What's Hot

    ePerolehan di eperolehan.gov.my adalah sebuah sistem pengadaan kerajaan elektronik yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan, mempercepatkan, dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengadaan perkhidmatan dan barangan oleh agensi kerajaan. Sistem ini diwujudkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan dikelola oleh Unit Pusat ePerolehan, Jabatan Perdana Menteri.

    Bagi yang tidak tahu, ePerolehan adalah satu sistem perolehan atas talian yang boleh diakses melalui eperolehan.gov.my. Fungsi utama portal ini adalah membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara online.

    Selain itu, ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). Berbanding beruusan secara manual, sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.

    Apa tujuan ePerolehan diwujudkan?

    ePerolehan diwujudkan dengan beberapa tujuan utama, antara lain:

    1. Memperkenalkan sistem pengadaan yang lebih telus dan berintegriti: ePerolehan memastikan proses pengadaan kerajaan berjalan dengan lancar, bebas daripada sebarang risiko penyelewengan dan ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berlaku.
    2. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti: Sistem ePerolehan memudahkan pengurusan proses pengadaan, mengurangkan masa dan kos yang terlibat, serta memberi agensi kerajaan akses kepada maklumat yang tepat pada waktu yang tepat untuk membuat keputusan yang lebih baik dan lebih pantas.
    3. Menggalakkan persaingan yang sihat dan adil: Melalui sistem ePerolehan, penyedia perkhidmatan dan pembekal barangan dapat bersaing secara adil dan terbuka untuk memenangi kontrak dengan agensi kerajaan, yang pada gilirannya akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan barangan yang diperoleh.
    4. Memudahkan pemantauan dan pelaporan: ePerolehan membolehkan agensi kerajaan dan pihak pengawal selia mengesan dan memantau transaksi pengadaan secara real-time, serta menghasilkan laporan yang akurat dan bermakna untuk tujuan pengauditan dan tindakan susulan.
    5. Pembangunan ekonomi yang mampan: Dengan mengoptimumkan penggunaan sumber dan mengurangkan pembaziran, ePerolehan membantu Kerajaan Malaysia mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

    Secara ringkasnya, ePerolehan di eperolehan.gov.my diwujudkan untuk meningkatkan tatakelola, kecekapan, dan keberkesanan dalam pengadaan kerajaan, serta memastikan penggunaan sumber yang optimum dan pembangunan ekonomi yang mampan untuk Malaysia.

    Cara login ePerolehan melalui mobile

    Bagi pembekal dan kontraktor yang selalu berada di luar, jika anda mencari-cari pautan yang betul, berikut ialah cara login ePerolehan mobile yang boleh diakses secara online menggunakan telefon bimbit biasa

    1. Download dan install browser Google Chrome
    2. Selepas siap semuanya, layari laman web rasmi ini: https://eperolehan.gov.my
    3. Jika anda pengguna Android:
      • Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
      • Klik Desktop site
    4. Jika anda pengguna iPhone:
      • Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
      • Klik Request Desktop site
    5. Sekarang, anda akan dapat lihat seperti login melalui desktop
    6. Lihat senarai di Pautan Segera
    7. Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
    8. Klik Log Masuk Ke ePerolehan
    9. Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://eperolehan.gov.my/ssologin
    10. Masukkan ID Log Masuk
    11. Masukkan Kata Laluan
    12. Klik Log Masuk
    13. Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online

    Cara login ePerolehan melalui web

    Bagi pembekal dan kontraktor yang berada di pejabat, lebih sesuai menggunakan PC, komputer atau laptop. Berikut ialah cara untuk log masuk ePerolehan:

    1. Layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
    2. Lihat senarai di Pautan Segera
    3. Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau
    4. Klik Log Masuk Ke ePerolehan
    5. Sebagai alternatif, boleh terus simpan pautan ini: https://www.eperolehan.gov.my/ssologin
    6. Masukkan ID Log Masuk
    7. Masukkan Kata Laluan
    8. Klik Log Masuk
    9. Kini, anda sudah login ke dalam sistem ePerolehan online

    Cuma ingin maklumkan di sini, ePerolehan login ini hanya sesuai digunakan untuk orang yang menggunakan PC ataupun komputer dan laptop.

    Kurang sesuai jika masuk secara mobile menggunakan telefon bimbit kerana paparan sangat kecil. Apa-apa pun, terpulang kepada anda.

    Senarai perkhidmatan dalam ePerolehan

    Selepas selesai login, anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di dalam sistem ePerolehan ini.

    Antaranya ialah:

    • Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
    • Menghantar permohonan
    • Menerima permohonan
    • Menyemak status permohonan
    • Menyerahkan tawaran tender
    • Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
    • Katalog Elektronik (eCat)

     

    Macam mana nak daftar ePerolehan?

    Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender, anda perlu mendaftar terlebih daulu. Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.

    Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran untuk ID Log Masuk terlebih dahulu:

    1. Layari laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my
    2. Lihat senarai di Pautan Segera
    3. Di baris kedua, sebelah kiri, ada ikon yang berwarna biru tua
    4. Klik Permohonan ID Log Masuk Dan Kata Laluan Baharu (Pembekal)
    5. Baca terma dan syarat
    6. Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
    7. Klik Seterusnya
    8. Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
    9. Untuk Pengesahan Syarikat, sila masukkan:
      • No. Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF)
      • Nama Syarikat
      • Nombor Pendaftaran Perniagaan
    10. Pastikan status pendaftaran dengan MOF masih lagi sah dan belum tamat tempoh
    11. Selesaikan hingga selesai
    12. Pada kebanyakan masa, pembekal mengalami masalah untuk dengan nombor pendaftaran MOF
    13. Selesaikan nombor pendaftaran MOF dengan menjadi Pembekal Baharu, dan segala-galanya akan jadi lebih mudah

     

    Akhir kata

    Diharapkan agar perkongsian link untuk login ePerolehan melalui eperolehan.gov.my ini akan memudahkan lagi urusan anda sebagai seorang supplier.

    Untuk portal kerajaan yang lain, boleh layari epenyatagaji-laporan.anm.gov.my untuk mendapatkan penyata gaji bagi kakitangan kerajaan.

    Seperkara lagi, sebagai peniaga dan pembekal, jangan lupa dapatkan bantuan kerajaan melalui myassist-msme.gov.my untuk mendapatkan maklumat perniagaan, khidmat nasihat dan peluang pemasaran secara online.

    Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

    2 Comments

    Leave A Reply