EPSA, atau E-Pembelajaran Sektor Awam, ialah platform pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) untuk kakitangan kerajaan di Malaysia.

EPSA bertujuan menggalakkan pembelajaran berterusan dan sepanjang hayat dalam kalangan penjawat awam seperti guru KPM melalui sistem SPLKPM dan anggota PDRM, menyediakan pelbagai kursus dan modul untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Bagaimana Cara Login EPSA?

Untuk log masuk EPSA, layari https://www.epsa.gov.my, pilih bahasa, klik ‘Log Masuk’, masukkan Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis dan kata laluan, kemudian tekan butang ‘Log Masuk’. Jika terlupa kata laluan, klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ dan ikuti arahan yang diberikan.

Berikut ialah langkah-langkah untuk login EPSA:

  1. Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
  2. Lihat di bahagian atas kanan
  3. Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
  4. Pilih Bahasa Melayu
  5. Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
  6. Klik Log Masuk
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
  8. Masukkan Kata Laluan
  9. Tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
  10. Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
  11. Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
  12. Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanya tiga (3) kali berturut-turut

Bagaimana Cara Daftar EPSA?

Bagi pendaftaran EPSA untuk pengguna baharu, klik ‘Daftar’ di laman yang sama, gunakan e-mel rasmi jabatan, dan ikuti arahan pendaftaran. Apabila log masuk kali pertama, lengkapkan borang soal selidik yang dipaparkan atau tekan butang ‘Langkau’.

Berikut ialah langkah-langkah untuk mendaftar EPSA:

  1. Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
  2. Lihat di bahagian atas kanan
  3. Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
  4. Pilih Bahasa Melayu
  5. Anda akan dibawa ke sini: https://www.epsa.gov.my/?language=ms
  6. Tekan butang Daftar di bahagian atas kanan
  7. Sila ambil perhatian bahawa mana-mana pengguna yang ingin mendaftar dalam sistem EPSA dikehendaki menggunakan e-mel rasmi jabatan. Jika pengguna tidak mempunyai e-mel rasmi jabatan, pengguna perlu memuat naik surat pengesahan yang telah disahkan oleh penyelia.
  8. Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar EPSA
  9. Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu
  10. Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
  12. Masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan
  13. Masukk email rasmi
  14. Tekan butang Daftar pada papan kekunci
  15. Anda akan menerima pautan untuk mengaktifkan akaun melalui email yang telah didaftarkan
  16. Link tersebut perlu diaktifkan dalam masa 24 jam sebelum ia luput
  17. Anda dikehendaki untuk mengaktifkan akaun dengan kadar segeran untuk mengelakkan sebaran kesulitan

Lupa kata laluan EPSA

Jika terlupa kata laluan EPSA, klik pautan ‘Forgot Password’ di https://www.epsa.gov.my/login/forgot_password.php dan ikuti arahan yang diberikan untuk menetapkan semula kata laluan anda.

Pertama kali log masuk EPSA

Apabila anda log masuk EPSA buat kali pertama, sistem akan memaparkan borang soal selidik yang mengandungi tiga skrin. Anda boleh memilih untuk melengkapkan borang ini atau menekan “Langkau.” Namun, borang ini akan terus dipaparkan sehingga anda selesai menjawab semua soalan.

Apa Itu EPSA SPLKPM?

EPSA (E-Pembelajaran Sektor Awam) ialah platform pembelajaran dalam talian yang disediakan oleh INTAN untuk kakitangan awam di Malaysia, termasuk guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SPLKPM (Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia) pula ialah sistem yang digunakan untuk merekod dan mengurus latihan serta kursus yang diikuti oleh guru-guru. Melalui EPSA, guru-guru boleh mengikuti pelbagai kursus dalam talian dan seterusnya merekod penyertaan mereka dalam SPLKPM untuk tujuan penilaian dan pembangunan profesional yang berterusan.

Apa Itu EPSA PDRM?

EPSA PDRM ialah platform E-Pembelajaran Sektor Awam yang disediakan oleh INTAN khusus untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran dalam talian. Untuk log masuk, layari https://www.epsa.gov.my, pilih bahasa pilihan, dan klik ‘Log Masuk’. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/Tentera/Polis dan kata laluan anda, kemudian tekan butang ‘Log Masuk’.

Jika terlupa kata laluan, klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’ dan ikuti arahan yang diberikan. Segala urusan berkaitan EPSA seperti menetapkan semula kata laluan, kelulusan modul, dan pendaftaran kursus untuk PDRM perlu dihantar kepada pegawai latihan di Jabatan/Kontinjen/Formasi masing-masing.

Apa Itu EPSA Malaysia Madani?

EPSA telah membangunkan Modul Latihan Malaysia Madani Perkhidmatan Awam (MMPA) untuk menyebarluaskan kefahaman mengenai konsep Malaysia Madani dalam kalangan penjawat awam. Melalui modul EPSA Malaysia Madani, peserta dapat memahami dan menerapkan prinsip-prinsip Malaysia Madani dalam tugas harian mereka, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk membangunkan negara yang lebih inklusif dan progresif.

“Malaysia Madani” merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2023, bertujuan memupuk nilai kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan dalam pentadbiran negara.

Apa Itu EPSA Celik Digital?

EPSA Celik Digital ialah kursus dalam talian yang ditawarkan melalui platform E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan penjawat awam.

Ini selaras dengan sasaran Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) untuk mencapai 100% celik digital dalam perkhidmatan awam menjelang 2025. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari kemahiran asas seperti penggunaan komputer, internet, dan teknologi digital lain yang relevan dengan tugas harian mereka.

Adam Haris merupakan individu yang minat bidang computer security, cybersecurity, digital security dan information technology security (IT security). Adam juga berkongsi pengetahuan dan pandangan tentang topik berkaitan scam dan penipuan.

25 Comments

  1. THILAGAWATIY A/P MARIMUTHU on

    saya sudah complete course creative thinking. masih menunjukkan incomplete bahagian problem solving tools. saya sudah cuba banyak lagi.masih tak selesai kursus. markah 96.55 %. harap puan bantu saya. ini menyebabkan saya sudah boring buat kursus ini. saya cuba langkah satu demi satu.

  2. MOHAMAD FAIRUS BIN ABD WAHAB on

    Bagaimana nak guna EPSA guna telefon bimbit? banyak kali nak masuk laman web ni guna telefon bimbit tapi masuk web lain pastu cari atas kanan untuk bahasa pun takde.

  3. ROSYIDA BINTI AWANG on

    saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.

  4. CHE NORLIA BT HASHIM on

    saya telah mengikuti 2 kursus Epsa.Namun kedua2nya masih tidak selesai walaupun saya cuba berkali2.Mohon penerangan…

  5. Saya selesai buat 2 kursus tetapi tetap x completed. Kenapa ya? Banyak Kali dah Cuba. Mohon bantu dalam masalah ini. Terima kasih.

  6. Saya telah menghabiskan kursus Integriti Penjawat Awam.Completed.Tetapi ianya mengatakan saya baru habis 2 daripada 3 bahagian yang perlu dihabiskan.

  7. MARIAM BINTI MAIDIN on

    saya dah mati akal. dah 2 kursus dibuat benda yg sama.. 2 daripada 3 selesai. walhal dah completed. bantu saya. tq😍

  8. P.RUDHRAMA DEVI on

    Saya dah selesai buat kursus Amalan Tidur Sihat tetapi masih menunjukkan not completed. Kenapa ye ?

  9. R.SELVI A/P RAJAPPA on

    Saya sudah buat beberapa kali pada minggu ini tahun 2021 tetapi masih menunjukkan incomplete.saya cuba juga tajuk yang lain tetap incomplete.mohon bantu saya selesaikan masalah ini . terima kasih.

  10. CHEN SUK CHING on

    Saya selesai buat 2 kursus tetapi tetap x completed. Kenapa ya? Banyak Kali dah Cuba. Mohon bantu dalam masalah ini. Terima kasih.

    Reply

  11. HAPIPAH BINTI OTHMAN on

    Assalamualaikum, tuan.
    Saya gagal mendaftar masuk EPSA. Selepas saya isi nombor kad pengenalan dan email rasmi kpm sy akan keluar makluman nombor my kad saya telah digunakan.
    Bagi makluman tuan, saya sebelum ni pernah buka EPSA menggunakan email lain, namun email rasmi saya bertukar setelah berpindah ke bahagian sekolah. Apabila saya menggunakan email kpm saya yang terkini [email protected] ini saya tidak dapat mendaftar masuk dalam EPSA.

  12. CHONG CHOY LIN on

    Saya dah complete epsa yang bertajuk pengenalan kepada dasar-dasar kerajaan tetapi masih menunjukkan imcomplete.
    Harap boleh selesaikan masalah tersebut.
    TQ

  13. Saya dah berapa Kali daftar tapi tetap tak dapat login. Stress pula jadinya… dah tekan lupa kata laluan pun tetap sama. Kenapa tak dapat daftar?

  14. sistem apekah ini..lag kaw2..slow satu hal..dh register tak boleh nk login pulak..dok ulang-ulang la buat..hari ni dh masuk seminggu login xbole msuk jugak..pihak atasan dok paksa2 buat jugak..siap bg due date lagi..kita macam orang giler ngadap xbole2..bukan nk tolong cari solution malah dipaksa2 pulak..

Leave A Reply