MyBayar Saman PDRM Login (mybayar.rmp.gov.my)

Untuk log masuk ke MyBayar Saman, layari laman rasmi https://mybayar.rmp.gov.my, masukkan ID Pengguna, iaitu nombor kad pengenalan (bagi individu) atau nombor pendaftaran syarikat, dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Klik butang โ€œLOG MASUKโ€ untuk akses. Jika belum mempunyai akaun, pengguna boleh klik โ€œDAFTARโ€ dan melengkapkan borang pendaftaran dengan maklumat asas seperti nombor MyKad, alamat emel, nombor telefon dan menetapkan kata laluan.

Sekiranya terlupa kata laluan, klik โ€œLupa Kata Laluan?โ€, masukkan ID Pengguna dan ikuti arahan untuk menerima kata laluan sementara melalui emel. MyBayar Saman juga sering menawarkan diskaun kompaun sehingga 50% semasa tempoh tertentu seperti bulan kemerdekaan atau perayaan utama.

Apa Itu MyBayar Saman PDRM?

MyBayar Saman PDRM ialah platform dalam talian rasmi yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan orang ramai menyemak dan membayar saman trafik secara digital. Portal ini boleh diakses melalui laman web https://mybayar.rmp.gov.my dan juga dalam bentuk aplikasi mudah alih untuk peranti Android dan iOS.

MyBayar Saman membolehkan pengguna individu mahupun syarikat membuat semakan saman aktif, membayar kompaun menggunakan kaedah seperti perbankan dalam talian (FPX) atau kad kredit, serta memuat turun resit rasmi tanpa perlu hadir ke balai polis atau kaunter bayaran. Ia juga menyokong log masuk menggunakan MyDigital ID sebagai satu kaedah keselamatan tambahan.

Bagaimana Cara Login My Bayar Saman PDRM di mybayar.rmp.gov.my?

Untuk log masuk MyBayar Saman, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Jangan tersalah taip URL mybayar.rmp.com.my
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Tekan butang LOG MASUK
  6. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

Bagaimana Cara Register MyBayar Saman PDRM?

Untuk mendaftar MyBayar Saman, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Jika menggunakan Desktop, lihat di bahagian atas sebelah kanan
  3. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  4. Tekan butang DAFTAR
  5. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  6. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  7. Tekan butang SETERUSNYA
  8. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  9. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  10. Sahkan Kata Laluan
  11. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya

Bagaimana Cara Buat Semakanย Saman dan Bayar di My Bayar?

Untuk menyemak dan membayar saman melalui MyBayar Saman, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Log masuk melalui laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  3. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgit Malaysia
  4. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  5. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  6. Akan tertera jumlah saman di bahagian bawah skrin
  7. Teruskan dengan buat pembayaran secara:
    • Perbankan Atas Talian (FPX)
      • Maybank2u
      • CIMB Clicks
      • RHB Bank
      • Public Bank PBe
      • Hong Leong HLB Connect
      • AffinOnlie
      • AGRONet
      • AmOnline
      • i-Muamalat
      • i-Rakyat
      • myBSN
      • HSBC Online Banking
      • KFH Online
      • OCBC Online Banking
      • SC Online Banking
      • UOB Internet Banking
    • Perbankan Atas Talian (FPX – Bisnes)
    • Kad Kredit
  8. Tekan butang Bayar Sekarang
  9. Teruskan sehingga selesai
  10. Selepas siap semuanya, anda boleh download resit
  11. Anda juga akan menerima resit pembayaran melalui email

Adakah MyBayar Saman Menawarkan Diskaun?

Ya, MyBayar sering menawarkan potongan diskaun ke atas kompaun saman. Diskaun ini biasanya diberikan semasa promosi seperti program Madani atau Hari Terbuka PDRM, di mana pengguna boleh mendapat potongan 50โ€“60% jika menyelesaikan bayaran melalui portal atau aplikasi MyBayar. Promosi ini kadang-kadang dikongsi oleh pegawai PDRM melalui acara atau aplikasi secara langsung, dan notifikasi juga dipaparkan dalam portal.

Apa Itu MyBayar Saman Voucher dan Voucher Code?

Semasa promosi diskaun, PDRM akan mengedarkan MyBayar Saman Vouchers, iaitu kod khas dalam bentuk QR atau teks yang diberikan kepada pengguna yang hadir di kaunter atau acara promosi. Pengguna boleh imbas atau masukkan kod ini dalam aplikasi atau portal MyBayar untuk menuntut diskaun. Setiap voucher boleh digunakan untuk membayar sehingga 10 saman dalam satu transaksi (kecuali kesalahan tertentu tidak layak diskaun)โ€ฏ. Voucher code ini sering diedarkan semasa kempen atau program rasmi, dan perlu ditebus sebelum tarikh tamat tempoh.

88 thoughts on “MyBayar Saman PDRM Login (mybayar.rmp.gov.my)”

  1. Kepada sesiapa yang berkenaan,

    Terdapat satu saman bukan kereta saya tetapi saya sudah bayar.

    No.Rujukan : C0864G002714
    Tarikh : 10/4/18
    Compound ; RM 50.00

    Sila siasat dan balas.

    Terima kasih

    Reply
    • minta tolong bagi sesiapa yang tahu macam mana nak reset balik password yang silap dengan email pun silap

      Reply
      • bukan masalah silap ni.. kebanyakkan org kena macam ni mmg kena pegi tempat pembayaran terus. kita yg ade email satu je dalam dunia ni boleh dia cakap tak valid email tu, ic dah register pulak.

        Reply
      • saya tak boleh nak login sebab pasword saya dah lupa..email pulak email lama..dah tak pakai..nak daftar akaun baru tak boleh dah..macam mana saya nak log in akaun tu..tlg sesiapa yg penah alami mcm saya

        Reply
  2. Kenapa pembayaran tidak boleh diteruskan… Akan keluar error pasal networking… Camne nk bayau ni… Xbole buat bayaran on9 le…

    Reply
  3. password lupa, sudah minta reset send email, tapi, masuk dalam email, tiada password untuk reset di hantaR, email tiada sampai?

    Reply
  4. Assalammualaikum dan selamat sejahtera.kenapa apabila nak bukak web ni dia tulis iD n password salah??nak register baru pulak dia kata no ic dah ada dalam data simpanan.saya baru bayar saman semalam..mohon beri bantuan.

    Reply
  5. Alhamdulillah terima kasih web boleh dibuka semula untuk rujukan.selepas di diberi pertukaran pin..

    Reply
  6. Alhamdulillah terima kasih.web boleh di buka semula selepas di beri pertukaran pin baru..dapat semula untuk rujukan.

    Reply
  7. Macam mana buat bayaran untuk saman bukan owner register? nak register untuk orang yang kena saman tapi tidak dapat di show sudah daftar tapi memang belum daftar. Sekarang perlu macam mana?

    Reply
  8. Mahu bayar saman di portal my bayar saman tetapi tidak dapat bayar saman. .nama;MUHAMMAD BUSHRY BIN MESRAH

    Reply
  9. Kenapa susah sangat nk log in.puas buat dah.hurmmm nk satle byr saman pun susah.xbole renew roadtax lahhh weyyyy

    Reply
  10. For the incharge person
    there are a summon is under foreigner how to pay if system for foreigner to pay is close??? Reply asap
    No rujukan:F2555G000500

    Reply
  11. Saya tidak pernah mendaftar sebelum ini, tetapi mengapa dia mengatakan bahawa saya sudah mendaftar ketika mahu mendaftar?

    Reply
  12. why i try to register on line acc but till this stage only ,can’t continue
    USER REGISTRATION
    โœ“
    User Info
    โœ“
    OTP Verification
    3
    Account Password
    4
    Registration Status
    3
    Mobile Phone Number Verification
    Your mobile phone number has been verified. Please enter password to complete the registration.
    Password
    โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข
    Password Confirmation
    โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

    I agree to the Terms & Condition
    REGISTER

    Reply
  13. kalau no ic already exist macamana kita nak tengok ye

    lagi satu no motor BFR 3095 tahun 2006 saya dah tak pakai motor ni…..saya dah jual

    Reply
  14. Pemberitahuan/Permintaan Butir-butir Pemandu Sek. 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987
    F0334G001013 Kod Daerah 2200 bertarikh 09/07/2021 โ€“ Abai Isyarat Lalulintas

    Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada Pemberitahuan/Permitaan tersebut di atas.

    2. Tempat Kesalahan didakwa dilakukan di Jalan Tun Sambathan (sebenarnya Sambanthan) pada 09 Julai 2021 pukul 12.47 tengahari.

    3. Perkecualian bayaran parkir di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula dari 2 Julai 2021 hingga 31 Ogos 2021 pun telah diumumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi, tiada keabaian syarat lalulintas dilakukan!

    Harap makumbalas.

    Reply
  15. sistem jenis apa ni… nak log in pun susah.. asyik tidak berjaya je. bila nak register kata no id dah ada… bila klik lupa pwd dikatkan tiada rekod… aduhhhhh

    Reply
  16. macam mna ya ? kes sy nk log in..pasword xigt..bila masuk email..password bru hntr ke eamail..tp email sy tu dh lama dan xboleh bkk..skrg sy xbole nk login

    Reply
  17. bagaimana nak daftar kalau i sekarang orang ada kat oversea? nak daftar tapi tak ada malaysia phone number tak boleh? Apa macam punya website ni?? PDRM

    Reply
  18. Saya nak buat pendaftaran baru. Selepas masuk link yang diberi dalam ni dan habis mengisi semua maklumat, saya pun tekan butang ‘seterusnya’ tetapi ia
    tidak pergi ke laman seterusnya. Segala maklumat yang saya isi hilang dan ia masih di laman yang sama. Saya mengisi semula semua maklumat dan tekan
    butang ‘seterusnya’. Kejadian yang sama berlaku. Macam mana saya nak buat
    pendaftaran baru.

    Reply
  19. KENAPA SAYA MAHU REGISTER UNTUK COMPANY, SAYA SEMUA SUDAH KEY IN
    BETUL TAPI SAYA MAHU TEKAN REGISTER, SYSTEM TAK MAHU KASIH REGISTER,
    SAYA SUDAH CUBA BERAPA KALI, PUN SAMA.

    Reply
  20. saya belum permah daftar mybayar,bila saya daftar sebagai pendaftar tidak dapat diterima dengan sebab no ic saya sudah ada pernah…mcm mana jadi bergini ,,,,tolong uruskan,,,tq

    Reply
    • I facing the same problem when access to MyBayar Saman via pc. So i try to download MyBayar Saman mobile app from Play Store. I able to register an account via mobile app. Just that can’t access in for the moment due to system upgrading. Hope this help.

      Reply
  21. Saya lupa password..tapi setiap kali nak reset password dia kata dah hantar temporary password kat email..bila check email kosong je..perkara ini sudah lama..saya call no bantuan pasal mysaman pun tidak pernah jawab..saya hantar email pun tidak pernah jawab

    Reply
  22. Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
    Boleh saya tahu kenapa pendaftaran tidak berjaya bila saya sampai ke bahagian daftar step 2 kata laluan.( notis yg keluar: Pendaftaran tidak berjaya. Sila cuba lagi)
    Mohon maklumbalas dari pihak tuan bagaimana cara yang betul untuk saya teruskan pendaftaran.

    Terima kasih

    Reply
  23. Pihak PDRM di KLCC bg tahu boleh bayar saman melalui online. Dari jam 9.30am sampai sekarang tak boleh masuk. Dahlah tadi beratur panjang kat KLCC, sampai jam 11am tak dpt masuk kedln Dewan. PDRM Trafik, tolong buat sesuatu kat your system so that org ramai boleh settlekan bayaran saman .

    Reply
  24. saya sudah daftar tapi salah tulis bahagian email , tertulis email yang lama yang sudah tak di gunakan lagi macam mana nak edit balik

    Reply
  25. Satu satunya sistem yg memperbodohkan rakyat
    //// he server is temporary unable to service your request due to maintenance upgrade. Please try again later. ///

    Negaraku serba boleh, Diskaun yg diberikan seperti tidak ikhlas langsung

    Reply
  26. Tak dapat nak login ke Mybayar saman, kenapa? Sebelum ini saya sudah register dan bayar tapi sekarang message prompt tak boleh login. Kalau sistem tak dapat berfungsi dengan baik kenapa nak advertise utk buat bayaran online??

    Reply
  27. Saya dah bayar guna bank rakyat tetapi resit kata bayar guna maybank. Duit di bank rakyat dah di debitkan tetapi di mybayar saman tidak dikemaskini @ masih ada rekod tidak bayar

    Reply
  28. Saya dah bayar guna bank rakyat tetapi resit keluar bayar guna maybank. Duit di bank rakyat dah di debitkan tetapi di mybayar saman tidak dikemaskini @ masih ada rekod tidak bayar

    Reply
  29. Knapa system ni? asyik maintenance aje. Jangan la buang masa org mengadap benda ni dari pagi smlm sampai skg. Nampak sgt tak ikhlas. Bagi org stress…..banyak benda lain org nak buat

    Reply
  30. I sudah register tapi saya Silap taip ic number..I tak check ic number terus Tekan confirm..sudah silap..macam mana tukar ic number..sekarang I check sistem dia tunjuk ic nombor dah exit..tapi I tak boleh check..macam mana ini??

    Reply
  31. Today is 22/12/2021, I’ve email PDRM, i’ve called them but still unable to rectify the problem. When you go to mybayar portal, click on the summon you wish to pay, then go to payment, click credit card, no icon for visa or mastercard, tried to click pay, rejected. A simple problem which has not been fixed for 2 weeks.

    Reply
  32. HAHAHAHA! AND THE PROBLEM ABOVE STILL NOT SLOVED UNTIL TODAY MAY 2022! TAHNIAH ! HAHAHAHA ANDA MMG HEBAT!
    //// he server is temporary unable to service your request due to maintenance upgrade. Please try again later. ///

    Reply
  33. I tried to pay my summons online. After I selected the transactions, I clicked PAY, the website went to Bank area and hanged there. The page never continue and closed by itself!

    I logged in again, my summons transactions showed “In Process” and I cannot pay anymore.

    Anyone can advice what to do ?

    Reply
  34. Aduh.. dah masukkan id yang sama untuk sign in tapi tak lepas. Padahal id tu je dari dulu. Macam mana ni? Nak tukar pun tak ada fungsi tukar id.

    Reply

Leave a Comment