KWSP i-Akaun Login (iakaun.kwsp.gov.my)

Untuk log masuk sebagai ahli KWSP (bukan majikan), layari portal rasmi i-Akaun di https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login, masukkan ID Pengguna, tekan โ€œLog masuk sekarangโ€, sahkan imej dan frasa keselamatan, masukkan Kata Laluan dan klik โ€œTeruskanโ€. Sekiranya anda belum mendaftar i-Akaun, anda perlu mendapatkan Kod Pengaktifan di kaunter KWSP, kiosk, atau melalui talian hotline sebelum boleh membuat pendaftaran kali pertama.

Akses i-Akaun membolehkan anda menyemak caruman, baki simpanan, cetak penyata tahunan dan membuat urusan pengeluaran dengan lebih mudah dan pantas. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) adalah sistem simpanan persaraan wajib di Malaysia untuk membantu pekerja menabung sebahagian pendapatan untuk persaraan.

KWSP i-Akaun Login

Apa Itu i-Akaun KWSP?

i-Akaun KWSP Ahli ialah sistem dalam talian yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan ahli KWSP, iaitu individu pencarum, mengakses dan mengurus maklumat simpanan. Dengan i-Akaun, ahli boleh menyemak baki simpanan dalam Akaun 1, Akaun 2 dan Akaun 3, memantau caruman bulanan yang dibayar oleh majikan, mencetak penyata tahunan KWSP, serta membuat permohonan atau semakan pengeluaran seperti pembelian rumah, pendidikan, perubatan dan lain-lain. Sistem ini juga membenarkan kemaskini maklumat peribadi dan penghantaran notifikasi aktiviti akaun melalui emel atau SMS.

Akses ke i-Akaun boleh dibuat menerusi laman web rasmi KWSP di https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login atau menggunakan aplikasi mudah alih “KWSP i-Akaun” yang boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store. Bagi yang belum berdaftar, pendaftaran perlu dilakukan dengan mendapatkan Kod Pengaktifan di kiosk KWSP, cawangan KWSP terdekat, atau melalui talian hotline KWSP.

Bagaimana Cara Login KWSP Ahli Ahli Melalui i-Akaun Versi Baharu iakaun.kwsp.gov.my?

i-Akaun Versi Baharu adalah versi terkini bagi sistem i-Akaun yang disediakan oleh KWSP. Ia boleh diakses melalui laman web iakaun.kwsp.gov.my. Versi baharu ini menawarkan antara muka yang lebih moden, mesra pengguna, dan intuitif berbanding dengan i-Akaun Versi Klasik.

i-Akaun Versi Baharu dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan dan peningkatan yang bertujuan untuk memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada ahli KWSP.

Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke  i-Akaun versi baru untuk ahli di laman web iakaun.kwsp.gov.my:

  1. Buka pelayar web anda dan layari laman web rasmi KWSP diย https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login
  2. Masukkan ID Penggunaย ย i-Akaun.
  3. Klik butang Log Masuk Sekarang.
  4. Sahkan imej keselamatan dan frasa rahsia.
  5. Masukkan Kata Laluan yang betul.
  6. Klik butang Teruskan.
  7. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke halaman utama i-Akaun Versi Baharu anda di mana anda boleh melihat ringkasan akaun.
  8. Klik Papar Jumlah untuk melihat baki Akaun 1 (Akaun Persaraan), Akaun 2 (Akaun Sejahtera) dan Akaun 3 (Akaun Fleksibel).
  9. Pastikan ID Pengguna dan kata laluan anda betul untuk mengelakkan akaun dikunci buat sementara waktu. Jika belum mendaftar, anda perlu mendapatkan Kod Pengaktifan terlebih dahulu.

Siapakah Ahli KWSP?

Ahli KWSP terdiri daripada pekerja yang berdaftar dengan KWSP, termasuk pekerja sektor swasta, pekerja kontrak dalam sektor awam, pekerja sendiri yang memilih untuk menyumbang secara sukarela, dan pesara yang masih mempunyai baki dalam akaun KWSP.

Ahli boleh log masuk ke sistem KWSP untuk menyemak baki akaun, membuat permohonan pengeluaran, mengemaskini maklumat peribadi, mengakses penyata akaun, menguruskan pelaburan melalui i-Invest, dan membuat penamaan. Portal log masuk ahli direka khusus untuk memenuhi keperluan pengurusan akaun peribadi ahli.

Adakah Ahli KWSP Masih Boleh Akses i-Akaun Klasik?

Tidak, mulai 28 Februari 2025, portal i-Akaun (Ahli) versi klasik telah ditutup sepenuhnya. Ahli KWSP kini hanya boleh mengakses akaun mereka melalui portal dan aplikasi KWSP i-Akaun versi baharu, yang menawarkan antara muka moden, ciri keselamatan yang dipertingkat dan pelbagai fungsi tambahan untuk pengurusan simpanan persaraan secara kendiri.

Walaupun portal i-Akaun klasik untuk ahli telah dimansuhkan, portal i-Akaun klasik untuk majikan (Employer) masih kekal aktif dan boleh digunakan untuk pelbagai urusan seperti penghantaran Borang A, bayaran caruman bulanan dan semakan penyata pekerja. Sehingga kini, tiada tarikh rasmi diumumkan oleh KWSP mengenai bila versi klasik untuk majikan akan ditamatkan sepenuhnya atau dipindahkan ke sistem baharu.

KWSP i-Akaun Login (iakaun.kwsp.gov.my)
Antaramuka i-Akaun Klasik KWSP

Apa Beza i-Akaun Klasik dengan i-Akaun Versi Baharu?

Berikut adalah perbezaan antara i-Akaun versi klasik dan i-Akaun versi baharu:

Kriteriai-Akaun Klasiki-Akaun Versi Baharu
Antaramuka PenggunaAntaramuka lama, kurang intuitifAntaramuka moden, mesra pengguna, lebih responsif
Fungsi AsasFungsi asas seperti menyemak baki dan penyata akaunFungsi asas serta ciri tambahan terkini
Akses TerhadBoleh digunakan dalam tempoh tertentu sebelum ditamatkanAkses berterusan dengan sokongan dan kemaskini
KeserasianSesuai untuk pengguna yang selesa dengan sistem lamaDioptimumkan untuk peranti moden dan aplikasi mudah alih
KeselamatanTahap keselamatan yang mencukupiTahap keselamatan lebih tinggi dengan teknologi terkini
Ciri TambahanTerhad kepada fungsi asas sahajaNotifikasi masa nyata, analisis simpanan, pilihan pelaburan lebih banyak
Perbandingan i-Akaun Klasik dan i-Akaun Versi Baharu

Macam Mana Cara Daftar i-Akaun KWSP?

Pendaftaran i-Akaun KWSP boleh dilakukan secara online. Berikut adalah langkah-langkah terperinci untuk mendaftar i-Akaun KWSP:

  1. Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
  2. Klik pada pautan “Daftar i-Akaun“.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan (NRIC) 12 digit dan nombor ahli KWSP (nombor akaun KWSP) anda.
  4. Sahkan nombor telefon bimbit anda yang berdaftar dengan KWSP. Anda akan menerima kod pengesahan melalui SMS untuk tujuan pengesahan.
  5. Cipta nama pengguna (username) dan kata laluan (password) untuk i-Akaun anda. Pastikan kata laluan yang dipilih kuat dan sukar diteka untuk keselamatan akaun anda.
  6. Tetapkan soalan keselamatan dan maklum balas (security questions and answers) yang akan digunakan untuk pengesahan identiti sekiranya anda terlupa kata laluan pada masa hadapan.
  7. Setelah selesai, anda akan menerima e-mel pengesahan dari KWSP. Klik pada pautan dalam e-mel tersebut untuk mengaktifkan i-Akaun anda.

Macam Mana Cara Daftar i-Akaun untuk OKU dan Warga Emas?

Bagi pencarum yang mempunyai keperluan khusus, seperti golongan kurang upaya atau warga emas yang mungkin menghadapi kesukaran untuk mendaftar dalam talian, KWSP menyediakan bantuan khusus di kaunter perkhidmatan mereka. Pencarum boleh membuat temujanji di kaunter KWSP untuk mendapatkan bantuan dalam proses pendaftaran i-Akaun.

Apakah Kelebihan i-Akaun KWSP?

i-Akaun KWSP mempunyai pelbagai manfaat untuk ahli seperti akses yang mudah dan pantas, dapat maklumat yang terkini dan keselamatan data yang terjamin.

Dapat Akses dengan Mudah dan Pantas

Dengan i-Akaun KWSP, pencarum boleh mengakses akaun KWSP mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja melalui internet. Ini menjimatkan masa dan kos kerana pencarum tidak perlu lagi mengunjungi kaunter KWSP secara fizikal untuk urusan berkaitan akaun mereka.

Boleh Guna Pelbagai Perkhidmatan Dalam Talian

i-Akaun KWSP menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian, termasuk semakan baki akaun, permohonan pengeluaran, kemaskini maklumat peribadi, dan pemilihan pelaburan. Ini membolehkan pencarum menguruskan akaun KWSP mereka dengan lebih cekap dan selesa.

Dapat Capai Maklumat Terkini dan Terperinci

Melalui i-Akaun KWSP, pencarum boleh mengakses maklumat terkini mengenai akaun mereka, termasuk baki terkini, rekod transaksi, dan penyata tahunan. Maklumat terperinci ini membantu pencarum membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan merancang persaraan mereka dengan lebih berkesan.

Keselamatan Data Terjamin

KWSP menggunakan teknologi keselamatan yang canggih untuk melindungi data peribadi dan kewangan pencarum dalam i-Akaun KWSP. Ciri-ciri keselamatan seperti pengesahan dua faktor dan enkripsi data memastikan hanya pencarum yang sah sahaja boleh mengakses akaun mereka.

Dapat Notifikasi Transaksi

Melalui i-Akaun KWSP, pencarum akan menerima pemberitahuan segera melalui e-mel atau SMS mengenai sebarang transaksi atau kemaskini penting berkaitan akaun mereka. Ini membolehkan pencarum sentiasa mengetahui status terkini akaun mereka dan mengambil tindakan segera jika perlu.

Dapat Bantuan daripada Perkhidmatan Pelanggan

i-Akaun KWSP dilengkapi dengan ciri-ciri sokongan pelanggan dalam talian, seperti Pusat Bantuan (Help Centre) dan ruangan soal jawab (FAQ). Pencarum boleh mendapatkan jawapan segera untuk pertanyaan lazim dan mengemukakan pertanyaan khusus melalui e-mel atau borang dalam talian untuk mendapatkan bantuan daripada pegawai KWSP.

Sekiranya ahli mendapati majikan gagal menunaikan tanggungjawab untuk membayar caruman bagi pihak pekerja, boleh buat aduan majikan tidak bayar KWSP secara rasmi.

Apakah Ciri-ciri Utama i-Akaun KWSP?

i-Akaun KWSP mempunyai 4 ciri-ciri penting iaatu semakan, permohonan, kemaskini dan simulasi.. Perincian berkenaan fungsi-fungsi yang ada dalam i-Akaun adalah seperti berikut:

1. Semakan Baki Akaun

Pencarum boleh menyemak baki terkini dalam akaun KWSP mereka, termasuk jumlah simpanan dalam Akaun 1 (untuk persaraan), Akaun 2 (untuk perumahan, pendidikan, dan keperluan lain yang dibenarkan) dan Akaun 3 (untuk pengeluaran simpanan pada bila-bila masa).

Maklumat terperinci seperti caruman bulanan oleh majikan dan pekerja, pengeluaran yang dibuat, dan dividen tahunan juga tersedia. Ini membolehkan pencarum memantau simpanan persaraan mereka dengan lebih telus dan membuat perancangan kewangan yang lebih baik.

Melalui i-Akaun KWSP, pencarum boleh mengakses dan memuat turun penyata akaun tahunan mereka secara digital. Penyata ini mengandungi maklumat terperinci mengenai caruman, pengeluaran, dividen, dan baki akaun bagi tahun berkenaan.

Pencarum juga boleh mengakses penyata tahunan bagi tahun-tahun sebelumnya untuk tujuan rekod dan semakan. Ini mengurangkan penggunaan kertas dan membolehkan pencarum menyimpan penyata mereka secara digital dengan lebih mudah.

2. Permohonan Pengeluaran Dalam Talian

i-Akaun KWSP memudahkan pencarum membuat permohonan pengeluaran secara dalam talian untuk pelbagai tujuan yang dibenarkan, seperti pembelian rumah pertama, pendidikan, perubatan kritikal, dan persaraan.

Proses permohonan adalah lebih mudah dan pantas berbanding kaedah manual, dengan status permohonan dikemas kini secara masa nyata. Pencarum juga boleh memuat naik dokumen sokongan secara digital, mengurangkan keperluan untuk menghantar dokumen fizikal ke kaunter KWSP.

3. Kemaskini Maklumat Peribadi

Pencarum boleh mengemaskini maklumat peribadi mereka, seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon, dan alamat e-mel, melalui i-Akaun KWSP.

Ini memastikan KWSP mempunyai maklumat terkini untuk berkomunikasi dengan pencarum dan menghantar penyata tahunan. Kemaskini maklumat peribadi juga boleh dilakukan dengan lebih selamat, menggunakan ciri-ciri pengesahan identiti seperti pengecaman cap jari dan muka.

4. Fungsi Simulasi dan Kalkulator

i-Akaun KWSP dilengkapi dengan pelbagai alat simulasi dan kalkulator untuk membantu pencarum merancang kewangan persaraan mereka dengan lebih baik. Contohnya, Kalkulator Simpanan Persaraan membolehkan pencarum menganggarkan jumlah simpanan yang diperlukan untuk mencapai sasaran pendapatan persaraan, berdasarkan faktor seperti usia, jangka hayat dijangka, dan kadar inflasi.

Kalkulator Ansuran Bulanan pula membantu pencarum mengira ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan atau pendidikan berdasarkan jumlah pinjaman, tempoh pembayaran, dan kadar faedah. Alat-alat ini menyediakan panduan praktikal untuk pencarum membuat keputusan kewangan yang lebih tepat

Adakah i-Akaun KWSP Mempunyai Aplikasi?

Ya, KWSP i-Akaun mempunyai aplikasi mudah alih rasmi yang tersedia untuk dimuat turun di kedua-dua platform Android dan iOS. Aplikasi ini membolehkan ahli KWSP mengakses akaun mereka dengan lebih mudah dan selamat, terus dari telefon pintar. Untuk pengguna Android, aplikasi boleh dimuat turun melalui Google Play Store dengan mencari “KWSP i-Akaun”, manakala pengguna iPhone boleh mencarinya di Apple App Store dengan nama yang sama.

Melalui aplikasi ini, ahli boleh menyemak baki dalam Akaun 1, Akaun 2, dan Akaun 3, melihat penyata caruman bulanan, serta membuat pelbagai permohonan seperti pengeluaran i-Lindung dan i-Invest. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengaktifkan ciri keselamatan seperti Secure TAC dan i-Akaun Secure untuk melindungi transaksi, serta menerima notifikasi berkaitan aktiviti akaun secara masa nyata.

Bagaimana Cara Log Masuk KWSP Menggunakan Aplikasi i-Akaun (Ahli) Untuk Pengguna Android?

Untuk login i-Akaun KWSP guna Android, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka Google Play Store pada peranti Android anda.
  2. Cari aplikasi “KWSP i-Akaun” dan muat turun.
  3. Jika anda belum mendaftar, layari laman web KWSP di KWSP i-Akaun atau kunjungi cawangan KWSP terdekat untuk mendaftar.
  4. Buka aplikasi yang telah dimuat turun.
  5. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  6. Ikuti arahan untuk pengesahan dua faktor (2FA) jika diperlukan.

Bagaimana Cara Log Masuk KWSP Menggunakan Aplikasi i-Akaun (Ahli) Android Untuk Pengguna iOS?

Untuk log masuk i-Akaun KWSP guna iOS, ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Buka App Store pada peranti iOS anda.
  2. Cari aplikasi “KWSP i-Akaun” dan muat turun.
  3. Jika anda belum mendaftar, layari laman web KWSP di KWSP i-Akaun atau kunjungi cawangan KWSP terdekat untuk mendaftar.
  4. Buka aplikasi yang telah dimuat turun.
  5. Masukkan ID Pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  6. Ikuti arahan untuk pengesahan dua faktor (2FA) jika diperlukan.

Apakah Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil Majikan Dan Ahli KWSP?

Untuk memastikan keselamatan akaun KWSP, terdapat beberapa langkah penting yang perlu diambil oleh majikan dan ahli semasa log masuk:

  1. Gunakan kata laluan yang kuat dan unik, yang mengandungi gabungan huruf besar, huruf kecil, nombor, dan aksara khas. Elakkan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun lain.
  2. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) apabila disediakan. Ini menambah lapisan keselamatan tambahan dengan memerlukan kod pengesahan yang dihantar ke telefon bimbit atau e-mel anda semasa log masuk.
  3. Pastikan untuk log masuk hanya melalui laman web rasmi KWSP atau aplikasi rasmi i-Akaun KWSP. Berhati-hati dengan pautan atau e-mel mencurigakan yang mungkin membawa kepada laman web palsu.
  4. Kerap kemas kini kata laluan anda dan elakkan berkongsi maklumat log masuk dengan orang lain, termasuk kakitangan KWSP. KWSP tidak akan meminta maklumat log masuk anda melalui telefon, e-mel, atau SMS.
  5. Log keluar daripada akaun anda setelah selesai menggunakannya, terutamanya jika anda mengakses akaun anda dari peranti yang dikongsi atau komputer awam.
  6. Pastikan peranti anda mempunyai perisian antivirus dan sentiasa dikemas kini untuk melindungi daripada perisian berbahaya yang mungkin mencuri maklumat log masuk anda.

Mengikut statistik dari Laporan Tahunan KWSP 2020, sebanyak 14.58 juta pencarum berdaftar dengan KWSP pada akhir tahun 2020, dengan jumlah aset terkumpul sebanyak RM998.03 bilion. Ini menjadikannya antara tabung persaraan terbesar di dunia.

Apa Itu i-Akaun KWSP Untuk Majikan?

i-Akaun KWSP untuk Majikan ialah platform dalam talian yang dibangunkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membolehkan majikan mengurus caruman KWSP pekerja mereka secara lebih cekap. Majikan terdiri daripada syarikat, organisasi, atau agensi kerajaan yang menggaji pekerja dan berdaftar dengan KWSP. Melalui portal khas di https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login, majikan boleh mendaftarkan pekerja baharu, menghantar Borang A, membuat bayaran caruman bulanan, menyemak penyata caruman, serta mendapatkan laporan dan analisis berkaitan caruman.

KWSP i-Akaun Login (iakaun.kwsp.gov.my)
Screenshot Laman Utama Untuk Log Masuk i-Akaun KWSP Majikan

Bagi log masuk kali pertama, majikan perlu mendaftar i-Akaun dengan KWSP di cawangan, menerima kod pengaktifan, dan melengkapkan proses pengesahan seperti pemilihan imej dan frasa rahsia. Portal ini tidak tersedia dalam bentuk aplikasi mudah alih, dan semua urusan mesti dilakukan melalui laman web rasmi KWSP. Antara kelebihan i-Akaun KWSP untuk majikan termasuk integrasi dengan sistem gaji, kemas kini maklumat pekerja secara dalam talian, penyerahan caruman tanpa borang fizikal, serta akses kepada khidmat nasihat dan panduan pengguna oleh KWSP. Ini membantu majikan mematuhi tanggungjawab statutori mereka dengan lebih sistematik dan profesional.

Bagaimana Cara Login KWSP Majikan Melalui i-Akaun secure.kwsp.gov.my?

Untuk log masuk ke akaun KWSP majikan, layari laman web i-Akaun Majikan dan masukkan ID Pengguna serta kata laluan. Klik butang “Log Masuk” dan sahkan identiti anda jika diperlukan. Berikut adalah langkah-langkah untuk log masuk ke laman web KWSP bagi majikan:

  1. Buka pelayar web dan masukkan URL https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login.
  2. Masukkan ID Pengguna anda. ID Pengguna biasanya diberikan semasa anda mendaftar akaun majikan dengan KWSP.
  3. Masukkan kata laluan anda. Pastikan kata laluan yang dimasukkan adalah tepat untuk mengelakkan masalah log masuk.
  4. Selepas memasukkan ID Pengguna dan kata laluan, klik butang “Log Masuk” untuk meneruskan.
  5. Sesetengah pengguna mungkin perlu melalui langkah pengesahan tambahan seperti memasukkan kod OTP yang dihantar ke telefon bimbit yang berdaftar. Ikuti arahan yang diberikan pada skrin.
  6. Setelah berjaya log masuk, anda akan dibawa ke papan pemuka akaun majikan anda di mana anda boleh mengurus caruman KWSP pekerja, menyemak laporan, dan menjalankan pelbagai transaksi lain.

Bagaimana Cari Login Kali Pertama Untuk KWSP Majikan?

Berikut adalah panduan untuk log masuk kali pertama KWSP bagi majikan menggunakan i-Akaun (Majikan):

  1. Kunjungi cawangan KWSP terdekat dan isi borang permohonan i-Akaun (Majikan). Serahkan borang bersama dokumen sokongan seperti salinan SSM dan surat lantikan.
  2. Terima kod pengaktifan i-Akaun (Majikan) melalui e-mel atau surat rasmi KWSP selepas pendaftaran diproses.
  3. Layari laman web https://secure.kwsp.gov.my/employer/employer/login dan klik pautan “Pengaktifan i-Akaun”.
  4. Klik butang setuju pada terma dan syarat yang dipaparkan.
  5. Masukkan kod pengaktifan yang diterima.
  6. Cipta ID Pengguna dan kata laluan yang akan digunakan untuk log masuk.
  7. Pilih imej pengesahan dan masukkan frasa rahsia sebagai langkah keselamatan.
  8. Klik butang “Hantar” untuk mengesahkan pengaktifan akaun.
  9. Kembali ke halaman log masuk dan masukkan ID Pengguna serta kata laluan yang telah didaftarkan.
  10. Ikuti arahan untuk pengesahan dua faktor (2FA) jika diminta dan log masuk ke i-Akaun (Majikan).
KWSP i-Akaun Login (iakaun.kwsp.gov.my)
Pengaktifan i-Akaun Majikan Untuk Login Kali Pertama

Adakah Majikan Boleh Guna Aplikasi Untuk Pengurusan Akaun KWSP Pekerja?

Pada masa ini, KWSP tidak menyediakan aplikasi khusus untuk ahli atau majikan bagi tujuan log masuk dan pengurusan akaun KWSP. Semua akses dan pengurusan akaun KWSP untuk ahli dan majikan perlu dilakukan melalui laman web rasmi KWSP.

Apakah Kelebihan i-Akaun KWSP Untuk Majikan?

Antara kelebihan utama i-Akaun KWSP untuk majikan adalah memudahkan proses penyerahan caruman yang boleh dilakukan secara dalam taliah. Majikan dapat menguruskan pekerja dengan lebih cekap dengan laporan dan analisis yang tersedia.

Boleh Buat Penyerahan Caruman Dalam Talian

Majikan boleh menyerahkan caruman KWSP pekerja mereka secara dalam talian melalui i-Akaun KWSP. Proses ini adalah lebih cepat, mudah, dan mengurangkan risiko kesilapan berbanding kaedah manual. Majikan juga boleh memantau status penyerahan dan mencetak resit caruman untuk rekod mereka.

Dapat Menguruskan Maklumat Pekerja Yang Lebih Cekap

Melalui i-Akaun KWSP, majikan boleh mengemaskini maklumat pekerja mereka, seperti butiran peribadi dan gaji, secara dalam talian. Ini mengurangkan beban pentadbiran dan memastikan maklumat pekerja sentiasa terkini dalam pangkalan data KWSP.

Boleh Dapatkan Laporan dan Analisis

i-Akaun KWSP menyediakan majikan dengan pelbagai laporan dan analisis berkaitan caruman KWSP pekerja mereka. Ini termasuk laporan caruman bulanan, analisis trend, dan ringkasan prestasi. Maklumat ini membantu majikan membuat keputusan perniagaan yang lebih baik dan merancang sumber manusia dengan lebih berkesan.

Memudahkan Integrasi Dengan Sistem Gaji

i-Akaun KWSP boleh diintegrasikan dengan sistem gaji majikan untuk memudahkan proses penyerahan caruman secara automatik. Ini mengurangkan risiko kesilapan manual dan memastikan pematuhan tepat pada masanya dengan keperluan KWSP.

Boleh Dapatkan Khidmat Nasihat

KWSP menyediakan pelbagai sumber dan panduan dalam talian untuk membantu majikan memahami dan mematuhi tanggungjawab mereka berkaitan KWSP.

Leave a Comment