pun berusaha siang dan malam dan di bantu oleh isteri dengan menguna kan dua buah handphone untuk memohon temujanji online dengan pihak imigresen sandakan tetapi tetap juga penuh sehingga lh sekarang… Saya merayu supaya pihak jabatan imigresen dapat mempertimbangkan kesulitan yang saya alami… Sekiranya pihak jabatan imigresen sandakan sudi mendengar keluhan kami… Boleh sms atau call di no 01115221311 atau email saya di… [email protected]… Saya amat berterima kasih kepada pihak jabatan imigresen sabah malaysia…….

    23. Kenapa ya tuan slot temu janji full.saya cuba try banyak kali tak boleh juga.saya nak visa lanjutan.visa luput 25/10/2021

    24. Faustin Sikodol on

      Salam… Kerajaan boleh tak buat penambahan temujanji tu setiap jam 12am pagi dgn masa sebulan atau lebih? Had kan saja urusan individu setiap hari cth:50 sehari.. ini setiap hari jam 12am pagi cuma tambah sehari saja dalam sistem, bila kita log masuk dah penuh.. bukan sikit orang yang memohon.saya dah cuba memohon setiap jam 12pagi lebih 3 bulan tetap tak dapat juga.. jadi tolong lah upgrade sikit sistem tu.

    25. Marlina binti Ibrahim on

      Assalamualaikum tuan/puan.saya nak renew visa mohon beri tarikh kekosongan utk saya dtg ke kompleks PKNS Sah Alam.

    26. Moktar Bin Walter on

      Selamat pagi tuan & puan. Saya pemegang pas imm13 bernombor IP-12091-25593 yang telah tamat tempoh dari Februari 2021. Sudah mencuba berkali-kali mendaftar secara dalam talian tetapi seringkali penuh.

    27. Kak sudah dapat belum..masalah kakak sama seperti aku..aku bln 12 baru dapat bikin pasport..sedangkan visa dah tamat bulan 10..Ya allah pening nya

    28. Mohd. Hamdan bin arip on

      Pada 21.12 2021. Passport kepada isteri saya tamat tempoh. saya telah buat temujanji untuk lanjutan melalui online. Tetapi Dari Bulan 10 Bulan 11 bulan12. Bulan 1.1.2022. sehingga Bulan 2.2.2022 masi tk Ada kosong. So saya nk buat MCM mna Tu, please

    29. ZULKAFLI BIN ISMAIL on

      Pada 21.12 2021. Passport kepada isteri saya tamat tempoh. saya telah buat temujanji untuk lanjutan melalui online. Tetapi Dari Bulan 10 Bulan 11 bulan12. Bulan 1.1.2022. sehingga Bulan 2.2.2022 masi tk Ada kosong. So saya nk buat ni
      saya harap tidak ada denda yang akan di keluarkan .

      Reply

    30. Aku susah dapatkan satu appointment, tunggu sampai appointment datang, official check semua ok, tapi ada satu masalah, kurang satu sumpah document tak boleh proceed, (penaja kena datang,tak boleh hantar wakil sebab boarder akan buka minggu depan, kena panggil penaja balik dari singapore, habis….
      Adui , nak dapatkan STO appoitment baru, 3 bulan nanti datang lagi sebab semua dah penuh, kena rebut pada jam sharp 12am, 10 minute habis, berapa orang nak buat ini, matilah macam ini, nanti akan overdue 4 bulan (1+3) …macam mana ini….kena fine ke?
      sekarang kena tunggu bulan Feb21, kalau tak lengkap lagi, tunggu 3 bulan lagi ke… (1+3+3…), adui… penaja di singapore ini nak minta balik tolong renew, boarder buka tutup, tutup buka, matilah macam ini. Fikirkanlah orang akan macam mana reserve appointment. Bagi slot seribu, 10 ribu pun tak cukup punya….fikirkan… orang akan reserve appoitment macam mana…,walk in lah bagi orang yang memang memerlukan, tolonglah, jangan macam ini

    31. Muhammad yunus bin abdul syahid on

      Bagaimana ye sy dh bnyk kali buat online temu janji tarik semua full bln 1 smpi bln 3 tetap full juga smpi tarik visa sy pun dh mati itu pun x dpt juga mcm mna tu cik bgi info cik mcm mna cara nye dri dri

    32. Saya ingin membuat pembatalan temujanji Online, ada kesilapan pemilihan tarikh temujanji. Saya mendapat tarikh pada bulan May 2022 sedangkan tarikh luput visa pula pada bulan April 2022. Sila beri maklumbalas. Terima Kasih.

    33. Asmah binti Tawakala on

      Asslamualaikum,
      Tuan,
      Asmah Binti Tawakala
      Passport Jaminan Suami

      Saya telah memohon temujanji online dengan pihak imigresen Lahad Datu bermula dari bulan satu (1) tetapi semua tarikh temujanji telah penuh sehingga tarikh 21/2/2022 dan makluman untuk mendapatkan tarikh untuk memohon lanjutan jaminan pasport belum diberikan.
      Sekian dan terima kasih

    34. Saya ingin membuat temujanji online bagi memohon lanjutan visa mengikut suami.Bagaimana cara untuk membuat temujanji online yang terkini.Harap dapat membantu..

      Sekian,terima kasih

    35. Saya nak Sambung visa……sbulan awl bt temujanji…..tarikh full je….kol sampai bengkak jari pon xangkt….esok tepaksa pg jugak Terus Tanya pasal visa kat putrajaya….nak tunggu bln 6 br Ada kosong…visa pon mati😅

    36. SEA AH KAU @ SEE CHEN CHEE on

      saya hendak lanjutan pas social jangka panjang isteri saya tapi ta-boleh login.pas social jangka panjang expire 31/05/2022

    37. RAMLEE BIN RAHIM on

      Salam sejahtera saya nak lanjut kan visa isteri saya perlu temujanji atau tidak ye tarikh visa tamat 25/10/2022 mohon bantuan ye

      Sekian terima kasih

    38. saya ada temu janji sto ..boleh ka saya pigi sebelum tarikh temu jnji tu? atau kena ikut jga tarikh temu janji?

    39. LOW ENG KIAT on

      24/06/2022

      TUAN/PUAN dihormati,
      Saya hendak buat temujanji dlm STO utk penyambungan long term sosial visit pass bagi isteri saya.

      Tetapi masalahnya slot yang diberikan adalah terhad dan melewati tarikh luput passport.

      Tarikh luput: 29/07/2022
      Tarikh dalam slot: 30/08/2022 ( tarikh terdekat dlm STO )

      Minta nasihat Tuan/ Puan.

    40. Pasport lanjutan pengikut suami akan tamat pada 7/10/2022…
      Bila buat temujanji tak boleh
      Nama homsyak
      Pasport no C8713825

    41. Ridgka Dulahid OTTOK on

      Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, tuan puan ,aku cek kat temujanji , belum buka lagi ke?
      Visa ikut suami ,tamat bulan December 4/ 2022 mati visa?

    Leave A Reply