Untuk login ePengambilan PDRM, layari laman rasmi https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my, masukkan ID Pengguna, Kata Laluan yang telah didaftarkan dan tekan “Log Masuk”. Jika berjaya, anda akan dibawa ke dashboard aplikasi untuk membuat permohonan jawatan atau menyemak status permohonan.
Untuk pengguna ePengambilan PDRM baru, klik pada “Pendaftaran Baru”, isi maklumat seperti ID Pengguna, kata laluan, emel, soalan keselamatan, nama penuh, nombor MyKad, tarikh lahir, alamat dan nombor telefon. Tekan “Serah” dan semak emel anda untuk pautan pengaktifan akaun. Jika lupa kata laluan, klik pada pautan “Lupa Kata Laluan”, isikan ID Pengguna dan ikut arahan untuk mendapatkan pautan tetapan semula melalui emel
Log Masuk ePengambilan PDRM
Apa Itu Portal e-Pengambilan PDRM?
Portal e-Pengambilan PDRM adalah sistem rasmi dalam talian Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk urusan pengambilan anggota polis. Portal ini memudahkan warganegara Malaysia memohon jawatan kosong seperti Inspektor Polis Gred Y7, Sarjan Polis Gred Y4, dan Konstabel Polis Gred Y1. Sistem ini berfungsi sebagai platform tunggal untuk pendaftaran, permohonan jawatan, semakan status, dan muat turun dokumen berkaitan. Calon mengakses portal melalui pautan rasmi https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my
Calon boleh boleh mengakses modul seperti Permohonan Baru, Semak Status Permohonan, dan Muat Turun Borang Tapisan. Modul ini membolehkan calon memantau status permohonan, mencetak surat panggilan untuk ujian fizikal atau tapisan keselamatan, serta mendapatkan nombor rujukan fail bagi urusan lanjut. Bantuan teknikal sediakan melalui nombor 03‑2266 8347/48/50/51 dan saluran media sosial rasminya, membantu calon yang memerlukan panduan lanjut.
Bagaimana Cara Login e-Pengambilan PDRM?
Untuk login ePengambilan PDRM setelah pendaftaran berjaya, ikuti langkah-langkah berikut untuk mula memohon:
- Layari laman web rasmi e-Pengambilan PDRM di sini: https://epengambilan.rmp.gov.my
- Anda kini berada di laman utama e-Pengambilan PDRM
- Masukkan ID Pengguna seperti yang didaftarkan tadi
- Masukkan Kata Laluan
- Tekan butang Log Masuk
- Anda kini sudah berada di dalam sistem ePengambilan PDRM
Bagaimana Cara Buat Permohonan ePengambilan PDRM?
Untuk buat permohonan kerja kosong melalui ePengambilan PDRM, klik Permohonan Polis → Permohonan Baru. Lengkapkan maklumat peribadi, akademik, keluarga serta ko-kurikulum, kemudian klik “Simpan”, baca dan sahkan pengakuan, dan tekan “Hantar Borang” untuk kemukakan permohonan. Untuk semakan status, pilih menu “Semak Status Permohonan”, masukkan nombor MyKad dan tekan “Semak”. Anda boleh memuat turun surat panggilan jika tersenarai.
Bagaimana Cara Buat Pendaftaran Online di epengambilanpdrm.rmp.gov.my?
Berikut ialah cara untuk mendaftar bagi membolehkan anda mohon kerja kosong yang ada di PDRM. Terpakai untuk kedua-dua bumiputera dan bukan bumiputera.
- Layari laman web rasmi e-Pengambilan PDRM di sini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my
- Jangan tersilap masukkan epengambilan.rmp.gov.my ataupun epengambilanpdrm.rmp.com.my
- Jika anda taip URL yang betul, anda akan berada di laman utama e-Pengambilan PDRM
- Tekan butang Pendaftaran Baru
- Untuk shortcut, anda boleh terus klik pautan ini: https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Registration.aspx
- Lengkapkan Maklumat Akaun
- ID Pengguna
- Kata Laluan
- Pengesahan Kata Laluan
- Pengesahan Email
- Teruskan dengan Soalan Keselamatan Kata Laluan
- Pilih Tempat Lahir
- Masukkan Nama Ibu Anda
- Lengkapkan Maklumat Pengguna
- Nama
- Jantina
- Nombor Kad Pengenalan
- Tarikh Lahir
- Alamat
- Poskod
- Bandar
- Negeri
- Nombor Telefon
- Kod Pengesahan
- Tekan butang Serah untuk menghantar
- Semak email untuk mengaktifkan akaun
Bagaimana Mengisi Borang Permohonan Dalam Portal ePengambilan PDRM?
Untuk memohon jawatan kosong PDRM elepas berjaya login ePengambilan PDRM, ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik Permohonan Polis > Permohonan Baru.
- Lengkapkan bahagian Maklumat Peribadi, Keluarga, Akademik, dan Ko-Kurikulum (wajib isi sekurang-kurangnya satu aktiviti).
- Pilih jawatan dalam tab Permohonan Jawatan dan klik Simpan.
- Sahkan maklumat di tab Pengakuan dan Pengesahan.
- Klik Hantar Borang. Notifikasi kejayaan dihantar ke emel.
Bagaimana Menyemak Status Permohonan Polis Melalui ePengambilan PDRM?
Selepas log masuk ePengambilan PDRM, klik menu Semak Status Permohonan. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik butang Semak. Status permohonan dipaparkan termasuk panggilan pemeriksaan fizikal atau ujian. Contohnya, bagi permohonan Inspektor Polis Gred Y7 tahun 2025, semakan status dibuka dari 26 Jun hingga 6 Julai 2025. Calon yang layak boleh memuat turun Borang Tapisan dan surat panggilan terus dari sistem.
Bagaimana Cara Mengetahui Jawatan Kosong PDRM Terkini?
Klik tab Iklan pada dashboard selepas log masuk. Jawatan dibuka ditandai warna hijau, manakala jawatan belum dibuka dalam warna merah. Contoh jawatan 2025 termasuk Inspektor Polis Gred Y7 (21 Mei–5 Jun 2025) dan Konstabel Orang Asli Gred YP1 (11 November–20 Disember 2024). Maklumat lengkap syarat skim jawatan boleh disemak di tab Skim Jawatan.
Apa Syarat Fizikal dan Akademik Untuk Permohonan?
Syarat fizikal bergantung pada jawatan dan jantina. Untuk Inspektor Polis Gred Y7, calon lelaki perlu tinggi minima 1.63 meter dan wanita 1.57 meter, dengan indeks jisim badan (BMI) 19–26. Syarat akademik termasuk ijazah sarjana muda diiktiraf kerajaan dengan PNGK minimum 3.00. Calon mesti lulus ujian larian 2.4 km dalam masa ditetapkan contohnya 14 minit untuk lelaki bawah 30 tahun.
Apa Perbezaan Surat Tamat Belajar dan Surat Senat?
Dalam pengisian maklumat akademik, Surat Tamat Belajar dikeluarkan fakulti sebagai pengesahan selesai pengajian. Surat Senat dikeluarkan selepas kelulusan Senat Universiti dan diperlukan untuk urusan rasmi seperti permohonan kerja kerajaan. Bagi calon belum menerima skrol ijazah, muat naik Surat Senat semasa pengisian borang. Dokumen fizikal hanya disemak semasa sesi dokumentasi pemeriksaan fizikal.
Apa Panduan Ujian Larian 2.4 km?
Bermula 2023, semua calon wajib lulus ujian larian 2.4 km selepas pemeriksaan fizikal. Masa larian berasaskan umur dan jantina contohnya:
- Lelaki bawah 30 tahun: Masa maksimum 14 minit.
- Wanita bawah 30 tahun: Masa maksimum 16 minit.
Calon gagal mencapai masa ditetapkan tergugur kelayakan. Maklumat penuh disediakan dalam pengumuman rasmi portal.
Apa Etika Berpakaian dan Dokumen Untuk Pemeriksaan Fizikal?
Calon dipanggil ujian fizikal perlu memakai pakaian sukan bersesuaian seperti tertera dalam surat panggilan. Dokumen wajib dibawa termasuk:
- Salinan kad pengenalan.
- Surat panggilan asal.
- Borang Tapisan yang dimuat turun dari portal.
- Sijil akademik dan ko-kurikulum.
Gagal membawa dokumen mengakibatkan penyingkiran daripada proses pengambilan.
Bagaimana Cara Dapatkan Bantuan Berkaitan Pengambilan?
Untuk pertanyaan teknikal seperti pengaktifan akaun atau kata laluan, hubungi Help Desk di talian 03-22668347/8348/8350/8351. Waktu operasi Unit Pengambilan ialah Isnin–Khamis (8.30 pagi–4.30 petang) dan Jumaat (8.30 pagi–4.30 petang) dengan waktu rehat ditetapkan. Sokongan tambahan disediakan melalui media sosial rasmi Unit Pengambilan PDRM di Facebook dan Instagram. Manual pengguna boleh dimuat turun di https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/Help.aspx.
I’m interested this job and I do this job sincerely.
macam mana nk mohon poliss
bagaimana untuk memohon polis bantuan
saya sudah daftar tapi belum dapat email untuk activekan account saya.
Mau penjelasan segera
Nak menjaga negara kita
sudah daftar tapi untuk aktifkan akaun takdapat emel ?
sya pun jadi mcm ni knpa yaa boss
bagaimana ya buat bila jadi macam ni ?
Tempat ini terasa seperti filem alice in wonderland dan hobbits yang digabungkan menjadi satu.
Note
saya sudah daftar tapi belum dapat tahu keputusan lagi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya pun turut berduka-cita. Dah mohon dah. Belum ada maklum balas.
sya dh dpt temuduga tp pangilan tu xmasuk email jd dh trlepas alahaii ruginya xbukaa
Macam mana nak apply sudah memohon tapi tertulis anda tidak tersenarai macam mana tu
Terlupa katalaluan tapi sekarang tidak boleh restore sebab nama ibu tunjuk tidak padan so macam mana nak restore katalaluan saya? nama ibu betul i letak tapi still tunjuk tidak padan
saya dah isi maklumat tapi email x sampai kepada saya utk pengesahan lgi
Saya cita” memang nak jadi polis.sbb nak banggakan keluarga akan dtg nnti.
saya dah daftar tapi tak dapat emel untuk pengesahan,macam mana ya?
saya berharap saya boleh menjadi seorang polis agar kehidupan yang saya jalani lebih berharga
assalammualaikum tuan puan .saya berharap akan menjadi seorang pengawal polis agar saya menjalani kehidupan yang berdisiplin hormat menghormati atas tugas yang ditentukan.
saya sudah daftar tapi belum dapat email untuk mengaktifkan akaun saya
Saya dah daftar dah untuk pengambilan PDRM setaraf SPM la,Tapi saya tak dapat info -info mengenai pdrm..saya dah mohon ..cuma tidak dapat panggilan .
saya dah daftar, tapi tak dapat lagi email untuk aktifkan pengesahan. macam mana ya?
Saya apply semua kerajaan kerja … god pls help me …I’m in future a police man ….cita² saya….
Selamat sejahtera i dah lupa kata laluan saya so Macam mana nak reset balik?
saya sudah tekan lupa katalaluan tapi belum smpai lagi pigi email saya?
sy sudah buat pendaftaran, tp sampai sekarang belum dapat email pengesahan pengaktifan kata laluan. so tak dapat nk log masuk.