Untuk login ePrestasi, layari laman rasmi https://eprestasi.moe.gov.my. Klik butang Log Masuk di bahagian atas kanan skrin. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan oleh pihak pentadbir. Tekan butang Submit untuk mengakses sistem. Jika anda terlupa kata laluan, klik pautan Lupa Kata Laluan dan ikuti arahan untuk menetapkan semula kata laluan menggunakan alamat e-mel atau tarikh lantikan pertama yang didaftarkan dalam sistem.
Log Masuk e Prestasi KPM
Apa Itu e-Prestasi KPM?
ePrestasi adalah sistem penilaian prestasi dalam talian yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Sistem ini menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sejak 2016 dan digunakan untuk menilai kompetensi, potensi, dan keberhasilan guru serta kakitangan pendidikan berdasarkan bidang tugas dan gred jawatan. ePrestasi bertujuan untuk menjalankan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) secara online.
Bagaimana Cara Login ePrestasi melalui eprestasi.moe.gov.my?
Untuk login ePrestasi, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik di sini: https://eprestasi.moe.gov.my
- Klik pada bahagian LOG MASUK di bahagian atas sebelah kanan skrin
- Seterusnya, masukkan ID Pengguna
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang LOG MASUK sekali lagi
- Selesai
Macam Mana Cara Daftar ePrestasi?
Untuk makluman anda, laman web dan sistem ePrestasi ini hanya boleh diakses oleh Jawatan Kuasa PBPP dan Pegawai Perkhidmatan yang dilantik sahaja Sebarang log masuk atau pendaftaran oleh orang awam adalah tidak dibenarkan. Sila hubungi dengan pihak yang terbabit untuk mendaftar ePrestasi.
Bagaimana Jika Terlupa Kata Laluan ePrestasi?
Jika terlupa kata laluan, layari pautan https://eprestasi.moe.gov.my/resetPassWD.cfm. Masukkan nombor kad pengenalan dan tarikh lantikan pertama yang didaftarkan dalam sistem. Pilih hari, bulan, dan tahun lantikan dari menu tarikh yang disediakan. Sistem akan menghantar arahan set semula kata laluan ke alamat e-mel yang didaftarkan. Pastikan e-mel aktif dan boleh diakses.
Kenapa ePrestasi dan eprestasi.moe.gov.my diwujudkan?
ePrestasi diwujudkan atas beberapa 4 sebab utama:
- Memastikan prestasi para guru, pentadbir, dan kakitangan sokongan sekolah dinilai secara adil, sistematik, dan telus. Sistem ePrestasi membolehkan penilaian prestasi berdasarkan kriteria yang jelas dan objektif, menggantikan kaedah penilaian yang lebih subjektif.
- Mengukuhkan sistem insentif dan motivasi untuk meningkatkan prestasi. ePrestasi dirancang untuk mengenal pasti dan memberi ganjaran kepada individu yang menunjukkan prestasi tinggi, serta menyediakan bantuan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan peningkatan.
- Mewujudkan data yang boleh diukur dan dipantau untuk memastikan perancangan dan pengurusan sumber lebih efektif. Sistem ePrestasi mengumpul data mengenai prestasi individu dan institusi pendidikan, membolehkan KPM membuat keputusan berasaskan data yang lebih tepat dan terkini.
- Meningkatkan profesionalisme dan kecekapan perkhidmatan pendidikan. Dengan sistem penilaian yang jelas dan sistematik, ePrestasi membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para guru dan pentadbir, serta memastikan mereka berada pada tahap yang setaraf dengan keperluan dan cabaran masa kini.
Apakah Syarat untuk Mengakses Sistem ePrestasi?
Hanya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang dilantik sebagai Pegawai Penilai (PP) atau ahli Jawatankuasa PBPPP boleh mengakses sistem ePrestasi. Pengguna perlu memastikan maklumat peribadi seperti agensi melantik, jawatan, gred, dan tarikh lantikan pertama dikemas kini dalam Sistem e-Operasi sebelum login. Jika maklumat tidak tepat, hubungi pentadbir sistem di agensi masing-masing untuk pembetulan.
Bila Masa Operasi Login ePrestasi?
Tempoh login ePrestasi bergantung pada takwim PBPPP yang dikeluarkan oleh KPM. Untuk tahun 2025, penilaian pertama dibuka dari 7 April hingga 26 Jun, manakala penilaian akhir bermula dari 1 September hingga 12 Disember. Sistem mungkin ditutup sementara untuk penyelenggaraan antara 27 Jun hingga 13 Julai dan 13 Disember hingga 21 Disember. Rujuk takwim rasmi di laman ePrestasi untuk maklumat terkini.
Bagaimana Menyelesaikan Masalah Teknikal Semasa Login?
Hubungi Unit Penilaian Kompetensi KPM di talian 03-8884 7294, 7287, atau 72884 jika menghadapi masalah teknikal. Masalah biasa termasuk sesi tamat sebelum login berjaya, paparan ralat “ID Pengguna atau Kata Laluan Tidak Sah”, atau gagal memuatkan borang penilaian. Pastikan pelayar web (seperti Chrome atau Edge) dikemas kini dan sambungan internet stabil sebelum cuba lagi.
Di Mana Boleh Melihat Markah Penilaian ePrestasi?
Slip keputusan PBPPP boleh diakses melalui Sistem HRMIS di https://hrmis2.eghrmis.gov.my setelah penilaian dimuktamadkan. Markah penilaian 2025 dijangka tersedia mulai 14 April 2025. Jika tidak dapat akses, rujuk Jawatankuasa Prestasi di peringkat negeri atau sekolah untuk bantuan.
Adakah ePrestasi Boleh Diakses Melalui Aplikasi Mudah Alih?
Aplikasi MyPBPPP menyediakan capaian mudah alih untuk Pegawai Penilai (PP) memantau status penilaian. Walau bagaimanapun, proses login dan pengisian borang penilaian penuh perlu dilakukan melalui versi desktop di laman web rasmi. Muat turun aplikasi MyPBPPP dari stor aplikasi rasmi peranti anda.
Bagaimana Memastikan Data ePrestasi Selamat?
Jangan kongsi ID Pengguna dan Kata Laluan dengan pihak lain untuk mengelakkan penyalahgunaan. Log keluar dari sistem setelah selesai menggunakannya, terutamanya jika mengakses dari komputer awam. Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan atau percubaan log masuk tidak dibenarkan kepada pentadbir sistem dengan segera.