Untuk login eGUMIS (portal tuntutan Wang Tak Dituntut di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia), layari laman rasmi di egumis.anm.gov.my, klik menu Log Masuk, masukkan Nama Pengguna, Kata Laluan dan klik butang Log Masuk. Jika terlupa kata laluan, klik pautan ‘Lupa kata laluan?’ untuk tetapan semula melalui e‑mel. Akaun yang tidak aktif akan dinyahaktif selepas 6 bulan tidak digunakan. Anda juga boleh menggunakan aplikasi mudah alih eGUMIS JANM (Android/iOS), sama ada log masuk menggunakan ID sedia ada atau mendaftar akaun baru melalui aplikasi.
Log Masuk eGUMIS
Apa Itu eGUMIS?
eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Money Information System) ialah portal rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk memudahkan orang ramai menyemak dan menuntut Wang Tak Dituntut (WTD) secara dalam talian.
WTD merangkumi wang milik individu atau syarikat yang tidak dituntut dalam tempoh tertentu, seperti baki akaun bank tidak aktif, dividen, gaji, insurans, dan deposit utiliti. Sistem eGUMIS membolehkan orang awam dan entiti korporat membuat semakan, tuntutan, dan serahan Wang Tak Dituntut (WTD) mengikut Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Bagaimana Cara Log Masuk eGUMIS?
Untuk log masuk ke eGUMIS, layari laman rasmi di https://egumis.anm.gov.my, pilih English, klik pada menu Login di halaman utama, masukkan Username, Password dan klik butang Login. Sekiranya terlupa kata laluan, klik pautan “Forgot your password?” untuk menetapkan semula. Setelah berjaya log masuk, anda boleh mengakses maklumat Wang Tak Dituntut yang berkaitan dan memulakan proses tuntutan jika diperlukan. Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk login eGUMIS:
- Layari laman web rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my
- Klik Log Masuk di bahagian menu atas sebelah kanan
- Untuk direct link, boleh klik https://egumis.anm.gov.my/login
- Di bahagian Daftar Masuk
- Masukkan Nama Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Sekiranya tiada apa-apa masalah, anda akan berjaya login eGUMIS
- Selesai
Bagaimana Cara Daftar eGUMIS?
Untuk mendaftar sebagai pengguna baharu eGUMIS, isi borang pendaftaran dalam talian dengan memberikan nama penuh seperti pada kad pengenalan, jenis dan nombor pengenalan (Kad Pengenalan/Pasport/Pendaftaran Perniagaan), alamat emel yang aktif, dan nama pengguna. Pengguna juga perlu bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan sebelum menghantar permohonan.
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar eGUMIS:
- Layari portal rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my/
- Pengguna perlu membuat pendaftaran secara online.
- Klik pada butang Pendaftaran.
- Di bahagian Pendaftaran Pengguna, masukkan maklumat berikut:
- Nama Penuh
- Jenis Pengenalan
- No Pengenalan
- E-mel
- Nama Pengguna
- Kata Laluan
- Ulang Kata Laluan
- Klik pada kotak SAYA MENGAKUI TELAH MEMBACA,MEMAHAMI DAN BERSETUJU DENGAN SYARAT DAN TERMA YANG DITETAPKAN
- Klik pada kotak Saya Bukan Robot.
- Akan terpapar Captcha yang meminta anda memilih kotak-kotak seperti dipinta
- Klik butang Daftar.
- Klik Ya pada Adakah Anda Pasti Untuk Meneruskan Pendaftaran?.
- Tanda pendaftaran anda berjaya apabila Rekod Berjaya Disimpan! dipaparkan.
- Seterusnya, e-mel akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan tadi untuk tujuan verifikasi akaun
- Selesai
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kata Laluan eGUMIS Tidak Berfungsi?
Jika kata laluan eGUMIS tidak berfungsi, pengguna boleh menggunakan ciri “Forgot your password?” di halaman log masuk. Sistem akan meminta nama pengguna atau emel yang didaftarkan untuk menghantar pautan reset kata laluan. Pengguna perlu mengikuti arahan dalam emel tersebut untuk menetapkan semula kata laluan.
Sekiranya emel pemulihan tidak diterima, pengguna perlu memeriksa folder spam atau menghubungi pihak sokongan di [email protected]. Pengguna juga boleh merujuk kepada Manual Pengguna yang disediakan di portal untuk panduan terperinci.
Apakah Fungsi Utama eGUMIS Selepas Log Masuk?
Fungsi utama eGUMIS selepas log masuk termasuk membuat semakan WTD, memfailkan tuntutan, dan mengemukakan dokumen serahan bagi syarikat. Pengguna individu boleh menyemak sama ada mereka mempunyai wang tak dituntut dengan memasukkan nombor pengenalan. Entiti korporat pula boleh memuat naik fail .GPG untuk serahan WTD mengikut keperluan Akta 1965.
Sebagai contoh, pengguna yang menemui rekod WTD boleh memuat turun Borang UMA-7 untuk permohonan tuntutan. Manakala syarikat perlu memastikan serahan mereka mengikut format yang ditetapkan sebelum 31 Mac setiap tahun.
Bagaimana Cara Nak Tuntut Wang Tidak Dituntut?
Untuk menuntut Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui portal eGUMIS, log masuk https://egumis.anm.gov.my dan pilih menu “Carian Wang Tak Dituntut” untuk menyemak sama ada terdapat wang milik anda yang belum dituntut. Jika ada rekod, klik “Teruskan Dengan Permohonan” dan isikan borang yang disediakan. Anda perlu memuat naik dokumen sokongan seperti salinan MyKad, penyata akaun bank (untuk tujuan bayaran), dan surat kuasa jika anda menuntut bagi pihak waris.
Setelah dihantar, permohonan anda akan diproses dalam tempoh 30 hingga 90 hari bekerja, dan wang tersebut akan dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan. Proses ini adalah percuma dan tiada had masa untuk menuntut wang tersebut. Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk menuntut wang tidak dituntut melalui eGUMIS:
- Layari portal rasmi eGUMIS di sini: https://egumis.anm.gov.my/
- Klik Log Masuk sebelah butang Pendaftaran atau pada butang Semakan.
- Masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
- Klik Log Masuk.
- Pengguna perlu mengemaskini maklumat yang diminta.
- Klik Simpan selepas mengemaskini maklumat-maklumat tersebut.
- Selepas itu, klik Carian Wang Tak Dituntut.
- Masukkan MyKad pada ruangan yang diminta.
- Klik Cari.
- Klik pada kotak hasil carian tersebut.
- Klik Teruskan Dengan Permohonan.
- Klik Tambah Penerima pada bawah skrin di sebelah kanan.
- Klik pada kotak sekiranya maklumat diri sama dengan maklumat pemohon.
- Tapi, pengguna perlu mengisi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat diri tidak sama dengan maklumat penerima.
- Klik Simpan.
- Klik pada Amaun Tuntutan.
- Jumlah amaun tuntutan perlu dimasukkan bagi memudahkan cara tuntut wang tidak dituntut.
- Klik pada kotak sebelah jumlah amaun tuntutan tersebut.
- Klik pada kotak Pengakuan Bersetuju dan Pengakuan Bersetuju dengan Syarat Dan Terma.
- Klik Hantar.
- Klik Ya pada Pengesahan Pendaftaran Pengguna.
- Klik Cetak.
- Selepas itu, skrin borang maklumbalas dipaparkan.
- Sekiranya ada pertanyaan, anda bolehlah mengisi Nama, Subjek, E-mel dan Mesej pada ruangan yang disediakan.
- Kemudian , klik pada kotak Saya Bukan Robot.
- Kilk Hantar.
- Anda boleh klik Batal sekiranya tiada sebarang pertanyaan
Apa Dokumen Sokongan eGUMIS Yang Diperlukan?
Dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui eGUMIS ialah borang permohonan rasmi UMA-7 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon. Sediakan salinan kad pengenalan (MyKad) bagi warganegara atau salinan pasport bagi bukan warganegara. Untuk tujuan bayaran, sertakan salinan muka depan buku akaun atau penyata akaun bank yang aktif dan disahkan oleh pihak bank. Berikut ialah dokumen yang perlu dikemukakan bagi individu untuk claim eGUMIS:
- Borang UMA-7 yang lengkap.(siap diisi dan ditandatangani).
- Salinan MyKad (hadapan dan belakang) atau pasport bagi bukan warganegara.
- Dokumen asal dibawa seperti buku bank, sijil simpanan tetap dan lain-lain.
- Salinan muka hadapan buku akaun atau penyata bank kerana bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun (perlu mempunyai pengesahan dari pihak bank).
- Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD di link berikut: https://ewtd.anm.gov.my/maklumattuntutan.php.(bagi pihak selain individu untuk maklumat lanjut.
Jika anda menuntut sebagai waris, dokumen tambahan seperti sijil kematian, sijil kelahiran, sijil nikah, surat kuasa atau dokumen pentadbiran harta pusaka, serta borang UMA-8 yang telah distamp akan diperlukan. Sekiranya anda bertindak sebagai wakil kepada pihak lain, surat kuasa wakil dan salinan pengenalan diri kedua-dua pihak juga mesti disediakan. Cetak maklumat carian WTD daripada portal eGUMIS untuk disertakan bersama permohonan. Semua dokumen ini mesti dalam keadaan jelas dan format yang betul (PDF atau JPG) bagi memastikan proses tuntutan berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan.
Kepada Ryan,puan ,Nama saya PALANi a/l Govindasamy ,saya Cuba untuk daftar dalam egumis,tetapi saya tidak dapat daftarkan nama saya.tolong daftarkan account saya..terima khasih…
Saya sudah mencuba mendaftar Egumis, gagal untuk mendaftar sistem E gumis ( akses ) berkali – kali tetap gagal. Diharap dapat membantu pada kadar segera.
SALAM SEJAHTERA TUAN/PUAN MOHON AJAR ISI DAN DAFTR Egumis.
Sy ada daftar onelian
sudah semakan semua. sy daftar bank account number
ini sy macam mana tau
Saya dah cuba berkali-kali daftar tapi tak boleh pun…macam tipu saja egumis ni.
ya betul memang sy pun berkali2 cuba tetap takdpt.mcm taknak bg je duit org kn
VijayToroniseno saya tunggu sekarang dah 3kali reboot tiada sebarang jawapan pun?
saya Mahadi Maarof sudah mencuba mendaftar Egumis, gagal untuk mendaftar sistem E gumis ( akses ) berkali – kali tetap gagal. Diharap dapat membantu pada kadar segera
Salam,
Seperti rakan rakan sudah banya kali cuba daftar tapi GAGAL.
dah cuba daftar berkali2,tapi tetap gagal.
Saya dah cuba daftar tapi tanye alamat gmail tapi saya pun masukan gmail saya yang betul masih gagal satu lagi tanye nama penguna saya saya pun dah masuk masih tak lengkap lagipun saya dah cuba banyak kali tak respon
unable to register after many time.
can i use my husband email to register as i do not have an email .